WARTAWAN SINAR HARIAN
16 April 2014
Dollah laung keyakinan Ashfaq
Ali (tengah) antara pemain yang menonjol bersama PDRM musim ini.- Foto oleh
Rosli Talib
PENGENDALI The Cops, Dollah
Salleh percaya kemenangan ke atas Pulau Pinang di gelanggang lawan Jumaat ini
akan mencerahkan pasukannya untuk dinobatkan selaku Juara Liga Premier 2014.
Jelasnya, tiga mata yang diraih
pasti menjarakkan kedudukan mata dengan Harimau Kumbang yang kini berada di
tangga kedua dengan perbezaan enam mata.
"Kami akan bertandang ke
gelanggang lawan dan sudah tentu tuan rumah akan beri tentangan sengit, apatah
lagi mereka kini berusaha memintas PDRM.
“Kalau kita boleh atasi Pulau
Pinang, Insya-ALLAH peluang menjulang Piala Liga Premier cerah namun kita tetap
berwaspada dan sentiasa fokus setiap kali beraksi,” katanya.
Mengulas kemenangan tipis
1-0 diraih anak didiknya ketika melayan
kunjungan Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Dollah mengakui ia bukanlah aksi
sebenar The Cops.
“Corak permainan menghampakan,
mungkin pemain agak keletihan kerana sebelum ini kita beraksi pada waktu
petang, namun tiga mata dikutip pastinya melegakan.
“Kita hanya sekali mempunyai
peluang menggegarkan jaring gol dan disempurnakan pemain, itu sudah bagus,”
ujarnya.
Sementara itu, bekas pemain
Harimau Selatan dan kebangsaan, Muslim Ahmad yang kini menyarung jersi The Cops
percaya rakan sepasukannya akan mempamerkan aksi bertenaga dalam pertemuan
Jumaat nanti.
“Semua pemain bekerja keras,
tiga mata diraih amat bernilai bagi mengukuhkan kedudukan selaku peneraju liga
selain motivasi buat pemain untuk menentang Harimau Kumbang.
“Kita perlu terus fokus dan
perbaiki kelemahan dari masa ke semasa,” katanya yang kini memikul tugas selaku
ketua pasukan.
SINAR HARIAN ONLINE 17.4.14
No comments:
Post a Comment