Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my
KOTA BHARU - Bekas pemain
antarabangsa Belanda, George Boateng dilantik sebagai pengendali baharu The Red
Warriors bagi menggantikan Steve Darby yang ditamatkan kontrak gara-gara
persembahan hambar pasukan itu.
Pelantikannya diumumkan oleh
penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menerusi
entri di akaun Facebook miliknya malam semalam.
Annuar berkata, semua penolong
jurulatih yang mengendalikan pasukan ketika di bawah kendalian Darby masih lagi
dikekalkan.
Jurulatih skuad Piala
Presiden, Sideek Samsudin pula dilantik sebagai penolong jurulatih bagi
membantu Boateng.
Tugas Sideek sebagai jurulatih
skuad Piala Presiden akan diambil alih oleh Nafuzi Mohd. Zain," katanya
dalam entri itu.
Boateng, 38, mencipta nama
dalam Liga Perdana Inggeris dan empat kali mewakili Belanda. Kelab terakhir
pemain tengah itu sertai ialah T-Team pada musim lalu.
Selaku pengendali baharu
Boateng menggalas harapan besar Kafa dalam usaha mengembalikan semula reputasi pasukan
yang hilang sengat kebelakangan ini, termasuk tersingkir awal daripada
pertandingan Piala AFC.
Dalam entri itu juga, Annuar
turut mengumumkan kejutan terbesar apabila menamatkan kontrak penyerang dari
Lubnan, Mohamad Ghaddar dan bekas pemain Nigeria, Obinna Nwaneri.
Annuar memberitahu, tonggak
pertahanan Iraq, Hussein Alaa Salman dibawa masuk bagi menggantikan Ghaddar
untuk kuota pemain Asia.
Katanya, bekas penyerang GHana,
Prince Tagoe dibawa masuk untuk menggantikan Nwaneri.
Mohamad Shawky dan Francis
Forkey Doe masih kekal beraksi bersama pasukan Kelantan," ujarnya.
Mengulas mengenai penggantian
pemain, Annuar menjelaskan ia dibuat berdasarkan laporan bekas ketua jurulatih
sebelum ini.
Ujarnya, ia turut mengambil
kira keperluan ketua jurulatih baharu serta kemampuan kewangan pasukan.
Sebagai menghormati
profesionalisme pemain, tiada perbincangan terbuka mengenai sebab sesiapa
digugurkan.
Yang pasti pencapaian The Red
Warriors adalah keutamaan dalam sebarang keputusan. Membina kekuatan pasukan
akan mengambil masa dan pastinya tidak mudah.
Namun kami berusaha, pasukan
2014 adalah asas kepada The Red Warriors musim depan," ujarnya.
RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140425/su_01/George-Boateng-ganti-Steve-Darby#ixzz2zv52MWb4
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment