WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Mei 2014
Suren cari penawar duka
Surendran (kiri) rebah selepas diasak pemain JDT, Nurul Azwan Roya pada
pertemuan separuh akhir Piala FA di Bukit Jalil, musim lal
PEMAIN tengah Pahang, R
Surendran tekad melupakan kekecewaan apabila Tok Gajah tersingkir di peringkat
separuh akhir Piala FA di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT), musim lalu.
Surendran berkata, kegagalan
mara ke perlawanan akhir masih dirasai bagaimanapun beliau mahu melupakan
episod duka itu dan berazam menebus kehampaan itu menjelang aksi menentang JDT di Stadium Tan
Sri Hassan Yunos, Larkin, Isnin ini.
Menurut Surendran, pertembungan
separuh akhir kali ini lebih mirip kepada misi membalas dendam.
"Saya mahu padam memori
musim lepas. Kali ini, saingan pasti berbeza dan saya berkeyakinan tinggi
Pahang mampu meraih sesuatu.
"Dengan kombinasi dan
pengalaman yang ada pada pasukan, saya yakin kami boleh cari bekalan
selesa," katanya.
Pada masa sama, pemain
kelahiran Triang, Bera, itu mahu memastikan beliau tidak dilanda badai
kecederaan lagi.
Pada awal saingan Liga Malaysia
(Liga-M), Surendran terpaksa diketepikan daripada kem Pahang selepas mengalami
kecederaan di lutut kanan pada perlawanan persahabatan menentang Polis Diraja
Malaysia (PDRM).
"Saya tengah berusaha
memperbaiki kelemahan dan memantapkan lagi permainan selepas berehat kerana
cedera.
"Paling penting sekarang,
saya perlu bekerja keras supaya disenaraikan dalam kesebelasan utama
nanti," katanya.
Dalam aksi Liga Super menentang
Sime Darby FC, 19 April lalu, pemain berusia 26 tahun itu meledak gol sulung
perlawanan.
Kelibatnya yang banyak membantu
pasukan mendapat pujian pengendali pasukan, Zainal Abidin Hassan.
RUJUKAN-SINAR HARIAN 1.5.14
No comments:
Post a Comment