Ad

Wednesday, 22 February 2017

Dollah tak jangka 6 gol

 
PEMAIN Pahang Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria (kiri) diasak pemain Pulau Pinang.
Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Dollah Salleh memuji persembahan bertenaga pemainnya selepas kemenangan besar 6-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Darul Makmur, kelmarin.

Jurulatih Pahang itu berkata, pemainnya berjaya menyempurnakan misi utama skuad Tok Gajah iaitu mencatat kemenangan sekali gus mengutip tiga mata di laman sendiri.


Katanya, segalanya dilihat baik dengan momentum kemenangan yang diraih terutama memanfaatkan kelebihan beraksi di hadapan penyokong setia Tok Gajah.

“Apa yang penting tiga mata diraih malam ini kerana saya memang tidak jangkakan enam gol selepas mendahului 2-1 pada separuh masa pertama.

“Cuma pada babak kedua saya katakan kepada pemain jika mereka dapat lebih (jaringkan gol), mereka perlu lakukannya dan ia menjadi untuk memastikan kemenangan kepada pasukan.

“Apabila jaringan ketiga diperoleh saya percaya tambahan gol dan hasilnya kami memenangi perlawanan ini untuk terus berada pada prestasi terbaik,” katanya.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Februari 2017 @ 9:48 AM

No comments:

Post a Comment