KHAMIS, 9 FEBRUARI 2017 @ 1:22
PM
Oleh Asrol Awang
bhsukan@bh.com.my
KETUA Jurulatih Kuantan FA,
Zulhamizan Zakariah. - Foto Owee Ah Chun KUANTAN: Pengendali Kuantan FA,
Zulhamizan Zakaria mahu anak buahnya tidak memikirkan kekurangan Terengganu,
sebaliknya kekal fokus apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Sultan
Ismail Nasiruddin Shah, malam esok.
Ini kerana, katanya, walaupun tanpa kelibat
penjaga gol utama Mohd Sarbinee Allawee Ramli, ia tidak menjejaskan kekuatan
Terengganu atau memberi kelebihan kepada Kuantan FA. Katanya, dengan memiliki
barisan pemain berpengalaman, Terengganu yang beraksi di laman sendiri pasti
mahu memanfaatkan peluang untuk meraih tiga mata dalam saingan Liga Perdana.
"Bagi saya, soal sama ada
Sarbinee yang mengalami masalah kesihatan akan disenaraikan atau tidak oleh
jurulatih Irfan Bakti Abu Salim, bukanlah satu isu kerana tiada pasukan yang
bergantung kepada hanya seorang individu.
"Jadi, pemain Kuantan FA perlu fokus
mengekalkan rentak cemerlang seperti yang dipamerkan ketika menewaskan Polis
Diraja Malaysia (PDRM) 3-1 minggu lalu," katanya di sini, hari ini.
Zulhamizan berkata, dia tidak akan melakukan banyak perubahan kerana yakin
dengan tahap kecergasan dan corak permainan yang ditunjukkan anak buahnya
ketika membenam PDRM.
"Apa yang saya harapkan
ialah pemain tidak terikut-ikut rentak lawan, sebaliknya berusaha secepat
mungkin untuk mengawal permainan dan terus memberi tekanan. "Biarpun
peluang meraih mata dilihat agak sukar berdasarkan prestasi semasa Terengganu,
saya harap pemain dapat beraksi mengikut arahan dan dapat sekurang-kurangnya
mencuri satu mata," katanya.
Sumber-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/246060
No comments:
Post a Comment