ROONEY (depan) berpeluang
kembali ke kelab lamanya apabila United bertandang ke Everton malam esok.
Begitu juga dengan Moyes dan Fellaini.
LONDON - Penyerang prolifik
Manchester United, Wayne Rooney dijangka cergas sepenuhnya menjelang aksi
berdepan Everton dalam aksi Liga Perdana England di Goodison Park malam esok.
Penyerang antarabangsa England
itu sebelum ini terpaksa menerima suntikan penahan sakit gara-gara kecederaan
kaki ketika ditewaskan Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara minggu lalu.
Pengurus United, David Moyes
sebelum ini juga mengakui penyerang itu sukar membuat rembatan deras gara-gara
kecederaan itu.
Justeru, Rooney dikatakan
terpaksa direhatkan dalam tempoh yang panjang bagi mengelak peluangnya beraksi
dalam pusingan akhir Piala Dunia di Brazil, Jun depan.
Namun, dia dikatakan kembali
cergas dan bersedia berdepan kelab asalnya bersama Moyes dan juga Marouane
Fellaini malam esok.
Begitupun, Moyes dijangka sukar
diterima peminat The Toffees selepas meninggalkan kelab itu musim ini bagi
menggantikan Alex Ferguson yang bersara.
Rooney juga dijangka berdepan
situasi yang sama biarpun telah lebih 10 tahun meninggalkan Goodison Park. –
Agensi RUJUKAN KOSMO ONLINE 19.4.14
No comments:
Post a Comment