Oleh NURUL ANUAR KARI, LUQMAN
RIDHWAN MOHD. NOR, MOHD. HAFIZI AHMAD
berita@kosmo.com.my
SEORANG penduduk terpaksa
menadah air dalam banyak bekas untuk menampung keperluan harian di Taman Salak
Jaya, Salak Selatan kelmarin.
KUALA LUMPUR - Episod catuan bekalan
air di Lembah Klang yang kini berlarutan sehingga hari ke-55 ditempelak oleh
pelbagai pihak kerana ia telah menyukarkan kehidupan orang ramai sekali gus
mendedahkan kelemahan sistem pengurusan air di Selangor dan Kuala Lumpur.
Pengerusi Persatuan Penyelidikan
Air dan Tenaga Malaysia, S. Piarapakaran berkata, sebagai wilayah yang menjadi
penggerak ekonomi dan mempunyai penduduk paling padat di negara ini, pengurusan
air di Lembah Klang sepatutnya bebas daripada masalah tersebut.
"Sangat memalukan apabila
sebuah negeri maju di Malaysia tidak mampu mengurus sistem bekalan air dengan
baik.
"Sikap bodoh sombong pihak
yang sepatutnya menyelesaikan masalah bekalan air ini pasti akan merencatkan
usaha Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020," katanya
ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
KOSMO ONLINE 22.4.14
No comments:
Post a Comment