OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pengertian Jihad
Kamus Dewan mentakrifkan jihad ialah suatu peperangan yang suci melawan orang-orang kafir kerana mempertahankan agama Islam atau perang sabil dan penentangan atau perlawanan terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan agama Islam.[1]
Dari segi bahasa jihad bererti kesulitan atau beban atau kesungguhan dan keupayaan terakhir.Perkataan al-Jahdu dan al-Jihad menurut pengertian bahasa Arab adalah pengerahan segenap tenaga manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau menolak sesuatu yang dibenci.
Menurut istilah syarak pula, makna jihad ialah perang dan membantu semua persiapan perang. Setiap mazhab mempunyai pandangan yang berbeza tentang jihad.Misalnya, Mazhab Hanafi mentakrifkan jihad sebagai mengajak orang kafir ke dalam pelukan Din al- Haq dan memerangi mereka jika mereka menolak. Menurut pandangan Mazhab Hanafi pula,jihad adalah mengerahkan segala kemampuan dan tenaga dengan melakukan perkara perang fi sabilillah baik dengan diri, harta,mahupun lidah.
Sementara Mazhab Syafie pula menjelaskan jihad sebagai berperang dijalan Allah SWT dan mengerahkan segala kemampuan untuk memerangi orang-orang kafir. Oleh itu, dengan erti kata yang luas, jihad bolehlah dimaksudkan sebagai berjuang menegakkan kebenaran melalui cara yang diredai-Nya, diistilahkan juga sebagai fi sabililIah.[2]
Jenis –jenis jihad:
a) Jihad nyawa dan tenaga
b) Jihad harta benda
c) Jihad pemikiran, lisan dan penulisan
d) Jihad mempertahankan kebenaran
e) Jihad melawan hawa nafsu / syaitan (zahit dan batin)
Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah
g) Jihad menentang golongan munafik
h) Jihad menuntut ilmu dan menghapuskan kejahilan
i) Jihad menentang kemungkaran dan kezaliman
j) Jihad ekonomi - membasmi kemiskinan dan kemunduran
k) Jihad politik
- Dawlah Islamiah - menegakkan masyarakat dan syiar Islam
Kepentingan jihad dalam gerakan dakwah Islamiah.
Syahid.[3]
Jenis –jenis jihad:
a) Jihad nyawa dan tenaga
Jihad nyawa dan tenaga merupakan jihad yang paling utama, iaitu melalui pengorbanan jiwa dan raga.Lazimnya jihad sebegini ialah jihad di medan perang dan mereka yang terkorban diistilahkan sebagai syahid.Contohnya, Saidina Hamzah telah gugur atau syahid di medan Perang Uhud.
b) Jihad harta benda
Pengorbanan wang dan harta juga termasuk dalam jihad fi sabillah.Bagi golongan kaya, mereka boleh menyumbang harta bagi menyokong usaha jihad golongan yang berperang di medan perang.Contohnya, Saidina Abu Bakar al-Siddiq menyerahkan semua hartanya demi menegakkan syiar Islam.
c) Jihad pemikiran, lisan dan penulisan
Idea yang bernas dan positif serta memberi manfaat kepada masyarakat dan negara tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah SWT.Contohnya, Salman al-Farisi yang telah menyumbangkan idea bagi pembinaanparit dalam Perang Khandak.[4]
d) Jihad mempertahankan kebenaran
Umat Islam juga digalakkan menentang kemungkaran dan kezaliman dalam sesebuah pemerintahan.Oleh sebab itu, segala kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah ditentang sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan hati.Terdapat dalil daripada al-Quran yang menggesa umat manusia melakukan kebaikan, iaitu surah al-Baqarah ayat l12,"Tidak, barang siapa yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada jalan Allah dan dia berbuat baik akan mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati'.
e) Jihad melawan hawa nafsu / syaitan (zahit dan batin)
Berjihad melawan nafsu ialah jihad yang paling tinggi darjatnya di sisi Islam.Melaluinya seluruh tenaga disalurkan supaya menuruti jalan (manhaj) yang digariskan oleh Allah SWT.Perjuangan melawan nafsu dalam diri setiap individu Muslim adalah fardu ain.Mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu tergolong dalam jihad melawan nafsu, iaitu berusaha tunduk dan patuh untuk beramal kepada ajaran Islam, menyebarkan dakwah Islamiah serta sabar di atas segala ujian dan cabaran yang diterima.[5]
f Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah.
Sikap dan keputusan Khalifah Abu Bakar terhadapgolongan murtad merupakan satu sikap yang sangat terpuji kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam. Keputusan Khalifah Abu Bakar bertegas memang tepat kerana sekiranya berlembut dengan golongan murtad maka ramai lagi kabilah Arab lain tidak akan membayar zakat. Walhal zakat merupakan salah satu rukun Islam yang lima dan sumber utama ekonomi umat Islam.[6]
g) Jihad menentang golongan munafik
Jihad dalam kategori ini bermaksud menentang golongan yang berselindung di sebalik nama Islam.Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan berkenaan golongan munafik ini. Misalnya, dalam surah ol-Munafiqun yang menjadi panduan kepada umat Islam sewaktu berhadapan dengan golongan ini.Antara dalil al-Quran yang terdapat surah at-Taubah ayat73 yang menyeru kepadajihad ke atas orang kafir dan munafik ialah"Wahai
Nabi, berjihadlah menentang orang-orang knfir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka".
h) Jihad menuntut ilmu dan menghapuskan kejahilan
Selain berjihad di medan perang, umat manusia juga disyariatkan berjuang dalam bidang keilmuan. Ini penting bagi memastikan umat Islam tidak ketinggalan dalam setiap lapangan.
Umat Islam digalakkan mempelajari segala ilmu yang bermanfaat sama ada fardu ain seperti fikah dan tauhid atau fardu kifayah seperti sains, perubatan dan kejuruteraan.Tujuannya supaya umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain, bahkan fardu kifayah boleh menjadi wajib sekiranya tidak ada orang Islam yangunempelajarinya.
[1Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 124.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014) ,75.
[3]“Pertahanan dan Pembukaan Wilayah”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),29.
[4]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014) ,72.
[5]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,76.
[6]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 140.
No comments:
Post a Comment