KUALA LUMPUR - Pahang terus
mengukuhkan cengkaman selaku peneraju Liga Super selepas mencatatkan kemenangan
4-1 ke atas Sime Darby dalam saingan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur
semalam.
Skuad Tok Gajah berada di
hadapan seawal minit ke-18 menerusi jaringan R. Surendran sebelum Matias Conti
menjaringkan dua gol pada minit ke-35 dan minit ke-45. Dickson Nwakaeme turut
mencatatkan nama selaku penjaring pada minit ke-65 manakala Sime Darby
memperoleh jaringan saguhati pada minit ke-71 menerusi Dilshod Sharofetdinov.
Sementara itu, Selangor terus
memberikan tekanan kepada pendahulu liga apabila turut meraih tiga mata penuh
di Stadium Shah Alam dengan menundukkan Lions XII 1-0 menerusi jaringan pemain
import Steve Pentilidis pada minit ke-24.
Kejayaan itu sekaligus
membolehkan Selangor menghuni anak tangga kedua liga dengan 27 mata kurang satu
mata di belakang Pahang dengan kelebihan satu perlawanan di dalam tangan.
ATM turut melakarkan kemenangan
besar 4-1 ke atas PKNS yang beraksi dengan sepuluh pemain dalam aksi di Stadium
Selayang.
Patrick Wleh meletakkan PKNS di
hadapan pada minit ke-25 namun tiga minit kemudian Zamir Selamat diarah keluar
padang selepas dilayangkan kad merah dan seminit kemudian ATM menyamakan
kedudukan menerusi sepakan penalti Bruno Martelotto.
Tiga lagi gol ATM diperoleh
menerusi R. Thinagaran (minit ke-60), Yusaini Hafiz Chee Saad (minit ke-77) dan
Affize Faisal Mamat (minit ke-90).
RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140420/su_04/Pahang-kukuh-cengkaman#ixzz2zNWx8FDr
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment