Ad

Tuesday 28 February 2017

Bujang Senang kena gigit

Bujang Senang kena gigit
 
Ronny Harun (tengah) berebut bola dengan pemain pasukan JDT. FOTO HM/NADIM BOKHARI
Azmil Sulaiman
sukan@hmetro.com.my

Petra Jaya: Impian Skuad Ngap Sayot mengejutkan barisan bintang Johor Darul Ta'zim (Johor DT) musnah apabila tewas 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, malam tadi.

Ternyata skuad bimbingan David Usop gagal mengekalkan momentum kecemerlangan ketika menundukan PKNS FC pada aksi lepas.


Kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri masih belum cukup untuk Sarawak meraih kemenangan di stadium keramatnya sebagai hadiah buat peminat berdepan JDT.

Tuan rumah bermula garang seawal minit pertama bagi mendahului pelawat namun tandukan Demerson Bruno Costa diselamatkan pemain pertahanan JDT ketika penjaga golnya tertewas.

Namun keghairahan Sarawak memburu gol awal mengundang padah apabila pelawat bijak menggunakan peluang melakukan serangan balas.

Gerakan jentera serangan anak buah Benjamin Mora berhasil apabila Gonzalo Gabriel menyempurnakan peluang terhidang bagi meletakkan pelawat di depan dengan 1-0 m-8.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad Bujang Senang kembali memperkemaskan corak permainan.

Bagaimanapun kedua-dua pasukan dilihat lebih berhati-hati selain mempamer corak seimbang sehingga wisel tamat separuh masa pertama.

Skuad Bujang Senang berpeluang merapatkan defisit gol menerusi Mark Hartmann namun sepakan percumanya m-59 sedikit melambung melepasi palang.

Gonzalo Gabriel sekali lagi mencuri tumpuan menggunakan kelincahannya melepasi halangan pertahanan Sarawak sebelum memperdayakan Shahril Saari untuk meletakkan JDT selesa dengan 2-0 di m-70.

Bagaimanapun anak didik David Usop tidak berputus asa dan terus melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu JDT namun gawang yang dikawal Mohd Idzam Tarmizi terus kental bertahan.

Perlawanan sedikit panas apabila pengadil perlawanan S Sittharajan tidak memberikan sepakan penalti kepada Sarawak selepas dua kali Mateo Roskam dan Abdul Rahim Abdul Razak dijatuhkan pertahanan kental, S Kunanlan dalam kotak penalti.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 11:19 PM

KEPUTUSAN LIGA SUPER 28.2.2017

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

Sarawak         0-2      Johor Darul Ta'zim
                                 m-8,m-70 Gonzalo Cabrera

Pahang           3 : 0    PKNS
m-1 Afif Amirudin
m-58 Matheus Alves (pen)
m-69 Ashari Samsudin 

Monday 27 February 2017

Kelantan terus badi di gelanggang sendiri

25 Februari 2017 11:09 PM
KOTA BHARU 25 Feb. – Kelantan terus dirundung malang apabila tewas 2-0 kepada Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini sebentar tadi.

PEMAIN Kelantan, Muhamad Shahrul Hakim (kanan) diasak oleh pemain Selangor, Muhd. Syahmi Safari dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. Selangor menang 2-0. -BERNAMA
Keputusan tersebut menyaksikan skuad The Red Warriors tewas di gelanggang sendiri untuk kali ketiga berturut-turut selepas dimalukan Kedah dan Melaka sebelum ini.

Selangor bermula garang apa mendahului Kelantan seawal minit keempat hasil jaringan Juliano Fernandes yang menyepak masuk selepas percubaan Victor Stelian Astafei gagal ditampan kemas penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Pelawat terus mengasak dan hampir memperoleh gol kedua pada minit ke-29 tetapi rembatan deras pemain gantian Adam Nor Azlin di dalam kotak penalti ditepis keluar Khairul Fahmi.

Kerapuhan jentera pertahanan Kelantan membuka ruang kepada Selangor terus mengasak namun ketangkasan Khairul Fahmi di benteng berjaya menyelamatkan beberapa percubaan Selangor.


Selepas rehat, Fernandes menambah derita Kelantan apabila menjaringkan gol kedua Selangor pada minit ke-62 menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti yang sama sekali sukar ditepis Khairul Fahmi. – UTUSAN ONLINE 25.2.2017

Kesilapan mudah punca Kelantan tumbang

PENYERANG Kelantan, Mohamad Ghaddar (belakang) bersaing dengan
PENYERANG Kelantan, Mohamad Ghaddar (belakang) bersaing dengan pemain Selangor, Muhd. Syahmi Safari dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu malam tadi. - BERNAMA
26 Februari 2017 3:40 PM
KOTA BHARU 26 Feb. - Pemainan tidak bermaya dan sering melakukan kesilapan mudah menjadi punca Kelantan tewas kepada Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi.

Penolong Jurulatih Kelantan, Sathit Bensoh berkata, pemain banyak melakukan kesilapan sejak sepak mula permainan lagi sehingga membuka peluang kepada Selangor menjaringkan gol awal.

“Saya minta maaf, tidak tahu bagaimana untuk jelas mengenai perlawanan ini. Tetapi kita kena akui masih banyak kelemahan yang harus diperbaiki.


“Selepas Selangor menjaringkan gol pertama, ia menyebabkan pemain kita hilang keyakinan diri dan tertekan. Pemain gagal memberikan tumpuan sehingga pelawat sekali menjaringkan gol pada separuh masa kedua,” katanya dalam sidang akhbar di sini malam tadi.

Pada perlawanan tersebut, Selangor berjaya menewaskan Kelantan 2-0, sekali gus menambah derita skuad The Warrior yang kalah buat kali ketiga berturut-turut di gelanggang sendiri.

Selangor bermula garang apa mendahului Kelantan seawal minit keempat hasil jaringan Juliano Fernandes yang menyepak masuk selepas percubaan Victor Stelian Astafei gagal ditampan kemas penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.


Selepas rehat, Fernandes menambah sengsara Kelantan apabila menjaringkan gol kedua Selangor pada minit ke-62 menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti yang sama sekali sukar ditepis Khairul Fahmi. sumber- UTUSAN ONLINE 27.2.2017

Saturday 25 February 2017

SENDAL OLEH ACAI

Tok Gajah selesa

PEMAIN Melaka United, Surendran Ravindran (depan) diasak pemain Pahang, Jaewon Heo (belakang) ketika perlawanan saingan Liga Super 2017 di Stadium Hang Jebat, Krubong. FOTO MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER
Nazri Abu Bakar
am@hmetro.com.my


Melaka: Pahang berjaya meneruskan rentak cemerlang selepas menewaskan Melaka United (MU) 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat Paya Rumput malam tadi.

Malah Pahang membuka jaringan awal menerusi Joseph Kalang Tie minit ke-21 untuk selesa menekan tuan rumah yang memburu kemenangan.


Gol kedua pelawat hadir menerusi tandukan Matheus Leandro minit ke-43 sudah cukup selesa buat Pahang mendahului MU sebelum ke bilik persalinan.

Tanpa kelibat kapten pasukan Ilja Spasojevic ancaman MU ke gawang pelawat kurang tajam dengan hanya dua percubaan dilakukan tuan rumah pada babak pertama iaitu tandukan import Korea Jeon Woo Young minit ke-4 hasil hantaran R Surendran, namun tinggi melepasi palang gol pelawat.

Diikuti rembatan G Puneswaran minit ke-27 sekadar tepat ke dakapan penjaga gol Wan Muhammad Azraei Wan Teh.

Bagaimanapun Tok Gajah turut memiliki dua peluang menerusi import Brazil Matheus Leandro minit ke-7 dan Ashaari Samsudin minit ke-9, namun tidak berhasil.

Babak kedua menyaksikan tandukan pemain gantian Ahmad Khuzaimi Piee minit ke-52 diselamatkan penjaga gol Pahang Wan Muhammad Azraei.

Namun pelawat menambah jaringan ketiga pada minit ke-56 menerusi tolakan Sumareh Mohamadou menghukum kesilapan benteng tuan rumah.

Gol saguhati MU hadir minit ke-89 menerusi Ahmad Khuzaimi Piee.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2017 @ 11:17 PM



Tiga mata berharga

 
PEMAIN Sarawak meraikan kejayaan menewaskan PKNS.
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

Shah Alam: Jurulatih Sarawak David Usup mengharapkan kejayaan menewaskan PKNS FC 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam semalam menjadi titik kebangkitan mereka untuk terus bersaing musim ini.

Tiga mata itu membolehkan Sarawak menjarakkan diri daripada zon penyingkiran dengan mengumpul tujuh mata selepas enam perlawanan.


Namun, bagi David apa yang beliau harapkan agar momentum daripada kemenangan kedua itu dapat diteruskan apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDTII) Selasa ini.

“Kami lebih banyak menguasai bola, pemain-pemain juga mempamer semangat juang tinggi sehingga tamat permainan. Kita tahu rekod PKNS yang banyak menjaringkan gol tapi pada masa sama mereka juga boleh dibolosi.

“Dua perlawanan terakhir kami kalah walaupun mempamerkan permainan baik, jadi kali ini pemain lebih fokus. Saya berharap pemain dapat memanfaatkan setiap peluang yang ada terutama apabila kami berdepan JDTII selepas ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan semalam.

Dalam aksi pada sebelah petang itu, Sarawak mendahului menerusi jaringan Mateo Roskam di minit ke-18. Bagaimanapun pasukan tuan rumah berjaya mengikat kedudukan hasil rembatan Lucas Espindola di minit ke-55.

Pemain perancang pelawat Mark Hartmann kembali meletakkan pasukan di depan menerusi rembatan jarak jauh pada minit ke-60 sebelum Mohamad Hafiz Abu Bakar menambah gol ketiga, tiga minit kemudian.

PKNS FC kendalian E Elavarasan cuba bangkit namun sudah terlewat meskipun mendapat gol kedua hasil jaringan Mohd Khairul Ramadan pada masa kecederaan.
Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Februari 2017 @ 5:37 AM


2.1.1 Sisem Ekonomi

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Hp menghuraikan konsep dan ciri-ciri sistem ekonomi
a.Konsep ekonomi Islam
Definis ekonomi dari  segi bahasa dan istilah
Menurut al-Quran/pandangan tokoh Islam
Asas-asas ekonomi Islam
Konsep Rububiyyah
Konsep Tazkiyah
Konsep Ubudiyah
Konsep Uluhiyah.
b.Ciri-ciri ekonomi Islam
1.Ekonomi Islam berasaskan al-Quran dan hadis
2.Aktivii ekonomi adalah ibadah.
3.Kegiatan ekonomi tidak memisahkan antara kebendaan dan kerohanian.
4.Berasaskan keadilan dan kebajikan-mengurangkan jurang kaya dan miskin.
5.Pengharaman amalan berunsur penindasan seperi riba.
6.Agihan kekayaan –zakat, sdekah dan lain-lain.
7.Penggunaan harta-manfaat dunia dan akhirat, larangan pembaziran dan lain-lain.
 Prinsip ekonomi Islam
1.Harta hak milik Allah, hak milik individu dan hak milik umum (masyarakat dan negara)
2.Prinsip Isikhlaf –pertanggungjawaban.
3.Kebebasan terpimpin-aktiviti ekonomi yang diharuskan, halal dan diharamkan seperti riba, penipuan, rasuah, monopoli dan lain-lain.
4.Campur tangan dan kawalan pihak berkuasa –jaminan persamaan peluang, pengawasan pasaran dan polisi kerja upah buruh.
5.Perbezaan antara sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi feudalisme, komunisme dan kapitalisme.[1]  




[1 “ Sistem Ekonomi ”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah P2, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),46.

'Saya tetap sabar'

Rodly Fadly
sukan@hmetro.com.my
 
Kuala Lumpur: “Saya hanya perlu bersabar hingga jurulatih memberi peluang beraksi kerana dalam keadaan sekarang, hanya itu yang boleh dilakukan.”

Demikian kata R Gopinathan (gambar) ketika mengulas situasi dihadapinya bersama Johor Darul Ta’zim (Johor DT) ketika ini.

Gopi yang menyinar musim lalu, seolah-olah tersisih daripada pasukan bimbingan Benjamin Mora dan selepas empat perlawanan Liga Super selain aksi Piala FA dan Piala AFC, kelibatnya masih tidak kelihatan di dalam pasukan.

Setakat ini, namanya hanya sekali berada dalam barisan pemain simpanan iaitu ketika menentang FELDA United.

Walaupun mengaku kecewa, Gopi berkata dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana kuasa menentukan pemain terletak di tangan jurulatih.

“Siapa yang tidak mahu main? Semua nak main. Memang saya kecewa kerana belum diturunkan dan hanya sekali berada dalam senarai pemain simpanan.

“Tapi, saya tidak pernah berasa tersisih. Saya masih sebahagian daripada pasukan. Malah, saya tidak pernah berhenti berusaha kerana yakin suatu hari kelak, saya tetap akan diberi peluang.

“Apa yang perlu saya lakukan ialah terus bekerja keras, selebihnya saya serahkan kepada jurulatih untuk buat keputusan. Saya berharap akan memperoleh peluang itu secepat mungkin,” ujarnya.

Menurut Gopi, kecederaan lutut dialami sebelum bermula musim ini sedikit sebanyak menyumbangkan kepada situasi dihadapinya sekarang.

“Walaupun kecederaan itu tidak serius tapi sedikit sebanyak tetap menjejaskan prestasi. Sekarang saya sudah pulih sepenuhnya serta berada pada tahap kecergasan yang tinggi.

“Cuma, saingan merebut tempat dalam pasukan Johor DT sangat sengit. Jadi, bila gagal mendapat tempat, pemain perlu bekerja keras untuk merebutnya.

“Saya sedar, jika memilih untuk bermain dengan pasukan lain, perebutan tempat lebih mudah. Tapi, saya tidak kesal memilih Johor DT kerana salah satu sebab menyertai pasukan ini adalah untuk meningkatkan prestasi,” katanya.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2017 @ 5:15 AM

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 25.2.2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah    3-1   Pulau Pinang
           
Melaka United          1-3      Pahang

PKNS  2-3      Sarawak

Johor Darul Ta'zim  3-0      T-Team

Felda United    2-2   Perak

Kelantan        0-2      Selangor



TERKINI MASA KEDUA LIGA SUPER 25.2.2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah    2-1   Pulau Pinang
           
Melaka United          0-3      Pahang

PKNS  2-3      Sarawak

Johor Darul Ta'zim  3-0      T-Team

Felda United    2-2   Perak

Kelantan        0-2      Selangor



TERKINI MASA PERTAMA LIGA SUPER 25.2.2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah    1-1   Pulau Pinang
           
Melaka United          0-1      Pahang

PKNS  2-3      Sarawak

Johor Darul Ta'zim  2-0      T-Team

Felda United 0-1      Perak

Kelantan        0-1      Selangor


TERKINI LIGA SUPER 25.2.2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah    0-0   Pulau Pinang
           
Melaka United          0-0      Pahang

PKNS  2-3      Sarawak

Johor Darul Ta'zim  0-1      T-Team

Felda United 0-1      Perak


Kelantan        0-1      Selangor

PENJARING GOL TERBANYAK TEMPATAN LS 2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
EMPAT GOL
Baddrol Bakhtiar      Kedah
TIGA GOL
Safee Sali       PKNS 
DUA GOL
Norshahrul Idlan Talaha     Felda United
Ashari Samsudin      Pahang          
SATU GOL
Fadhli Shas    Johor Darul Ta'zim 
Hazwan Bakri           Johor Darul Ta'zim 
Safiq Rahim  Johor Darul Ta'zim 
Farhan Roslan           Kedah
Syazwan Zainon       Kedah
Badhri Radzi Kelantan       
Indra Putra     Kelantan       
Fauzi Roslan Melaka United         
Izzaq Faris     Melaka United         
Khairu Azrin Khazali          Melaka United         
Ahmad Syamim Yahya        Pahang          
Joseph Kalang Tie    Pahang          
Wan Zaharulnizam  Pahang          
Shahrul Saad Perak 
Khairul Ramadhan   PKNS 
Adam Nor Azlin       Selangor        
Raimi Md Nor           Selangor        
Rizal Fahmi Rosid    Selangor        
Syahmi Safari           Selangor        
Nor Hakim Hassan   T-Team         



TERKINI PKNS 1-3 SARAWAK

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PKNS                   1-3 Sarawak
m-55 Lucas Espindola m-18,m-61 Mateo Roskam
                                     m-63 Hafiz Abu Bakar


Friday 24 February 2017

Terengganu tewaskan Kuala Lumpur

 
Pemain Terengganu, Issey Farran Morgan Nakajima (kiri) cuba melepasi hadangan penjaga gol Kuala Lumpur, Mohd Ramezey Che Ros dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. FOTO ROZAINAH ZAKARIA
Malik Muhamad
sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Kem Terengganu kembali ceria apabila berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menumpaskan Kuala Lumpur 2-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam semalam.

Terengganu yang tewas dalam dua perlawanam berturut-turut sebelum ini bermula garang dengan melancarkan gerakan awal melalui kapten Issey Nakajima Farran namun berjaya dipatahkan pertahanan lawan.

Selepas percubaan itu skuad Penyu tidak perlu menunggu lama apabila berjaya meledak jaringan pendahuluan menerusi rembatan kencang Federico Falcone yang bijak menyempurnakanpeluang hasil bola muntah yang sebelum itu dirembat Issey Nakajima pada minit keempat.

Pada minit ke-19 skuad Penyu hampir berjaya menambah jaringan kedua tetapi rembatan pemain pertahanan Mohd Firdaus Mohd Faudzi sedikit melepasi palang sekali gus terselamat pintu gol skuad Warga Kota.

Skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim yang menguasai perlawanan terus mencipta gerakan menarik namun peluang terhidang yang diperolehi pemain tengah Lutfulla Turaev pada minit ke-27 berjaya ditampan keluar penjaga gol.

Bagaikan tersentak dengan asakan bertali arus tuan rumah, skuad pelawat memperkemaskan gerakan dan berjaya memperolehi peluang pertama menerusi rembatan Guilherme De Paula pada minit ke-32 tetapi berjaya ditepis penjaga gol Muhammad Syazwan Yusoff.

Tiga minit berselang gol penyamaan yang dicari pelawat akhirnya tiba melalui tandukan Na'im Nazmi Zainuddin hasil kesilapan pertahanan Terengganu untuk menjadikan kedudukan 1-1 hingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua skuad Penyu berjaya menambah jaringan kedua melalui sepakan percuma Turaev dari luar kotak penalti pada minit ke-52 untuk mendahului 2-1.

Tamat perlawanan keputusan kekal Terengganu menang 2-1.
Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2017 @ 11:04 PM


Petanda positif

Rizar Mohd Noorsukan@hmetro.com.my
 
Johor Bahru: Kapten Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Safiq Rahim (gambar) menyifatkan kemenangan 3-0 ke atas kelab dari Kemboja Beoungket Angkor FC pada aksi Kumpulan F Piala AFC malam kelmarin sebagai satu permulaan baik.

Malah katanya, kemenangan itu memberi kesan positif buat setiap pemain yang mengimpikan untuk beraksi lebih mantap pada semua perlawanan tanpa mengira apa saja pertandingan.


“Permulaan yang baik untuk edisi musim ini, saya harap kita dapat kekalkan momentum kemenangan tidak kira sama ada dalam saingan Piala AFC mahupun Liga Super.

“Kita akan kekalkan semangat juang positif untuk mendapat keputusan yang baik kerana ia adalah keutamaan bagi Johor DT dan tidak boleh lagi keciciran mata.

“Mengenai perubahan taktikal yang dilakukan jurulatih (Benjamin Mora), saya sebagai pemain hanya mengikut arahan yang diberikan dan berusaha sebaik mungkin. Setiap pemain harus mengikut perancangan jurulatih kerana ia penting bagi membentuk corak permainan yang konsisten,” katanya.

Safiq juga menganggap setiap pemain yang diberikan peluang beraksi perlu menunjukkan komitmen tinggi di dalam padang dan ia terbukti apabila berjaya menewaskan kelab dari Kemboja itu.

Sementara itu, Mora menganggap gandingan Safiq, Nazmi Faiz Mansor dan Mohd Afiq Fazail sebagai berjaya dan tidak menolak kemungkinan ketiga-tiga pemain itu akan terus bersama pada aksi selepas ini.

Beliau berkata, Afiq ditugaskan selaku pemain tengah bertahan sambil Nazmi Faiz menjana gerakan dan ia memberi kebebasan untuk Safiq bertindak membantu barisan serangan.

“Apa yang boleh saya katakan, setiap pemain bermula dari penjaga gol, pertahanan, tengah dan serangan memainkan peranan masing-masing dan mereka mengikut perancangan taktikal yang dibentuk.

“Kini kami perlu mengalih tumpuan untuk saingan liga apabila menerima kunjungan T-Team, Sabtu ini dan tempoh singkat membuat persediaan harus digunakan sepenuhnya bagi membentuk barisan mantap,” kata Mora.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Februari 2017 @ 7:58 AM

Kedah mahu padam badi Pulau Pinang

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
24 FEBRUARI 2017
 Kedah mahu padam badi Pulau Pinang
Kedah mahu padam badi Pulau Pinang Cheng Hoe (kiri) mahu pemain-pemainnya tidak memandang rendah dengan keupayaan pasukan tercorot Liga Super, Pulau Pinang pada pertemuan esok.
KEDAH turun dalam misi untuk mempertahankan kedudukannya selaku pendahulu Liga Super 2017 pada perlawanan keenam menentang pasukan tercorot, Pulau Pinang di Stadium Darul Aman, malam esok.

Walaupun gah di puncak liga, kerisauan tetap terpancar di riak wajah pengendalinya, Tan Cheng Hoe kerana rekod pertemuan kedua-dua pasukan utara ini sejak 2010 memihak kepada lawan.

Pulau Pinang menang dua perlawanan berbanding Kedah yang menang satu perlawanan sahaja dan selebihnya adalah keputusan seri pada 4 pertemuan Liga Super dan 4 pertemuan Liga Perdana.


Jelas Cheng Hoe, mereka akan cuba memadam badi berkenaan dan percaya ini merupakan masa sesuai untuk melakukannya.

"Kami tidak mempunyai pilihan lain kecuali menang di laman sendiri jika mahu terus selesa pada kedudukan sekarang kerana Kedah hanya beza satu mata sahaja dengan Pahang dan Perak.

Bagaimanapun, pemain perlu waspada dengan kebangkitan Pulau Pinang kerana tidak ada satu pasukanpun yang mahu terus kalah dan sudah tentu mereka akan bermatian-matian untuk memburu mata Sabtu ini (esok)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Jelasnya, pertembungan dua pasukan utara ini sering menyajikan perlawanan sengit malah pasukannya sering buntu memburu mata kemenangan ke atas lawan sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, keadaan ini menyaksikan beliau mahu pemain fokus sepenuhnya selain memanfaatkan peluang yang terhidang sebaik mungkin.

"Kami mungkin masih tidak dapat menggunakan beberapa khidmat tonggak antaranya Sandro Da Silva, Syazwan Zainon, Akram Mahinan dan Farhan Roslan menentang Pulau Pinang  kerana mereka masih belum sembuh dari kecederaan dan ini merupakan ruang terbaik kepada pemain muda lain untuk menunjukkan kemampuan masing-masing," katanya.

Sumber-sinar harian online 24 FEBRUARI 2017

MU perlu teruskan momentum kemenangan

M JEFFRI RAZALI
24 FEBRUARI 2017
MU perlu teruskan momentum kemenangan 
MU perlu teruskan momentum kemenangan Melaka United ditagih teruskan momentum kemenangan dalam pertemuan dengan Pahang malam minggu ini
MELAKA United perlu meneruskan momentum tiga kemenangan berturut-turut dalam usaha memastikan mereka dapat bersaing dengan Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat malam esok (Sabtu).

Malahan, pertemuan berkenaan yang dianggap sebagai yang paling mencabar setakat ini adalah penting dalam memastikan misi skuad Hang Tuah untuk terus mendaki kedudukan liga tidak terbantut.

Turun selepas mencatatkan kemenangan ke atas Sarawak dan Kelantan di gelanggang lawan serta menewaskan PKNS FC dalam saingan Piala FA semestinya diharapkan dapat menyuntik semangat baharu kepada pasukan bimbingan Ketua Jurulatih, Eric Williams, ini.


Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (Musa), Datuk Seri Idris Haron, kemenangan Melaka United dalam tiga perlawanan terakhir sebelum ini perlu dijadikan sebagai pendorong untuk mereka menyaingi pasukan Tok Gajah.

Menurutnya, kemampuan menewaskan The Red Warrior 2-0 di hadapan lebih 10,000 penyokong mereka di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu jelas membuktikan keupayaan Melaka United bersaing dengan pasukan yang lebih ternama.

"Saya percaya kemenangan ke atas Sarawak telah memberi keyakinan kepada pemain untuk memberikan yang terbaik ketika menentang Kelantan.

"Sekarang mereka perlu pula menjadikan kemenangan itu semua sebagai azimat dan pembakar semangat untuk berhadapan Pahang," katanya.

Melaka United kini menghuni tangga ketujuh liga dengan tujuh mata hasil dua kemenangan, satu seri dan dua kalah manakala Pahang menduduki tempat kedua liga dengan 10 mata hasil tiga kemenangan, satu seri dan satu kalah.

Sumber-sinar harian online 24 FEBRUARI 2017

Kura-kura gergasi terperangkap dalam longkang

Kura-kura gergasi terperangkap dalam longkang

NOOR'AINON MOHAMED YUSOF
23 FEBRUARI 2017
Kura-kura gergasi terperangkap dalam longkang Keadaan kura-kura gergasi yang berjaya diselamatkan. - Foto Sinar Harian
BATU GAJAH - Seekor kura-kura gergasi seberat 80 kilogram berjaya diselamatkan selepas didapati terperangkap dalam longkang di Kampung Sungai Terap di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, reptilia berkenaan dijumpai penduduk kampung yang kemudiannya segera mendapatkan bantuan bomba.

Ketua Operasi Balai  Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Isa Zainal berkata, tenaga lapan anggota digunakan bagi mengangkat kura-kura berkenaan dari longkang.
“Haiwan ini diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut," katanya.
Operasi tamat kira-kira jam 10.38 pag

Sumber-sinar harian online 23 FEBRUARI 2017

Thursday 23 February 2017

Dollah tagih jentera tengah gempur MU

KHAMIS, 23 FEBRUARI 2017 @ 6:13 PM
Oleh Asrol Awang bhsukan@bh.com.my Dollah Salleh. - Foto Rasul Azli Samad
 
KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh, mahu persembahkan meyakinkan ditampilkan skuadnya terutama bahagian tengah apabila bertemu Melaka United (MU) ke Stadium Hang Jebat, Sabtu ini.

 Dengan prestasi mantap yang dipersembahkan ketika membenam Pulau Pinang 6-1 pada 18 Februari lalu, bekas jurulatih kebangsaan itu mahu sentuhan jaringan diulangi untuk meraih mata di tempat lawan. Dollah berkata, sentuhan jaringan tidak hanya bergantung kepada jentera serangan semata-mata, sebaliknya bantuan daripada bahagian tengah juga diperlukan untuk memastikan kemenangan buat skuad Tok Gajah.

Katanya, bahagian tengah perlu mengekalkan prestasi terbaik mereka untuk bersama membantu jentera serangan menjaringkan gol yang diyakini mampu memberikan kemenangan buat pasukan.

"Saya harap mereka (pemain tengah) dapat bermain dengan baik seperti yang dipersembahkan ketika menewaskan Pulau Pinang biarpun beraksi di tempat lawan," katanya.

 Pada pertemuan dengan Pulau Pinang, lima daripada enam gol yang dihasilkan adalah sumbangan daripada pemain tengah iaitu dua gol dijaringkan oleh Ashari Samsudin dan masing-masing satu daripada Mohamadou Sumareh, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Joseph Kalang Tie.

 Justeru, Dollah mahu pemainnya mengekalkan rentak cemerlang untuk mengecewakan tuan rumah yang pasti mahu mengutip tiga mata di laman sendiri. Katanya, kemenangan besar perlu dijadikan penyuntik semangat dan misi mengutip mata diharap menjadi kenyataan ketika tuan rumah dilihat turut berada pada prestais terbaik. "Saya percaya pemain mampu melakukannya dengan persefahaman mantap yang dipamerkan nanti," katanya.

Sumber-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/252089