Ad

Saturday 26 April 2014

Kim Swee uji taktik baharu


 

Kim Swee uji taktik baharu
Ong Kim Swee
KUALA LUMPUR - Reputasi Filipina yang dibarisi dengan dua pemain yang berpangkalan di Eropah tidak menghadirkan rasa bimbang kepada pengendali Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee apabila kedua-dua pasukan bertembung malam ini di Pusat Sukan Bandar Cebu.

Malah, jurulatih berusia 43 tahun itu bersedia menghadiahkan kekalahan pertama kepada Thomas Dooley yang kali pertama membimbing The Azkals ber­aksi di laman sendiri sejak dilantik menjadi jurulatih dua bulan lalu.

Dalam masa sama, Kim Swee menegaskan kemungkinan dia akan menggunakan taktik yang jauh berbeza daripada perlawanan persahabatan terakhir di Stadium Sela­yang 1 Mac lalu.

"Saya tahu Filipina mempunyai sebuah pasukan yang lebih baik pada kali ini berbanding di Kuala Lumpur dan perlawanan ini pasti jauh lebih sukar kerana bermain di tempat mereka.

"Tiada sesiapa yang mahu main untuk seri atau kalah dan saya harap kami mampu melakarkan kejutan de­ngan memenangi perlawanan di sini.

"Ber­de­pan Filipina se­belum ini cukup ba­ik kerana membantu saya apabila berdepan Yemen (kelayakan Piala Asia 2015) yang menyaksikan kami menang hasil berdepan mereka.

"Apa jua taktikal yang saya gunakan pas­ti sedikit berlainan daripada pertemuan persahabatan pertama di Malaysia sebelum ini yang berakhir seri tanpa jaringan," katanya semalam.

Junior Eldstal dijangka kembali ke dalam pasukan selain pemain Terengganu, Mohd. Norfarhan Muhammad dijangka mengepalai jen­tera serangan.

Sementara itu, Doo­ley, tidak melihat kehadiran Jerry Lucana yang bermain di Denmark bersama kelab Esbjerg fB dan Martin Steuble dari FC Wil 1990 (Switzerland) sebagai kelebihan.

"Kami berdepan ba­nyak masalah kecede­ra­an dan ini sahaja pemain yang saya mampu kumpulkan.

"Mungkin ada per­ubahan untuk lima ke enam pemain berban­ding yang bermain di Kuala Lumpur," kata­nya.
RUJUKAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140427/su_01/Kim-Swee-uji-taktik-baharu#ixzz302HzQjsr

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment