Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
Kiri SULTAN Ahmad Shah, Tengku
Abdullah
KUALA LUMPUR - Seminggu sebelum
nama calon yang bakal bertanding di Kongres Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
diumumkan, pelbagai spekulasi semakin rancak berlegar terutama bagi jawatan
Presiden yang disandang oleh Sultan Ahmad Shah sejak 30 tahun yang lalu.
Biarpun baginda masih belum
menyatakan sebarang pendirian akan mempertahankan jawatan pada penggal
2014-2018 yang mencetus banyak persoalan, namun tindakan Persatuan Bola Sepak
Pahang (PBNP) yang meletakkan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai calon
Presiden bagaikan memberi isyarat bahawa Sultan Ahmad Shah mungkin tidak akan
mempertahankan jawatan.
Dengan jumlah sebanyak 12
pencalonan diterima oleh Tengku Abdullah, ia memberikan satu signifikan
tersendiri bahawa akan ada perubahan yang berlaku pada badan induk bola sepak
negara itu selepas 25 Mei ini.
Daripada 12 ahli gabungan yang
mencalonkan Tengku Abdullah, PBNP adalah salah satu daripada badan gabungan
tersebut malahan mereka antara yang terakhir menghantar borang pencalonan
kepada Sekretariat FAM.
Walaupun ini belum memberikan
sebarang petanda yang jelas sama ada Sultan Ahmad Shah akan mempertahankan
jawatannya atau tidak namun ia memberikan sedikit petanda bahawa Tengku
Abdullah akan bergelar Presiden FAM kali ini," kata sumber berkenaan.
Pada sidang akhbar di Istana
Pahang, Khamis lalu, Sultan Ahmad Shah meminta semua pihak bersabar dan tunggu
sehingga 19 April ini iaitu pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif terakhir bagi
menyatakan jawapan sama ada baginda bertanding atau sebaliknya.
Namun, baginda bersikap terbuka
sekiranya ada mana-mana pihak mahu mencabarnya sambil menganggap di sebuah
negara yang bebas, semua orang layak berbuat demikian.
Sultan Ahmad Shah difahamkan
menerima lima pencalonan sementara Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor
(PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dikhabarkan akan menarik diri meraih
tiga pencalonan.
Bagi kerusi Timbalan Presiden,
PBNP mencalonkan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Sudarsono
Osman dan Naib Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah.
Presiden Persatuan Bola Sepak
Perak (Pafa) Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Setiausaha Persatuan Bola Sepak
Pulau Pinang, Dato' Mohd Junid Mohd Noor menjadi antara muka baru untuk
dicalonkan sebagai Naib Presiden selain penyandang, Datuk Seri Subahan Kamal.
RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140412/su_01/Sultan-Ahmad-Shah-berundur#ixzz2ycgQd7rH
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment