JOHOR BAHRU -Pengurus Johor
Darul Ta'zim II, On Jabar mencetuskan kegemparan malam tadi apabila menumbuk
muka pengadil, Sukri Abd. Rahman selepas tamat perlawanan antara pasukannya
dengan UiTM di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang berkesudahan
seri 2-2 malam tadi.
Ketika pemain kedua-dua pasukan
hendak meninggalkan padang, On tiba-tiba menumbuk muka Sukri sebelum mereka
disuraikan dan dia dibawa keluar padang dengan diiringi pihak polis.
Selain itu, segelintir peminat
turut mendakwa pihak pengadil tidak menjalankan tugas dengan adil apabila
terdapat beberapa keputusan yang dibuat tidak memihak kepada pasukan tuan
rumah.
Beberapa ratus penyokong JDT
turut berkumpul di perkarangan pintu masuk orang kenamaan (VIP) manakala
segelintir daripada mereka mendesak pengadil untuk keluar dan memohon maaf
kepada mereka.
Pengulas sukan, Serbageth Singh
bertindak bertemu dengan penyokong yang berkumpul di luar stadium dan bertindak
menenangkan mereka.
"Setiap tindakan yang
dibuat akan menimbulkan reaksi, jadi saya berharap semua pihak bersabar,"
katanya.
Sungguhpun demikian, beliau
menjelaskan memang terdapat beberapa keputusan pengadil yang tidak tepat semasa
permainan berlangsung.
Tidak lama selepas Serbegeth
beredar, penyokong yang berkumpul turut bersurai.
RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140420/su_02/Pengurus-JDT-II-tumbuk-pengadil#ixzz2zNSieU9A
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment