Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my
PENYERANG Terengganu, Mohd. Nor
Farhan (tengah) dicabar dua pemain Sarawak pada aksi di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.
TERENGGANU gagal meraih tiga
mata berharga di laman sendiri apabila tewas 1-2 kepada Sarawak pada saingan
Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam
tadi.
Skuad Bujang Senang terlebih
dulu mengejutkan Terengganu seawal minit kedua melalui jaringan S. Chanturu.
Pada minit ke-14, skuad
kendalian Abdul Rahman Ibrahim yang mula mendapat rentak permainan hampir
menyamakan kedudukan hasil rembatan pemain sayap, Mohammad Ashari Samsudin.
Bagaimanapun, percubaan Ashari
hanya menerjah jaring tepi gawang Sarawak yang dikawal penjaga gol, Mohamad
Fadzley Abdul Rahman.
Skuad kendalian Robert Alberts
berkesempatan menggandakan jaringan hasil rembatan pemain import, Gabor Gyepes
pada minit ke-22.
Begitupun, rembatan Gyepes
menerima satu sepakan sudut, lemah ke dakapan penjaga gol Terengganu, Mohd.
Sharbinee Allawee Ramli.
Skuad Penyu mampu menarik nafas
lega apabila sepakan sudut pada minit ke-37 memberi gol penyamaan hasil
jaringan sendiri pemain lawan.
Penyerang import Sarawak, Ryan
Griffiths menambah derita Terengganu apabila meledak gol kedua Bujang Senang
pada minit ke-75.
Walaupun Terengganu mengasak
Sarawak dalam baki 15 minit terakhir perlawanan bagi memburu gol, barisan
pertahanan Bujang Senang kental mengawasi kubu mereka sehingga wisel penamat
dibunyikan.
Di Stadium Tan Sri Hassan
Yunos, Larkin, Johor Darul Takzim (Johor DT) berjaya mengutip tiga mata penuh
selepas menewaskan Selangor PKNS 1-0.
Jaringan itu terhasil menerusi
gol sendiri pemain PKNS, Mohd. Aminuddin Mohd. Noor seawal minit ketiga.
RUJUKAN-
KOSMO ONLINE 12.4.14
No comments:
Post a Comment