Ad

Tuesday 28 February 2017

Bujang Senang kena gigit

Bujang Senang kena gigit
 
Ronny Harun (tengah) berebut bola dengan pemain pasukan JDT. FOTO HM/NADIM BOKHARI
Azmil Sulaiman
sukan@hmetro.com.my

Petra Jaya: Impian Skuad Ngap Sayot mengejutkan barisan bintang Johor Darul Ta'zim (Johor DT) musnah apabila tewas 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, malam tadi.

Ternyata skuad bimbingan David Usop gagal mengekalkan momentum kecemerlangan ketika menundukan PKNS FC pada aksi lepas.


Kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri masih belum cukup untuk Sarawak meraih kemenangan di stadium keramatnya sebagai hadiah buat peminat berdepan JDT.

Tuan rumah bermula garang seawal minit pertama bagi mendahului pelawat namun tandukan Demerson Bruno Costa diselamatkan pemain pertahanan JDT ketika penjaga golnya tertewas.

Namun keghairahan Sarawak memburu gol awal mengundang padah apabila pelawat bijak menggunakan peluang melakukan serangan balas.

Gerakan jentera serangan anak buah Benjamin Mora berhasil apabila Gonzalo Gabriel menyempurnakan peluang terhidang bagi meletakkan pelawat di depan dengan 1-0 m-8.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad Bujang Senang kembali memperkemaskan corak permainan.

Bagaimanapun kedua-dua pasukan dilihat lebih berhati-hati selain mempamer corak seimbang sehingga wisel tamat separuh masa pertama.

Skuad Bujang Senang berpeluang merapatkan defisit gol menerusi Mark Hartmann namun sepakan percumanya m-59 sedikit melambung melepasi palang.

Gonzalo Gabriel sekali lagi mencuri tumpuan menggunakan kelincahannya melepasi halangan pertahanan Sarawak sebelum memperdayakan Shahril Saari untuk meletakkan JDT selesa dengan 2-0 di m-70.

Bagaimanapun anak didik David Usop tidak berputus asa dan terus melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu JDT namun gawang yang dikawal Mohd Idzam Tarmizi terus kental bertahan.

Perlawanan sedikit panas apabila pengadil perlawanan S Sittharajan tidak memberikan sepakan penalti kepada Sarawak selepas dua kali Mateo Roskam dan Abdul Rahim Abdul Razak dijatuhkan pertahanan kental, S Kunanlan dalam kotak penalti.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 11:19 PM

No comments:

Post a Comment