Ad

Thursday 16 February 2017

PKNP musnahkan misi Kelantan

Oleh MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR
 
PEMAIN PKNP FC, Mohamad Ezanie Mat Salleh (kiri) menghalang kemaraan penyerang Kelantan, Mohamad Ghaddar pada perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Perak, Ipoh malam kelmarin.

SKUAD Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dipaksa bekerja keras sehingga ke penentuan sepakan penalti sebelum me­lakukan kejutan mengalahkan pasukan gergasi, Kelantan untuk layak ke pusingan ketiga kempen Piala FA 2017 di Stadium Perak, Ipoh malam kelmarin.

Ketua jurulatihnya, Abu Bakar Fadzim menjelaskan, apa yang lebih membanggakan dia ialah PKNP hanya bermain dengan dua pemain import pada baki 50 minit perlawanan.

“Sudah tentu pengalaman yang amat besar dan bermakna bagi semua pemain PKNP untuk menentang pasukan berpengalaman seperti Kelantan.

“Semangat juang yang tinggi ditunjukkan pemain saya menyebabkan mereka tidak mudah menyerah kalah,” kata Abu Bakar pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan tersebut.

Pada perlawanan itu, pen­jaga gol PKNP, Ahmad

Asy­raaf Omar muncul wira pasukan apabila menyelamatkan sepakan penalti tiga pemain Kelantan, Margono Gomis, Mohammad Ghaddar dan Daudsu Jamaluudin sebelum PKNP menang 4-3, sekali gus menghampakan penyokong skuad The Red Warriors.

Terdahulu, PKNP ketingga­lan dua jaringan apabila G. Mugenthirran dan Mohd. Fazli Zulkifli gagal menyempurnakan sepakan penalti mereka.

Perlawanan tersebut terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat permainan masa tambahan.

Atas kertas, skuad kendalian Zahasmi Ismail dilihat bakal melangkah ke peringkat sete­rusnya pada kempen Piala FA, namun sebaliknya berlaku ke­rana mereka telah diberi tentangan sengit oleh PKNP.

Pada perlawanan tersebut, PKNP mengejutkan juara dua kali Piala FA itu seawal minit ke-10 menerusi rembatan kencang Mugenthirran, sekali gus melepasi jangkauan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan me­lalui tandukan tepat Mohd. Nor Farhan pada minit ke-63.

PKNP kini mengesahkan tempat ke pusingan ketiga Piala FA dan pasukan itu sudah bersedia menentang siapa sahaja yang bakal menjadi lawan selepas ini.

Undian pusingan ketiga bakal diadakan pada 19 Feb­rua­ri ini.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0216&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4YrMmbtfs Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment