Ad

Wednesday, 23 April 2014

Khairul Fahmi mungkin direhatkan

PETALING JAYA - Prestasi tidak menentu penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dalam perlawanan terakhir bersama Kelantan dalam Piala AFC mungkin akan memaksa jurulatih Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee merehatkannya.
Di atas kertas, kelebihan kini tampak memihak kepada penjaga gol Pahang, Khairul Azhan Mohd. Khalid untuk memegang watak utama di gawang Harimau Malaya yang akan berdepan Filipina Ahad ini.
Menurut Kim Swee, beliau agak bimbang melihat tahap keyakinan Khairul Fahmi selepas pintu gol Kelantan dibolosi empat kali dalam pertemuan dengan kelab Hong Kong, South China AA, Selasa lalu.
Sebagai penjaga gol (Khairul Fahmi) sudah tentu apabila tewas dengan begitu banyak gol, moralnya akan berada di tahap terendah.
Bukan sahaja kecergasan yang saya akan nilai jika mahu diturunkan dalam sesuatu perlawanan tetapi tahap mental," katanya yang ditemui selepas sesi latihan di Wisma FAM malam tadi.
Seorang lagi penjaga gol, Mohd. Farizal Marlias yang beraksi bersama Selangor tidak diturunkan pada perlawanan Piala AFC dengan kelab Maldives, Maziya SR&C malam tadi.
Dalam masa sama, Kim Swee masih belum membuat sebarang keputusan sama ada akan memberi keutamaan kepada pemain yang tidak terlibat dengan Piala AFC untuk bertemu Filipina.
Saya akan menunggu terlebih dahulu mereka menyertai latihan bersama kami dan dari situ saya akan buat penilaian.
Diharapkan tiada sebarang kecederaan menimpa mana-mana pemain kerana saya sudah tiada mempunyai masa untuk memang­gil pengganti," katanya.
Semalam, sesi latihan pasukan kebangsaan berjalan di sebelah malam kerana cuaca hujan di se­belah petang.
Ujar Kim Swee, dia mengakui hujan yang kerap mengganggu rancangannya namun tidak mahu menjadikannya sebagai alasan.
Sudah tentu (cuaca hujan) memberikan kesan kepada perancangan kerana bermain dalam cuaca hujan di waktu petang.
Bagaimanapun, saya akan cuba yang terbaik menjelang beberapa hari bertemu Filipina," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140424/su_02/Khairul-Fahmi-mungkin-direhatkan#ixzz2zkhBLpqv
 

No comments:

Post a Comment