WALCOTT menjaringkan gol
pertama untuk England pada minit akhir babak pertama ketika menentang Estonia
semalam.
LONDON – Skuad kebangsaan
England mencetak kemenangan kesembilan berturut-turut dalam aksi saingan
kelayakan Euro 2016 selepas menewaskan Estonia 2-0 di Wembley awal pagi
semalam.
Meskipun beraksi tanpa Wayne
Rooney, England yang dikendalikan Roy Hodgson sebelum ini telah berjaya
melayakkan diri menyertai kempen Euro 2016 di Perancis pada musim panas tahun
depan.
Mengulas kejayaan tersebut,
Hodgson berkata, Theo Walcott yang menggantikan Rooney turut berjaya
membuktikan keupayaannya apabila menjaringkan gol pada minit akhir babak
pertama.
“Perlawanan ini tidak pernah
mudah seperti yang disangka. Estonia mampu menyelaraskan semua pemain mereka
dan pasukan itu sangat bijak dalam mengatur rentak permainan.
“Akibatnya, kami terpaksa
bekerja lebih kuat dan perlu kerap melakukan serangan. Kami juga tidak
membiarkan bola berada terlalu lama dalam kawalan pemain mereka, semua itu
adalah syarat terpenting untuk menewaskan Estonia.
“Walcott telah mempamerkan
rentak penyudah yang berkesan. Dia juga mampu menyempurnakan gerakan yang
diinginkan oleh mana-mana jurulatih kerana memiliki banyak kemahiran berbeza.
Strategi mengubah rentak permainan menjadi mudah dengan adanya kemahiran
berbeza dimiliki Walcott,” kata Hodgson.
Kejayaan menewaskan Estonia
turut menyaksikan Raheem Sterling menggenapkan gol kedua untuk England ketika
perlawanan memasuki minit ke-85.
“England telah menemui permata
yang jarang ditemui dan ia sangat bernilai. Permata itu adalah Walcott. Kami
tidak akan menemui pemain sehebat itu dengan mudah,” tambah Hodgson. – Agensi
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1011&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz3oDN5mcz6
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment