Oleh AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA
SULEIMAN bangga kerana Johor DT
kini sudah berjaya menjejak kaki ke peringkat Asia.
“JANGAN mudah leka kerana
kelekaan akan membawa padah. Tumpukan kepada permainan.”
Demikian pesanan bekas Presiden
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Suleiman Md. Nor kepada skuad
Johor Darul Takzim (Johor DT) yang akan berentap di final Piala Konfederasi
Bola Sepak Asia (AFC) 2015 di Dushanbe, Tajikistan hari ini.
Bekas pengurus pasukan Johor
itu berkata, kejayaan Johor DT melangkah ke final Piala AFC menentang Istiklol
FC merupakan ujian buat skuad Harimau Selatan itu untuk mengukur sejauh mana
kemampuan mereka beraksi di peringkat antarabangsa.
Katanya, kalah atau menang,
skuad Harimau Selatan itu tetap memahat sejarah baharu buat Johor dan Malaysia
khususnya sejurus layak ke peringkat akhir piala berprestij Asia itu.
“Sepanjang saya mengemudi PBNJ,
kita tidak pernah terfikir untuk bertarung di peringkat Asia. Tumpuan kita
hanya pada saingan domestik sahaja. Kini, saya berasa bangga kerana Johor DT
sudah mampu melangkah ke peringkat Asia.
WIRA-wira Johor DT akan turun
membuat perhitungan dengan Istikol FC pada final Piala AFC 2015 di Dushanbe,
Tajikistan malam ini.
“Para pemain harus bermain
dengan penuh semangat untuk mengharumkan nama Johor,” kata Suleiman ketika
ditemui di kediamannya di Johor Bahru semalam.
Menurutnya, sekiranya Johor DT
kalah di peringkat Asia, ia sekali gus memberi amaran kepada pihak pengurusan
untuk menambah baik keupayaan skuad kendalian Mario Gomez itu.
Namun katanya, jika rezeki
berpihak kepada Johor DT dan mereka menang, pemain dan pengurusan Johor DT
tidak boleh merasa selesa sebaliknya terus bekerja keras untuk meningkatkan
prestasi.
“Saya mengambil contoh pasukan
gergasi England, Manchester United yang tersingkir daripada Piala Liga hanya
kerana kegagalan penyerang mereka Wayne Rooney menyempurnakan sepakan penalti.
“Kita tidak boleh merasa diri
sentiasa terbaik dan handal, sebaliknya perlu terus memperbaiki diri dengan
latihan berterusan,” tegasnya.
Ketika diminta untuk meramal
jumlah gol yang bakal disumbangkan Johor DT pada perlawanan itu nanti, Suleiman
yakin Istiklol FC boleh ditewaskan dengan jaringan 2-0.
Ujarnya, Johor DT yang
merupakan juara Liga Super, pasti mampu mencipta keajaiban di Tajikistan.
Perlawanan antara Johor DT dan
Istiklol FC dijadualkan berlangsung pada pukul 8 malam waktu Malaysia.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3q85J4tdV
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment