WARTAWAN SINAR HARIAN
10 April 2014
Zesh tak kisah posisi Zesh
(kanan) meraikan jaringan sulungnya selepas membantu Pahang menewaskan T-Team,
Sabtu lalu
TONGGAK pertahanan, Zesh Rehman
tidak kisah diletakkan mana-mana posisi asalkan ia memberikan manfaat buat
Pahang.
Pemain berusia 30 tahun itu
membantu Pahang mencatatkan kedudukan selesa dengan gol pertama buatnya musim
ini ketika berdepan T-Team dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah, Sabtu lalu. Jaringan tersebut sekali gus membantu Tok gajah merampas kembali kedudukan sebagai pendahulu
liga.
“Saya tidak kisah diletakkan
mana-mana posisi. Paling penting, dapat membantu Pahang meraih kemenangan
kerana amat penting buat kami terus mengutip mata bagi mengukuhkan kedudukan
dalam liga,” katanya.
Dalam pada itu, Zesh sedar
dengan kritikan peminat terhadap kemampuannya sebagai pemain import dalam
pasukan itu.
“Saya sedar kritikan mereka,
namun saya tak ambil kisah kerana faham mereka meletakkan keyakinan dan harapan
kepada mana-mana pemain supaya dapat membantu pasukan yang diwakili.
"Saya harus fokus dari
semasa ke semasa dan terus menyesuaikan diri dalam pasukan sekali gus dapat
memberikan sumbangan buat Pahang,” katanya.
SINAR HARIAN 10.4.14
No comments:
Post a Comment