Ad

Saturday 18 February 2017

Piya mampu halang Kedah

18 Februari 2017 2:55 PM
KOTA BHARU 18 Feb. - Pengalaman Kapten Kelantan, Mohd. Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya dalam mengemudi jentera tengah pasukan amat ditagih bagi menghadapi aksi Liga Super menentang Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam ini.


BADHRI RADZI
Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail berkata, khidmat tonggak berusia 34 tahun itu amat diperlukan bagi mengimbangi kekuatan lawan di bahagian berkenaan yang dikemudi oleh Liridon Krasniqi.

"The Red Warriors (TRW) amat perlukan khidmat Piya kerana dia mampu mengubah corak permainan pasukan menerusi sentuhan kreatif bagi menggerakan bahagian tengah.


"Ini secara tidak langsung memudahkan tugas Mohamed Ghaddar untuk meledak jaringan dan saya harap dia akan dapat beraksi dengan cemerlang pada pertemuan itu nanti," katanya.

Menurutnya, pada perlawanan menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dalam saingan Piala FA, Selasa lalu Piya terpaksa diketepikan akibat kecederaan yang dialami ketika menentang Felda United dalam saingan aksi Liga Super.

Katanya, anak kelahiran Kampung Atas Paloh itu mahu beraksi pada perlawanan tersebut namun dia tidak mahu mengambil risiko menurunkannya.

Zahasmi memberitahu, dia lega apabila Piya sudah pulih sepenuhnya dan berada dalam perancangan untuk berdepan Kedah.

"Jika semua berjalan lancar Piya akan kembali beraksi. Jadi saya harap pemain dapat memberikan persembahan terbaik dalam pertemuan itu nanti.


"Berdepan Kedah bukan tugas mudah, mereka mempunyai ramai pemain berkualiti. Jadi kita perlu waspada dengan ancaman pasukan berkenaan," ujarnya. - UTUSAN ONLINE 18.2.2017

No comments:

Post a Comment