LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
NWAKAEME (kiri) menjaringkan
satu gol ketika membantu Pahang menewaskan PDRM 3-0 pada aksi Kumpulan D kempen
Piala Malaysia di Shah Alam kelmarin.
PENGENDALI Pahang, Zainal
Abidin Hassan menarik nafas lega apabila anak-anak didikannya berjaya bangkit
daripada dua kekalahan berturut-turut dengan membenam cabaran Polis Diraja
Malaysia (PDRM) 3-0 dalam aksi Kumpulan D saingan Piala Malaysia di Stadium
Shah Alam kelmarin.
Dengan mengutip tiga mata,
selaku juara bertahan, Tok Gajah turut berjaya mengesahkan slot ke suku akhir
biarpun masih berbaki satu lagi perlawanan.
Apa yang pasti, Zainal
berbangga dengan anak buahnya yang ‘patuh’ mendengar segala perancangan yang
diterap selain berupaya menghasilkan permainan yang cantik.
“Malam semalam (kelmarin)
memang saya puas hati sebab selain dapat tiga gol, kami juga tidak melepaskan
sebarang gol untuk pasukan tuan rumah.
“Pemain telah mengikut
perancangan taktikal dengan amat baik dan juga misi kami untuk tidak dibolosi
gol tercapai.
“Semua bermain kemas, patuh
arahan dan ini menghasilkan kemenangan yang diharap-harapkan. Moga ini akan
berterusan dan jadi pedoman,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuantan
semalam.
Tok Gajah mengesahkan
kemenangan melalui dua gol hasil jaringan Matias Conti dan Dickson Nwakaeme.
Bagaimanapun, Zainal yang
mengambil sikap merendah diri mengakui masih ada ruang untuk memperbaiki
kelemahan yang ada sebelum beraksi lebih ‘tertekan’ pada pusingan suku akhir
nanti.
Menurutnya, pada perlawanan
terakhir Kumpulan D nanti, beliau mahu anak-anak buahnya tidak memandang mudah
tugasan tersebut.
“Kita mahu tiga mata, tak mahu
lagi tercicir mata sebab ia akan menentukan kedudukan Tok Gajah dalam slot suku
akhir nanti,” jelasnya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3puU0UM7l
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment