SOFIAN BAHAROM | 20
Oktober 2015 6:56 PM
KUALA LUMPUR 20 Okt. - Sekolah
di ibu kota, Selangor, Putrajaya serta beberapa daerah di Sarawak, Perak dan
Kedah diarahkan tutup esok berikutan indeks pencemaran udara (IPU) menunjukkan
bacaan tidak sihat.
Kementerian dalam satu
kenyataan memberitahu, beberapa daerah di Sarawak yang terlibat adalah Kuching,
Padawan, Bau, Lundu, Serian, Samarahan, Simunjan dan Lubok Antu.
Dalam pada itu, kata kenyataan
berkenaan, sekolah di Kinta Utara, Kinta Selatan, Manjung dan kawasan Tanjung
Malim di Perak juga diarahkan tutup.
Di Kedah, jelas kementerian,
penutupan sekolah melibatkan Kuala Muda dan Yan.
“Penutupan ini akan melibatkan
sejumlah 2,528 buah sekolah dan seramai 1,734,668 orang murid di negeri dan
daerah tersebut. Pihak jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah
terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan
masing-masing akan penutupan ini dengan kadar segera,” kata kenyataan tersebut
di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah-ditutup-lagi-esok-1.148634#sthash.h1AyPscY.dpuf
No comments:
Post a Comment