Ad

Friday, 24 February 2017

Kedah mahu padam badi Pulau Pinang

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
24 FEBRUARI 2017
 Kedah mahu padam badi Pulau Pinang
Kedah mahu padam badi Pulau Pinang Cheng Hoe (kiri) mahu pemain-pemainnya tidak memandang rendah dengan keupayaan pasukan tercorot Liga Super, Pulau Pinang pada pertemuan esok.
KEDAH turun dalam misi untuk mempertahankan kedudukannya selaku pendahulu Liga Super 2017 pada perlawanan keenam menentang pasukan tercorot, Pulau Pinang di Stadium Darul Aman, malam esok.

Walaupun gah di puncak liga, kerisauan tetap terpancar di riak wajah pengendalinya, Tan Cheng Hoe kerana rekod pertemuan kedua-dua pasukan utara ini sejak 2010 memihak kepada lawan.

Pulau Pinang menang dua perlawanan berbanding Kedah yang menang satu perlawanan sahaja dan selebihnya adalah keputusan seri pada 4 pertemuan Liga Super dan 4 pertemuan Liga Perdana.


Jelas Cheng Hoe, mereka akan cuba memadam badi berkenaan dan percaya ini merupakan masa sesuai untuk melakukannya.

"Kami tidak mempunyai pilihan lain kecuali menang di laman sendiri jika mahu terus selesa pada kedudukan sekarang kerana Kedah hanya beza satu mata sahaja dengan Pahang dan Perak.

Bagaimanapun, pemain perlu waspada dengan kebangkitan Pulau Pinang kerana tidak ada satu pasukanpun yang mahu terus kalah dan sudah tentu mereka akan bermatian-matian untuk memburu mata Sabtu ini (esok)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Jelasnya, pertembungan dua pasukan utara ini sering menyajikan perlawanan sengit malah pasukannya sering buntu memburu mata kemenangan ke atas lawan sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, keadaan ini menyaksikan beliau mahu pemain fokus sepenuhnya selain memanfaatkan peluang yang terhidang sebaik mungkin.

"Kami mungkin masih tidak dapat menggunakan beberapa khidmat tonggak antaranya Sandro Da Silva, Syazwan Zainon, Akram Mahinan dan Farhan Roslan menentang Pulau Pinang  kerana mereka masih belum sembuh dari kecederaan dan ini merupakan ruang terbaik kepada pemain muda lain untuk menunjukkan kemampuan masing-masing," katanya.

Sumber-sinar harian online 24 FEBRUARI 2017

No comments:

Post a Comment