Ad

Sunday, 11 October 2015

Nampak adik, rakan ditelan sungai


Oleh NOR AFIQAH MAT NOR dan AIMUNI TUAN LAH
 
Pasukan mencari dan menyelamat mengharung Sungai Perias bagi mencari seorang lagi murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Tohoi yang belum ditemui.

GUA MUSANG – Norieen Yaakob, 10, salah seorang daripada dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Tohoi (SK Tohoi) yang ditemui masih hidup selepas 47 hari hilang di hutan Pos Tohoi dekat sini menceritakan pengalaman menyayat hati menyaksikan lima rakan termasuk adiknya mati seorang demi seorang.

Mencerita perkara itu kepada bapa saudaranya, Herry Boy Angah, 20, kelmarin, Norieen berkata, dia melihat empat rakannya ditelan arus deras pada hari sama selain tidur bersama mayat rakan baiknya selama beberapa hari.

Menurut Norieen, selepas menghilangkan diri, mereka bersembunyi di sekitar Sungai Perias yang terletak tidak jauh dari SK Tohoi di sini.

“Kata Norieen, selepas kira-kira dua minggu, mereka tidak mampu bertahan lagi kerana kelaparan dan suhu sejuk melampau.

“Norieen bertambah sedih apabila dia menyaksikan sendiri adiknya, Haikal diha­nyutkan arus deras Sungai Perias.

“Ketika itu, Haikal ke sungai untuk minum tetapi dia tergelincir dan dibawa arus sungai. Haikal merupakan mangsa pertama yang meninggal dunia,” kata Herry kepada Kosmo! Ahad semalam.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1011&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3oGOK4f6q Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment