Ad

Saturday 31 October 2015

Johor umum cuti peristiwa


31 Oktober 2015 10:44 
JOHOR BAHRU 31 Okt. - Kerajaan negeri mengisytiharkan esok sebagai cuti peristiwa berikutan kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala AFC selepas menewaskan FC Istiklol di Stadium Central Republican, Dushanbe, Tajikistan malam ini.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ismail Karim menerusi laman sosial Facebook Johor Southern Tiger.
“Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari esok, Ahad 1 November 2015 sebagai cuti khas peristiwa untuk seluruh negeri ekoran kemenangan berpihak kepada pasukan JDT pada perlawanan akhir Piala AFC menentang FC Istiklol hari ini,” katanya.
JDT berjaya merangkul piala berprestij di Asia itu selepas menundukkan kelab dari Tajikistan 1-0.-UTUSAN ONILNE

SUMBER: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/johor-umum-cuti-peristiwa-1.152701#sthash.vBYG5430.dpuf

Safiq pemain paling bernilai Piala AFC

SABTU, 31 OKTOBER 2015 @ 10:24 PM

 
 KUALA LUMPUR: Kapten JDT, Safiq Rahim dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai Piala AFC 2015. KAPTEN JDT, Safiq Rahim dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai Piala AFC 2015.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/93325

KEPUTUSAN MASA PERTAMA ISTIKLOL 0-1 JOHOR DT


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Istiklol    0-1  Johor D
                    m-23 Leandro Valaquez
JOHOR DT
01.FARIZAL MARLIAS
42.FAZLY MAZLAN MAZLAN
07.AIDIL ZAFUAN ABDUL RAZAK
06.MARCOS ANTONIO
12 S.KUNALAN
08.SAFIQ RAHIM
09 LEANDRO VELAZQUEZ
10.SAFEE SALI
14.HARISS HARUN
21.JASAZRIN JAMALUDDIN

19.LUCIANO FIGURUAO

ISTIKLOL 0-1 JOHOR DT


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Istiklol    0-1  Johor D
                    m-23 Leandro Valaquez
JOHOR DT
01.FARIZAL MARLIAS
42.FAZLY MAZLAN MAZLAN
07.AIDIL ZAFUAN ABDUL RAZAK
06.MARCOS ANTONIO
07.AIDIL ZAFUAN
08.SAFIQ RAHIM
09 LEANDRO VELAZQUEZ
10.SAFEE SALI
14.HARISS HARUN
21.JASAZRIN JAMALUDDIN
19.LUCIANO FIGURUAO


TERKINI IST 0-0 JOHOR DT

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

JOHOR DT
01.FARIZAL MARLIAS
42.FAZLY MAZLAN MAZLAN
07.AIDIL ZAFUAN ABDUL RAZAK
06.MARCOS ANTONIO
07.AIDIL ZAFUAN
08.SAFIQ RAHIM
10.SAFEE SALI
14.HARISS HARUN
21.JASAZRIN JAMALUDDIN

19.LUCIANO FIGURUAO

Ayuh luaskan kuasamu JDT!

Beri aksi terbaik, cuba pahat sejarah – Gomez
FADHILUL IZMEL ISHAK  |  31 Oktober 2015 12:33 AM
 Mario Gomez

KUALA LUMPUR - JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mampu memahat sejarah bola sepak tanah air, namun dengan syarat mereka harus tenang dan memberikan aksi terbaik apabila berdepan Istiklol FC dalam final Piala AFC hari ini, tegas Ketua Jurulatih Harimau Selatan, Mario Gomez.
Pengendali kelahiran Argentina itu mengingatkan anak-anak buah­nya agar tidak memberi tekanan kepada diri sendiri, fokus kepada perlawanan dan usah menjadikan faktor beraksi di tempat lawan di Dushanbe, Tajikistan sebagai satu masalah.
Sebaliknya mereka harus yakin bahawa trofi mampu dibawa pulang jika aksi terbaik mampu dipertontonkan.
Gomez juga percaya, 15 minit pertama permainan adalah tempoh yang penting untuk menguji tumpuan pemain dan mereka tidak boleh melakukan kesilapan awal atau bakal dihambat tekanan sepanjang saingan.
“Mereka (lawan) mahukan gol, sebab itu pemain perlu memberi tumpuan, terutama dalam 15 minit pertama. 15 minit pertama setiap permainan adalah sangat penting lebih-lebih lagi dalam aksi akhir.
“Kita ada 90 minit untuk menang tidak termasuk masa tambahan, jadi gunakan ia sebaiknya dan jangan terlalu gopoh,” katanya.
Dalam pada itu, Gomez tidak dapat memberi kata putus sama ada dapat menurunkan penyerang import, Luciano Figueroa dalam kesebelasan utama kerana dia masih dibelenggu kecederaan hamstring.
Bagaimanapun penyerang kelahiran Argentina itu akan disenaraikan di bangku simpanan.
Skuad Harimau Selatan sebelum itu sudahpun kehilangan Mohd. Fadhli Shas, Junior Eldstal dan Asraruddin Putra Omar akibat kecederaan.
Kekosongan tersebut bakal diisi oleh Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak dan Marcos Antonio.
JDT mencipta sejarah menjadi kelab Asia Tenggara pertama layak ke final Piala AFC sejak kejohanan diperkenalkan pada 2004.
Harimau Selatan dan FC Istiklol layak setelah lawan mereka, Qadsia SC (penyandang juara) dan Kuwait SC dibatalkan penyertaan ekoran penggantungan Persatuan Bola sepak Kuwait (KFA) oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Sementara itu, kapten Harimau Selatan, Mohd. Safiq Rahim percaya, sekali pun Figueroa tidak dapat diturunkan dalam kesebelasan utama, namun pemain tempatan mampu mengisi kekosongannya.
“Kita satu pasukan besar, jadi sesiapa pun yang akan beraksi tidak menjadi masalah. Saya percaya rakan-rakan mampu memberikan aksi terbaik dan membantu kami memenangi perlawanan.
“Ini adalah satu pengalaman yang tidak boleh dibeli sebab kita (JDT) berada di tahap terbaik tahun ini,” katanya.
Semangat pemain JDT untuk memahat sejarah juga semakin berkobar apabila Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Dushanbe bagi memberikan soko­ngan kepada mereka bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Penasihat Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/ayuh-luaskan-kuasamu-jdt-1.152414#sthash.HyB1w5uF.dpuf

Johor DT mampu cipta sejarah

Oleh AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA
 
SULEIMAN bangga kerana Johor DT kini sudah berjaya menjejak kaki ke peringkat Asia.
“JANGAN mudah leka kerana kelekaan akan membawa padah. Tumpukan kepada permainan.”

Demikian pesanan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Suleiman Md. Nor kepada skuad Johor Darul Takzim (Johor DT) yang akan berentap di final Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2015 di Dushanbe, Tajikistan hari ini.

Bekas pengurus pasukan Johor itu berkata, kejayaan Johor DT melangkah ke final Piala AFC menentang Istiklol FC merupakan ujian buat skuad Harimau Selatan itu untuk mengukur sejauh mana kemampuan mereka beraksi di peringkat antarabangsa.

Katanya, kalah atau menang, skuad Harimau Selatan itu tetap memahat sejarah baharu buat Johor dan Malaysia khususnya sejurus layak ke peringkat akhir piala berprestij Asia itu.

“Sepanjang saya mengemudi PBNJ, kita tidak pernah terfikir untuk bertarung di peringkat Asia. Tumpuan kita hanya pada saingan domestik sahaja. Kini, saya berasa bangga kerana Johor DT sudah mampu melangkah ke peringkat Asia.
 
WIRA-wira Johor DT akan turun membuat perhitungan dengan Istikol FC pada final Piala AFC 2015 di Dushanbe, Tajikistan malam ini.

“Para pemain harus bermain dengan penuh semangat untuk mengharumkan nama Johor,” kata Suleiman ketika ditemui di kediamannya di Johor Bahru semalam.

Menurutnya, sekiranya Johor DT kalah di peringkat Asia, ia sekali gus memberi amaran kepada pihak pengurusan untuk menambah baik keupayaan skuad kendalian Mario Gomez itu.

Namun katanya, jika rezeki berpihak kepada Johor DT dan mereka menang, pemain dan pengurusan Johor DT tidak boleh merasa selesa sebaliknya terus bekerja keras untuk meningkatkan prestasi.

“Saya mengambil contoh pasukan gergasi England, Manchester United yang tersingkir daripada Piala Liga hanya kerana kegagalan penyerang mereka Wayne Rooney menyempurnakan sepakan penalti.

“Kita tidak boleh merasa diri sentiasa terbaik dan handal, sebaliknya perlu terus memperbaiki diri dengan latihan berterusan,” tegasnya.

Ketika diminta untuk meramal jumlah gol yang bakal disumbangkan Johor DT pada perlawanan itu nanti, Suleiman yakin Istiklol FC boleh ditewaskan dengan jaringan 2-0.

Ujarnya, Johor DT yang merupakan juara Liga Super, pasti mampu mencipta keajaiban di Tajikistan.

Perlawanan antara Johor DT dan Istiklol FC dijadualkan berlangsung pada pukul 8 malam waktu Malaysia.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3q85J4tdV Hakcipta terpelihara












Friday 30 October 2015

Padah hina Raja-Raja Melayu

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
 
WAN FATUL dibawa keluar dari Mahkamah Temerloh semalam selepas didapati bersalah menghina Raja-Raja Melayu melalui laman sosial dua tahun lalu.

TEMERLOH – Tindakan melampau seorang warga emas yang menghina Raja-Raja Melayu termasuk Yang di-Pertuan Agong seba­nyak tiga kali melalui laman sosial Facebook menerima padah apabila dia didenda RM120,000 oleh Mahkamah Sesyen Temerloh di sini semalam.

Mahkamah menetapkan tertuduh boleh dipenjara selama 30 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zain menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Wan Fatul Johari, 68, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah, manakala pendakwaan berjaya membuktikan kes dalam ketiga-tiga pertuduhan di bawah Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu.
SABTU-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3q6dLtdMN Hakcipta terpelihara











KAPS PEMAIN BOLA SEPAK MALAYSIA SEHINGGA 30.10.2015

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB.

NO
NAMA PEMAIN
UMUR
KAPS
GOL
1
KHAIRUL AZHAN KHALID
25
04
0
2
MATTHEW DAVIES
20
03
0
3
AMIRIDZDWAN TAJ TAJUDDIN
29
16
0
4
SHAHRUL SAAD
22
02
0
6
ISMAIL FARUQI  ASHARI
28
04
0
7
AIDIL ZAFUAN RADZAK
28
64
3
8
SAFIQ RAHIM
28
65
15
9
ADAM NOR AZLIN
19
00
0
11
BADDROL  BAKHTIAR
27
37
4
12
HAZWAN BAKRI
24
07
3
13
MOHD RAZMAN ROSLAN
31
08
0
14
NAZIRUL NAIM CHE HASHIM
22
03
0
15
CHRISTIE JAYASEELAN
29
03
2
16
S.KUNALAN
28
67
0
17
AMRI YAHYAH
34
57
9
18
WAN ZACK HAIKAL  WAN NOR
24
14
3
19
AZAMUDDIN AKIL
30
37
5
20
HAFIZ KAMAL
28
08
0
21
ZUBIR AZMI
23
30
0
22
KHAIRUL FAHMI CHE MAT
26
37
0
23
IZHAM TARMIZI
26
01
0

GARY STEVEN ROBBAT
23
11
0

S. CHANTURU
27
06
0