Oleh SYUKRI SAARI
TAPAH 17 April - Ahli Parlimen
Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer
301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung
pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.
Turut terkorban dalam
kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.
Karpal yang dipercayai dalam
perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes
mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Kemalangan berlaku apabila
kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang
cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. - UTUSAN ONLINE
TAPAH 17 April - Kenderaan
pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard yang dinaiki Ahli Parlimen Bukit Gelugor,
Karpal Singh rosak teruk setelah merempuh belakang sebuah lori di kilometer
301.5 Lebuh Raya Utara Selatan awal pagi ini.
RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140417/dn_25/Karpal-Singh-maut-kemalangan#ixzz2z5alF0dp
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment