Ad

Friday 25 April 2014

Chong Wei ketuai cabaran negara ke Kejohanan Dunia

 Kuala Lumpur: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mengetuai senarai pemain negara yang layak beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos depan dalam misinya memburu gelaran sulung selepas sekadar muncul naib juara dalam dua edisi terakhir pada 2011 dan 2013.

Menerusi senarai fasa pertama dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semalam, selain Chong Wei, cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki turut akan digalas Chong Wei Feng yang menghuni ranking ke-25 dunia manakala Tee Jing Yi menjadi wakil tunggal perseorangan wanita di Copenhagen.


Tiga beregu lelaki, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong, Goh V Shem-Lim Khim Wah dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut layak secara merit selepas masing-masing menghuni ranking ketujuh, 19 dan 24.

Cabaran Gimcheon berakhir

Beregu wanita pula menyaksikan pasangan profesional, Ng Hui Lin-Ng Hui Ern tampil sebagai pasangan utama negara dengan kedudukan di ranking ke-24 selain Vivian Hoo-Woon Khe Wei (30).

Beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang di kedudukan kelapan dunia turut layak selain Tan Aik Quan-Lai Pei Jing (70).


Sementara itu, cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Asia (ABC) berakhir selepas beregu lelaki, Low Juan Shen-Nelson Heg Wei Keat dan beregu wanita, Amelia Anscelly-Soong Fie Cho terkandas di suku akhir kejohanan yang berlangsung di Gimcheon Korea Selatan, semalam.

No comments:

Post a Comment