Ad

Saturday 25 February 2017

Tiga mata berharga

 
PEMAIN Sarawak meraikan kejayaan menewaskan PKNS.
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

Shah Alam: Jurulatih Sarawak David Usup mengharapkan kejayaan menewaskan PKNS FC 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam semalam menjadi titik kebangkitan mereka untuk terus bersaing musim ini.

Tiga mata itu membolehkan Sarawak menjarakkan diri daripada zon penyingkiran dengan mengumpul tujuh mata selepas enam perlawanan.


Namun, bagi David apa yang beliau harapkan agar momentum daripada kemenangan kedua itu dapat diteruskan apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDTII) Selasa ini.

“Kami lebih banyak menguasai bola, pemain-pemain juga mempamer semangat juang tinggi sehingga tamat permainan. Kita tahu rekod PKNS yang banyak menjaringkan gol tapi pada masa sama mereka juga boleh dibolosi.

“Dua perlawanan terakhir kami kalah walaupun mempamerkan permainan baik, jadi kali ini pemain lebih fokus. Saya berharap pemain dapat memanfaatkan setiap peluang yang ada terutama apabila kami berdepan JDTII selepas ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan semalam.

Dalam aksi pada sebelah petang itu, Sarawak mendahului menerusi jaringan Mateo Roskam di minit ke-18. Bagaimanapun pasukan tuan rumah berjaya mengikat kedudukan hasil rembatan Lucas Espindola di minit ke-55.

Pemain perancang pelawat Mark Hartmann kembali meletakkan pasukan di depan menerusi rembatan jarak jauh pada minit ke-60 sebelum Mohamad Hafiz Abu Bakar menambah gol ketiga, tiga minit kemudian.

PKNS FC kendalian E Elavarasan cuba bangkit namun sudah terlewat meskipun mendapat gol kedua hasil jaringan Mohd Khairul Ramadan pada masa kecederaan.
Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Februari 2017 @ 5:37 AM


No comments:

Post a Comment