Ad

Sunday, 27 April 2014

Saya kecewa - Safee

Saya kecewa - Safee
 KUALA LUMPUR - Penyerang Harimau Malaya, Safee Sali mungkin menjadi orang yang paling kecewa dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Filipina di Cebu semalam.

Dia seharusnya sebagai seorang wira, tetapi sepakan penalti yang diambil beberapa minit sebelum perlawanan berakhir diselamatkan oleh Patrick Deyto.

"Saya kecewa kerana gagal menyempurnakan sepakan penalti namun inilah yang terjadi di dalam bola sepak.

"Tiada sesiapa arahkan saya untuk mengambil sepakan itu dan saya sendiri buat keputusan tersebut kerana yakin mampu menja­ringkan gol.

"Sudah tiga perlawanan bersama Harimau Malaya dan saya masih tiada rezeki jaringkan gol,"katanya yang ditemui selepas perlawanan.

Kegagalan Safee itu bagaimanapun dipertahankan oleh jurulatih, Datuk Ong Kim Swee yang menyifatkan nasib tidak memihak kepada penyerang Johor Darul Ta'zim itu yang telah mencuba sehabis baik.

"Jangan sesekali mempertikaikan kemampuan Safee yang menjadi pemain penting semasa menjuarai Kejohanan AFF 2010.

"Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan Safee kerana dia nampak ada keyakinan berbanding pemain lain.

"Cuma dalam hal ini saya nampak penjaga gol Filipina juga bernasib baik dan bermain begitu cemerlang," katanya.
RUJUKAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140428/su_09/Saya-kecewa---Safee#ixzz308Nyb6E6 © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment