Ad

Thursday 16 February 2017

Rizal sah milik Kedah

 Mohd. Rizal Ghazali (tengah) ketika menghadiri mesyuarat Jawatankuasa
Mohd. Rizal Ghazali (tengah) ketika menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Status FAM di ibu pejabat badan induk bola sepak negara itu di Kelana Jaya, sebentar tadi.- UTUSAN/ROZAIDI ZULKIFLI
16 Februari 2017 1:23 PM
KELANA JAYA 16 Feb.- Persoalan status tonggak pertahanan kebangsaan, Mohd. Rizal Ghazali akhirnya terjawab apabila dia disahkan milik Kedah menerusi keputusan mensyuarat Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Situasi tersebut sekali gus memberi kelegaan buat Rizal dan penyokong Lang Merah apabila sebelum ini Felda United mendakwa pemain itu telah menandatangani kontrak bersama mereka terlebih dahulu daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).


Bagaimanapun pemain terbaik Piala Malaysia itu didapati bersalah dan dia dikenakan hukuman denda sebanyak RM25,000 menurut artikel 1(7)(d).- sumber-UTUSAN ONLINE 16.2.2017

No comments:

Post a Comment