INSA (gambar kecil) kini
bersama skuad Tok Gajah.
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
Petaling Jaya: Pemain kacukan
Francisco Javier Insa Bohigues yang menyarung jersi skuad Liga Super Pahang
mendapat perhatian jurulatih Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee kerana
beranggapan pemain itu mampu memperkuatkan pasukan khususnya di bahagian pertahanan.
Dia yang turut dikenali sebagai
Kiko Insa, 29, pada mulanya didaftarkan pemain import skuad Tok Gajah musim ini
namun kemudian diiktiraf pemain tempatan apabila memiliki kad pengenalan
Malaysia dua minggu lalu.
Kiko Insa yang dilahirkan di
Alicante, Sepanyol tetapi neneknya berasal dari Kuala Lumpur, sudah diturunkan
jurulatih Dollah Salleh ketika Pahang seri 1-1 dengan Perak dan membelasah
T-Team 5-0 dalam aksi Liga Super.
Ternyata aksi awal pemain
tengah itu yang turut boleh beraksi di bahagian pertahanan memikat Kim Swee
yang kini sedang mencari pemain dalam persiapan mengharungi pusingan ketiga
kelayakan Piala Asia 2017 bermula Mac depan.
“Bergantung kepada status, saya
kena teliti dari segi sama ada dia mempunyai pasport Malaysia. Sudah pasti dia
pemain yang bagus cuma kita kena melalui beberapa proses terlebih dulu, jika
peraturan membenarkan, saya memang berminat untuk mendapatkan khidmatnya. Tapi
saya tak boleh terus kata boleh, takut nanti AFC (Konfederasi Bolasepak Asia)
tak benarkan,” katanya ketika ditemui pada sidang media bulanan skuad Harimau
Malaysia semalam.
Kiko Insa yang pernah beraksi
dengan kelab divisyen tiga Sepanyol CD Alcoyano dan kelab Belgium UR Namur juga
boleh berbahasa Indonesia kerana pernah mewakili Arema FC dan Bali United.
Kim Swee mengakui kehadiran
pemain ini boleh membantu, apatah lagi beliau berdepan masalah di bahagian
pertahanan tengah ketika mengharungi kempen Piala AFF tahun lalu.
“Ya (ada menyaksikan dia
bermain). Kita tahu ada masalah di bahagian pertahanan, dengan adanya dia, saya
harap ia akan membantu. Tapi kita perlu sahkan sama ada dia boleh bermain
terlebih dulu,” katanya.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Sabtu, 4 Februari 2017 @ 5:28 AM
No comments:
Post a Comment