Ad

Wednesday, 9 April 2014

Safee harap dapat lebih banyak peluang di bawah jurulatih baharu


 
 Safee Sali (tengah) jarang mendapat peluang bermain di bawah kendalian Cesar Ferrando Jiminez.
JOHOR BAHRU - Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safee Sali menyifatkan perubahan barisan kejurulatihan yang baharu dalam pasukan tersebut mampu merubah corak taktikal dan hala tuju pasukan dalam mengharungi saingan Liga Super musim ini.

Menurutnya, setiap individu yang memikul tugas tersebut mempunyai strategi dan corak permainan yang tersendiri dan pastinya perubahan yang dilakukan bertujuan mendapatkan keputusan lebih baik pada masa hadapan.

“Secara peribadi, saya berasa agak kecewa dengan kedudukan semasa pasukan ini dalam liga, namun saya tetap berharap kami dapat memperbaiki mutu persembahan selepas ini.

“Sebagai anggota pasukan, saya akan sentiasa memberi yang terbaik semasa sesi latihan dan perlawanan," katanya yang ditemui selepas tamat sesi latihan, di sini semalam.

Pada masa sama, penyerang kebangsaan itu juga mengharapkan agar diberi lebih peluang oleh ketua jurulatih baharu, Rajko Magic untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan berbanding sebelum ini.

Sementara itu, sewaktu sesi latihan dijalankan, hanya kelihatan pengurus pasukan, Bojan Hodak di samping Magic yang sebelum ini membimbing JDT II manakala kelibat bekas ketua jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jiminez tidak kelihatan.

Ketika diajukan soalan berhubung status terkini Jiminez bersama pasukan tersebut, Hodak menolak untuk memberikan sebarang jawapan dan meminta pihak media menunggu kenyataan rasmi daripada Persatuan Bola­sepak Negeri Johor (PBNJ).

Namun begitu, difahamkan Jiminez berkemungkinan mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih bagi pasukan JDT II yang bersaing dalam Liga Perdana.
RUJUKAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140410/su_06/Safee-harap-dapat-lebih-banyak-peluang-di-bawah-jurulatih-baharu#ixzz2yQmF30zX

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment