MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
28 JANUARI 2017
WALAUPUN tampak sukar, namun
Ketua Jabatan Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), B Sathianathan
percaya skuad Harimau Malaysia mampu mencipta keputusan positif pada saingan
kelayakan Piala Asia 2019.
Isnin lalu, skuad kendalian
Datuk Ong Kim Swee diundi dalam Kumpulan B bersama Korea Utara, Lubnan dan Hong
Kong.
Bagi Sathianathan, walaupun di
atas kertas Malaysia berdepan tugas berat untuk layak ke Piala Asia, namun
segala kemungkinan boleh berlaku sekiranya pemain negara mampu mencipta kejutan
menumpaskan Lubnan dan Hong Kong.
“Dalam kumpulan ini semua
pasukan amat kuat dengan ranking dan prestasi lebih baik daripada skuad negara.
“Namun, ia akan jadi tak
mustahil untuk dilaksanakan sekiranya pemain dapat cipta kejutan menumpaskan
Lebanon dan Hong Kong untuk berada di kedudukan kedua di belakang Korea Utara.
“Kalau kita mencari jalan
senang, memang sudah tiada. Itu satu-satunya peluang yang kita ada (menumpaskan
Lubnan dan Hong Kong) “ katanya.
Persediaan awal
Berdasarkan ranking, skuad
negara yang berada di kedudukan ke-161 jauh ditinggalkan di belakang berbanding
ketiga-tiga negara itu dengan Lubnan (148), Hong Kong (140) dan Korea Utara
(125).
Perlawanan peringkat kumpulan
akan dilangsungkan dari 28 Mac 2017 hingga 27 Mac 2018 dengan dua pasukan
terbaik daripada setiap enam kumpulan akan mara ke pusingan akhir.
Mengulas lanjut, kata
Sathianatahan, Kim Swee perlu membuat persediaan dari awal mencari pemain yang
kini berada dalam prestasi terbaik.
Tegasnya lagi, persefahaman
antara pemain merupakan fokus utama yang perlu dibentuk Kim Swee dalam baki
tempoh dua bulan ini.
“Dari sekarang, Datuk Ong Kim
Swee perlu terus turun padang cari pemain yang betul-betul menyerlah dalam
liga.
“Jangan tunggu sebulan sebelum
ataupun beberapa minggu untuk buat pemilihan dan melatih mereka,” katanya.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 28
JANUARI 2017
No comments:
Post a Comment