Pendahuluan
. Penubuhan Perjanjian Atlantik
Utara (NATO) pada 4 April 1949 bertujuan untuk mewujudkan sistem pertahanan bersama
yang melibatkan semua negara anggotanya.
. Pertubuhan ini juga
berperanan untuk memelihara kedaulatan negara-negara anggota dan membendung pengaruh
komunis yang disebarkan oleh Soviet Union.
Isi-isi Penting
(a) Menyekat komunisme
. Faktor utama penubuhan NATO
adalah untuk membendung penyebaran fahaman komunis yang diterajui oleh Rusia.
. Rusia berjaya menyebar dan
mengukuhkan pengaruh komunis di negara-negara Eropah Timur.
Perkembangan ini membimbangkan
Amerika Syarikat dan Britain.
(b) Menyekat dasar ketenteraan
Rusia
. Selain menyekat perluasan
ideologi komunis, NATO ditubuhkan bagi menyekat dasar ketenteraan Rusia di Eropah.
. Rancangan Rusia memperbesar
kekuatan tentera bagi mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya menimbulkan
kebimbangan Amerika Syarikat.
(c) Menghalang kebangkitan Jerman
. Kebangkitan Jerman selepas
Perang Dunia Kedua merupakan salah satu faktor yang mendorong penubuhan NATO.
. Kebangkitan Jerman melahirkan
kebimbangan dalam kalangan negara-negara Eropah seperti Britain dan Perancis;
dikhuatiri mencetuskan pergolakan dunia.
(d) Penglibatan Amerika
Syarikat
. Penubuhan NATO bertujuan
melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal
ketenteraan dan politik di
benua Eropah.
. Penyertaan Amerika Syarikat
dalam NATO bertujuan untuk memastikan pertubuhan ini memainkan peranan dengan
lebih efektif dan berkesan.
. Umpamanya, tentera Amerika
Syarikat ditempatkan di Jerman dan Turki selepas Perang Dunia Kedua supaya komunisme
dapat disekat.
(e) Mengambil alih peranan PBB
. Penubuhan NATO bertujuan
untuk mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB dalam menangani
konflik dunia.
. PBB tidak berupaya memainkan
peranan sebagai pertubuhan yang boleh mengekang sebarang konflik dengan
berkesan kerana tidak memiliki pasukan tentera sendiri.
Kesimpulan
. NATO yang ditubuhkan pada era
awal Perang Dingin tidak dibubarkan meskipun Perang Dingin sudah berakhir.
. Sebaliknya era pasca Perang
Dingin menyaksikan NATO terus wujud dan kuasa-kuasa besar dunia yang berada
dalam pertubuhan ini terus menyusun strategi bersaing sesama sendiri bagi
mengukuhkan pengaruh masing-masing.
SUMBER- Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),478.
No comments:
Post a Comment