LIRIDON KRASNIQI meraikan golnya untuk Kedah ketika menentang Sarawak di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 4 Julai 2016
YATIMIN ABDULLAH
17 Februari 2017 5:49 PM
377
KOTA BHARU 17 Feb. - Kelantan perlu mengunci pergerakan Liridon Krasniqi yang disifatkan mampu memberi ancaman kepada pasukan itu pada pertemuan Liga Super menentang Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam esok.
Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail berkata, Liridon merupakan kunci utama yang akan menentukan kejayaan skuad Lang Merah pada perlawanan tersebut.
"Jadi kita perlu awasi dengan ketat pergerakan pemain ini jika tidak mahu berputih mata.
"Jesteru, saya harap pemain yang beraksi dapat memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti," katanya.
Tambahnya, selain Liridon beberapa pemain tempatan seperti Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani, Syazwan Zainon, Mohd Farhan Roslan, dan Ken Ilso Larsen perlu diberikan perhatian.-UTUSAN ONLINE 16.2.2017
No comments:
Post a Comment