Ad

Thursday, 23 February 2017

Dollah tagih jentera tengah gempur MU

KHAMIS, 23 FEBRUARI 2017 @ 6:13 PM
Oleh Asrol Awang bhsukan@bh.com.my Dollah Salleh. - Foto Rasul Azli Samad
 
KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh, mahu persembahkan meyakinkan ditampilkan skuadnya terutama bahagian tengah apabila bertemu Melaka United (MU) ke Stadium Hang Jebat, Sabtu ini.

 Dengan prestasi mantap yang dipersembahkan ketika membenam Pulau Pinang 6-1 pada 18 Februari lalu, bekas jurulatih kebangsaan itu mahu sentuhan jaringan diulangi untuk meraih mata di tempat lawan. Dollah berkata, sentuhan jaringan tidak hanya bergantung kepada jentera serangan semata-mata, sebaliknya bantuan daripada bahagian tengah juga diperlukan untuk memastikan kemenangan buat skuad Tok Gajah.

Katanya, bahagian tengah perlu mengekalkan prestasi terbaik mereka untuk bersama membantu jentera serangan menjaringkan gol yang diyakini mampu memberikan kemenangan buat pasukan.

"Saya harap mereka (pemain tengah) dapat bermain dengan baik seperti yang dipersembahkan ketika menewaskan Pulau Pinang biarpun beraksi di tempat lawan," katanya.

 Pada pertemuan dengan Pulau Pinang, lima daripada enam gol yang dihasilkan adalah sumbangan daripada pemain tengah iaitu dua gol dijaringkan oleh Ashari Samsudin dan masing-masing satu daripada Mohamadou Sumareh, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Joseph Kalang Tie.

 Justeru, Dollah mahu pemainnya mengekalkan rentak cemerlang untuk mengecewakan tuan rumah yang pasti mahu mengutip tiga mata di laman sendiri. Katanya, kemenangan besar perlu dijadikan penyuntik semangat dan misi mengutip mata diharap menjadi kenyataan ketika tuan rumah dilihat turut berada pada prestais terbaik. "Saya percaya pemain mampu melakukannya dengan persefahaman mantap yang dipamerkan nanti," katanya.

Sumber-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/252089

No comments:

Post a Comment