Ad

Thursday 30 April 2020

Kelibat Rosdi hantui Khyril Muhymeen

SUKAN»Bola
Rabu, 29 April 2020 | 11:19pm
Rosdi Talib (kiri) ketika beraksi menentang pasukan China pada Piala Asia 2007. Foto - Getty Images
Rosdi Talib (kiri) ketika beraksi menentang pasukan China pada Piala Asia 2007. Foto - Getty Images
Kelibat Rosdi hantui Khyril Muhymeen
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Pemain sayap berpengalaman, Khyril Muhymeen Zambri mengakui Rosdi Talib sebagai pertahanan kiri yang paling 'keras' pernah dihadapinya sepanjang beraksi di Liga Malaysia (Liga M).

Pemain sayap Selangor itu menyifatkan bekas pemain kebangsaan itu sebagai seorang pemain yang bertenaga dan bijak mengenal pasti kekuatan serta kelemahan lawan.

Baginya, pengalaman ketika berdepan Rosdi yang ketika itu mewakili Pahang serta T-Team sebagai sesuatu yang berharga untuk meningkatkan lagi kualitinya sebagai pemain sayap kanan.

"Ketika di awal karier bersama Kedah, Rosdi pasti memberi kesukaran kepada saya untuk mengatasi kawalannya setiap kali bertembung dengannya.

"Dia tahu bagaimana hendak masuk melakukan asakan yang betul serta bijak dalam memberikan tekanan kepada pemain lawan.

"Walaupun saya bertemu Rosdi ketika penghujung karier, dia masih antara pertahanan kiri terbaik yang saya pernah hadapi serta menjadi pengalaman paling berharga kerana dapat bertemu pemain sepertinya," katanya.

Selain kualitinya selaku pertahanan kiri, Rosdi juga mempunyai kemahiran yang baik dalam melakukan sepakan percuma jarak jauh.

Rosdi menjadi antara pemain dalam Pilihan Kesebelasan Utama Terbaik Khyril dengan bekas pemain import Kedah pada 2004 hingga 2008, Cornelius Bernard Huggins dan bekas pemain kebangsaan Norhafiz Zamani serta S Kunanlan melengkapkan barisan pertahanan.

Penjaga gol Pahang, Helmi Eliza Elias menjadi pilihan Khyril manakala Ashari Samsudin mengisi bahagian sayap kiri diikuti Baddrol Bakhtiar di sebelah kanan dan bahagian tengah dikemudi Nelson Sam Martin serta Safiq Rahim.

Dua penyerang menjadi pilihan Khyril ialah dua bekas peledak Kedah, Marlon Alex James dan Akmal Rizal Rakhli.[1]




[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/04/683272/kelibat-rosdi-hantui-khyril-muhymeen

Tuesday 28 April 2020

8 peristiwa besar dalam Ramadhan

By Editor Yadim -Monday, 22 June, 201507635 
Bulan Ramadhan adalah bulan di perintahkannya ibadah puasa kepada umat Islam pada tahun kedua hijrah.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu menjadi insan yang bertakwa (QS. Al-Baqarah : 183)

- advertisement -

Namun demikian, tidak kalah pentingnya dalam bulan Ramadhan juga mencatat banyak sejarah yang penting yang berlaku. Hal ini bertujuan untuk menjadikan bulan Ramadhan sebagai inspirasi kepada kejayaan dan kecemerlangan dalam kehidupan. Bukan dijadikan alasan kemunduran dan kelemahan dalam kehidupan.

Ada 8 peristiwa yang penting dalam sejarah Islam yang berlaku di bulan Ramadhan. D iantara peristiwa tersebut adalah:

1.BULAN DITURUNKAN AL-QURAN

Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, bahawasanya Allah SWT menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185:

Maksudnya: “Pada bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). ( QS. Al-Baqarah : 185 )

2. PERISTIWA PERANG BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun 2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di daerah itu.

Tentera Islam seramai 313 berhadapan dengan 1000 tentera musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata. Tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Peperangan ini luar biasa. Tentera Islam kurang jumlahnya, lemah daripada sudut kelengkapan persenjataan dan dalam keadaan berpuasa, akan tetapi dapat memenangi peperangan Badar.

Hal ini membuktikan puasa bukan faktor penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran, ayat 123:

Maksudnya: “Sungguh Allah SWT telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Karena itu bertakwalah kepada Allah, agar kamu mensyukuri- Nya”. (QS. Ali-Imran : 123 ).[1]


[1]http://www.yadim.com.my/v2/8-peristiwa-besar-dalam-ramadhan/

Akmal Rizal perkenal Nasi Arab AR14

MyMetroArena
Akmal Rizal raih pendapatan tambahan menerusi penjualan Nasi Arab AR14. FOTO Ihsan pembaca.
Izzali Ismail
sukan@hmetro.com.my


BEKAS bintang bola sepak negara dan Kedah Akmal Rizal Ahmad Rakhli kini fokus mempromosikan Nasi Arab AR14 di kawasan Jitra dan Kubang Pasu sepanjang ramadan dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau yang juga Penolong Ketua Jurulatih skuad Pulau Pinang berusia 38 tahun berkata, penjualan Nasi Arab AR 14 secara dalam talian ini memberi rezeki tambahan buat dirinya dan keluarga.

"Sejak ramadan bermula Jumaat lalu, saya kini mula memperkenalkan jualan Nasi Arab AR14 di mana saya usahakan bersama sepupu saya di kawasan Jitra dan Kubang Pasu.

Nasi Arab resepi ayam ala Melayu ini berharga RM8 dan apa yang menariknya adalah menunya disertakan dengan air asam yang memang terbaik dan kuah dalca yang sudah menjadi kegemaran ramai.

"Nasi Arab ini dikenali sebagai Nasi Arab AR 14 yang mana ia sesuai dengan imej diri saya dalam dunia bola sepak dan melalui maklum balas daripada pelanggan, mereka cukup berpuas hati." kata Akmal Rizal yang memaklumkan, semua penghantaran dilakukannya bermula jam 4.30 petang di sekitar Jitra dan Kubang Pasu dan pihaknya juga boleh menguruskan penghantaran sekitar Alor Setar.

"Bagi pelanggan yang ingin membuat tempahan, mereka akan menghubungi saya melalui whatsapp atau laman Facebook dan Instagram sebelum 1 tengah hari".

"Selain Nasi Arab AR14 ini, saya juga akan memulakan penjualan dan penghantaran kuih raya bermula pada minggu kedua bulan ramadan ini."

"Ada 12 jenis kuih raya yang popular akan saya pasarkan melalui media sosial dan antaranya adalah Tat Nenas, Biskut Mazola dan banyak lagi kuih yang jarang orang buat, tapi saya akan menjualnya." katanya.

Menyentuh mengenai perkembangan semasa Liga Malaysia (Liga M) yang ditangguhkan akibat wabak pandemik Covid-19, Akmal Rizal berharap tempoh PKP yang sedang berlangsung ini akan segera menemui noktah apabila keadaan kembali selamat dan pada masa sama mendoakan kejayaan Malaysia dalam memerangi wabak bahaya ini.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 April 2020 @ 2:03 PM

Harap Liga M kembali


MyMetroArena
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli. FOTO Ihsan pembaca.
Izzali Ismail
sukan@hmetro.com.my
  
BEKAS bintang bola sepak kebangsaan yang kini Penolong Ketua Jurulatih Pulau Pinang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli masih berharap Liga Malaysia (Liga M) dapat dimulakan semula pada tahun ini seandainya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan pada pertengahan tahun ini.

Akmal yang juga Pengulas Sukan Liga M berharap selepas tamatnya PKP dan keadaan kembali pulih dan selamat dari wabak Covid-19, satu-satunya peluang yang mungkin ada untuk Liga M kembali berjalan adalah hanya dengan aksi tanpa kehadiran penonton namun perlu ada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

"Sudah pasti SOP baharu yang ketat mengenai amalan kebersihan dan kesihatan perlu digariskan oleh pihak FAM dan MFL selepas mendapat arahan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu."

"Jika ini boleh dicadangkan, maka mungkin ada sinar harapan untuk Liga M kembali beraksi semula pada tahun ini walaupun sukar dan sekali gus mengelak dari berdepan isu gaji serta kontrak jutaan ringgit yang perlu dihadapi oleh persatuan negeri ataupun kelab yang mengendalikan pasukan."

"Saya percaya dikalangan pemain dan jurulatih masih mengharapkan perlawanan Liga M dapat dijalankan pada musim ini walaupun dimulai dengan aksi tanpa penyokong." katanya.

Akmal dalam masa yang sama turut melahirkan kerisauannya terhadap nasib kira-kira 1,500 pemain bola sepak dan juga jurulatih yang berhadapan risiko hilang kerja seandainya Liga M mahu dibatalkan terus pada musim ini seperti yang digambarkan melalui soal selidik media.

"Walaupun terpaksa menanti lebih lama bagi memastikan keadaan benar-benar selamat, kehadiran kembali Liga M adalah solusi yang ada dan mampu sekurang-kurangnya menyelamatkan kerugian besar yang terpaksa ditanggung banyak pihak dalam sejarah industri bola sepak negara."

"Jurulatih dan pemain masing-masing mencari rezeki dalam bidang bola sepak dan kalau dibatalkan terus pada tahun ini akan timbul persoalan berkaitan kontrak, gaji serta semua yang terbabit.

"Kalau diikutkan komen daripada orang ramai yang mengatakan gaji pemain kini tinggi, kita juga harus ingat bahawa pemain-pemain dari skuad Piala Presiden dan Piala Belia juga turut terkesan dan gaji mereka juga kecil dan bayangkan bagaimana dengan kesan pendapatan mereka yang diberhentikan sehingga menanti musim yang baharu pada tahun depan." katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2020 @ 1:55 PM

Monday 27 April 2020

Akhirnya MUSA bayar gaji


MyMetroArena
BARISAN pemain Melaka akan memperoleh tunggakan gaji bulan Februari dahulu. FOTO FB MUSA
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my

PERSATUAN Bolasepak Melaka (MUSA) akan mula membuat pembayaran tunggakan gaji bagi bulan Februari bermula esok .

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusof Mahadi berkata, tunggakan bernilai lebih RM600 ribu itu membabitkan pemain tempatan dan import.

Menurutnya, persatuan sebelum ini gagal menyelesaikan tunggakan gaji membabitkan bulan Februari dan Mac.

Namun selepas perubahanan tampuk kepimpinan MUSA diambil alih Ketua Menteri (KM) , Datuk Sulaiman Md Ali, beliau memberi sinar baharu untuk menyelesaikan masalah itu.

Katanya, walaupun pandemik Covid-19 berlaku bulan lalu yang menyebabkan pendapatan pasukan terbatas, namun beliau gembira presiden akhirnya membantu menyelesaikan tunggakan Februari setakat ini.

"Usaha menyelesaikan tunggakan bagi bulan Mac pula giat dilakukan dan kita berharap ia akan berjalan dengan baik," katanya.

Sementara itu, bekas pemain Melaka dan Negeri Sembilan, Asri Ninggal yang juga pernah melatih kedua-dua pasukan itu turut mengucapkan terima kasih kepada KM dan persatuan di atas pelantikan sebagai Setiausaha Agung MUSA.

Beliau berkata, tanggungjawab berkenaan amat berat namun amanah berkenaan harus dipikul dengan penuh dedikasi untuk kemajuan persatuan dan pasukan.

Baginya, fokusnya terlebih dahulu untuk membantu usaha penyelesaian tunggakan gaji pemain.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 April 2020 @ 5:45 PM

Friday 24 April 2020

"Ebit Lew jangan simpan dalam hati"


BERITA»Nasional
Sabtu, 25 April 2020 | 12:06pm
  Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.Foto/ NSTP/NUR ADIBAH AHMAD IZAM
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.Foto/ NSTP/NUR ADIBAH AHMAD IZAM
"Ebit Lew jangan simpan dalam hati"
Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman
bhnews@bh.com.my

KANGAR: Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dinasihat supaya tidak menganggap ujian yang menimpanya ketika ini sebagai faktor untuk tidak lagi meneruskan kerja kebajikan.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata Ebit Lew tidak perlu menyimpan segala kritikan dan tohmahan pihak tertentu di dalam hati sehingga boleh menjejaskan usaha yang dilakukannya selama ini.

"Ebit Lew tidak perlu nak simpan dalam hati sangat benda yang macam itu (tohmahan pihak tertentu).

"Jika dia ikhlas membantu orang, pasti tidak ada masalah (yang timbul) dan jangan disimpan kerana di dalam dunia ketika ini memang sudah lumrahnya macam itu.

"Sudah lumrah apabila manusia melihat seseorang itu melakukan perkara yang baik, pasti mereka akan memberikan pandangan atau kritikan. Malah penyanyi yang tugasnya menghiburkan orang pun tidak terlepas dari dikritik," katanya dalam kuliah yang dirakam secara langsung di Facebook hari ini.

Semalam, Ebit Lew melalui hantaran di Facebook membuat keputusan untuk tidak lagi membantu secara langsung golongan yang kurang berkemampuan selepas beliau dipanggil memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai tindakan pihak tertentu yang mempersoalkan keikhlasan Ebit Lew, Mohd Asri berkata sebagai manusia biasa, ia bukanlah satu urusan yang perlu dicampuri kerana ia membabitkan amalan atau niat individu dengan tuhannya.

"Orang memberi sedekah, bukan urusan kita untuk mengetahui sama ada pemberi itu ikhlas atau tidak kerana itu antara dia dan Allah.

"Ikhlas ini rahsia, jika seseorang itu ikhlas (melakukan kebajikan) dia memperoleh pahala dan jika sebaliknya dia tidak dapat pahala tetapi dapat dosa. Cumanya orang yang menerima bantuan itu dapatlah barangan keperluannya yang diberi," katanya.

Mohd Asri berkata, beliau yakin Ebit Lew adalah individu yang bertanggungjawab dan ikhlas dalam melakukan amal kebajikan.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/681419/ebit-lew-jangan-simpan-dalam-hati

Zaquan mempromosikan baju Melayu yang dijual menerusi media sosial


SUKAN»Bola
Rabu, 22 April 2020 | 6:45pm
 Zaquan mempromosikan baju Melayu yang dijual menerusi media sosial
Zaquan mempromosikan baju Melayu yang dijual menerusi media sosial
Zaquan jual baju Melayu

KUALA LUMPUR: Bintang Kedah Zaquan Adha Abd Radzak mengikut jejak pemain-pemain tempatan lain yang menceburi dunia perniagaan susulan liga terhenti akibat pandemik COVID-19.

Zaquan dilihat mempromosikan baju Melayu yang dijual menerusi Instagram Masquline_zaquan ketika rakyat negara ini dijangka akan menyambut Aidilfitri kira-kira sebulan lagi.

Promosi di media sosial menjadi pilihan Zaquan ketika Perintan Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan Malaysia bagi mengekang penularan COVID-19.

Sebelum ini, beberapa pemain bola sepak termasuk rakan sepasukan Zaquan dalam skuad Kedah, Azmeer Yusof menggunakan peluang menambah pendapatan sepanjang PKP dengan menjual ikan bersama sepupunya, Hazali Hamid.[1]



[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/04/680438/zaquan-jual-baju-melayu

Nazrin tak sabar nak tendang bola


SUKAN»Bola
Rabu, 22 April 2020 | 10:36pm
                     
Bekas penyerang Melaka dan JDT, Nazrin Nawi yang kini menyertai skuad Kelantan musim ini. - FBekas penyerang Melaka dan JDT, Nazrin Nawi yang kini menyertai skuad Kelantan musim ini. - Foto NSTPoto NSTP
Bekas penyerang Melaka dan JDT, Nazrin Nawi yang kini menyertai skuad Kelantan musim ini. - Foto NSTP
Nazrin tak sabar nak tendang bola
Oleh Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my

MELAKA: Berita Liga Malaysia bakal disambung melegakan bekas penyerang Melaka dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazrin Nawi yang kini menyertai skuad Kelantan musim ini.

Baginya, sebagai pemain bola sepak profesional dia sememangnya tidak sabar untuk beraksi selepas sekian lama berehat susulan wabak COVID-19 yang melanda negara dan dunia.

Menurutnya, dia juga seperti pemain lain malah semua rakyat di Malaysia yang mengharapkan langkah wabak berakhir menerusi langkah agresif yang dilakukan oleh kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan sokongan individu.

“Saya kini agresif menjalani latihan di rumah dalam memastikan tahap kecergasan dan stamina sentiasa berada dalam keadaan terbaik sebelum beraksi.

“Sememangnya rasa rindu untuk menendang bola amat membuak termasuk untuk melakukan latihan sepakan percuma yang menjadi kegemaran saya dalam permainan,” kata Nazrin yang yakin dengan setiap langkah pengendalian liga mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.

Media hari ini melaporkan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sudah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan saingan Liga Malaysia (Liga M) sebaik (PKP) berakhir.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan FAM dan MFL sudah mempunyai perancangan teliti termasuk untuk kesemua pertandingan di bawah kelolaan FAM antaranya saingan Piala Belia dan Piala Presiden yang ditangguhkan berkuat kuasa 16 Mac lalu.[1]



[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/04/680538/nazrin-tak-sabar-nak-tendang-bola

Wednesday 22 April 2020

Luqman fokus aksi bersama Selangor II


MyMetroArena
Luqman Hakim Shamsuddin.
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
  
PENYERANG sensasi bawah 19 (B19) tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin mahu memberikan fokus sepenuhnya aksi bersama Selangor II dalam saingan Liga Perdana musim ini sebelum terbang ke Eropah.

Luqman enggan terlalu memikirkan perancangan yang sepatutnya menyaksikan pemain muda itu berlatih di Cardiff City sebelum ke Belgium bagi menyertai kelab KV Kortrijik apabila ia terpaksa ditangguh ke satu tarikh yang belum pasti ekoran wabak Covid-19.

Justeru, peluang untuk beraksi bersama Selangor II sekurang-kurangnya memberi harapan baharu untuknya meningkatkan prestasi dan tidak hanya menghabiskan masa dengan menunggu sahaja.

Nyata, situasi yang sedang berlaku sekarang di seluruh dunia memberi kesan kepada semua pihak termasuklah dirinya sendiri yang sudah lama tidak mendapat tempo aksi kompetitif apabila kali terakhir beraksi adalah ketika Sukan Sea Filipina, tahun lalu.

Aksi Luqman Hakim ketika bersama skuad kebangsaan. FOTO NSTP
Aksi Luqman Hakim ketika bersama skuad kebangsaan. FOTO NSTP
“Saya bersyukur diberi peluang untuk bersama pasukan Selangor kerana sekurang-kurangnya saya dapat lihat hala tuju saya tahun ini.

“Walaupun tak sempat beraksi lagi bersama pasukan, tetapi apabila diberi perancangan latihan yang teratur, saya bersemangat juga untuk mempersiapkan diri kerana selepas ini saya ingin fokus kepada pasukan.

“Bukan apa, kita pun tidak tahu lagi bila isu wabak ini akan pulih sepenuhnya dan sekiranya Liga Malaysia boleh sambung balik, saya dapat beraksi dekat sini terlebih dahulu kerana kita pun belum pasti keadaan di sana macam mana.

“Dan apabila semua sudah kembali sedia kala, dan perancangan untuk terbang semula ke Eropah berjalan lancar, sekurang-kurangnya momentum saya tidak terjejas untuk beraksi di sana,” katanya.

Pemain dari Kota Bharu, Kelantan ini menyifatkan dia perlu bekerja lebih keras berlatih sendiri di rumah kerana menganggap dirinya berbeza dengan pemain-pemain lain yang sekurang-kurangnya sudah pernah beraksi pada awal musim.

Dalam masa yang sama, Luqman turut berkongsi pengalaman melakukan kerja penghantaran barang sebagai kerja sampingan pada waktu lapang sekiranya tidak berlatih bagi membantu rakan-rakan.

“Sekarang tiap-tiap hari saya melakukan latihan ringan di rumah dan rakan-rakan juga ada membantu.

“Disebabkan saya sudah lama tidak beraksi di padang, jadi memang kena lakukan latihan lebih dan kita pun tidak tahu bila boleh akan beraksi balik.

“Cuma sekali-sekala saya ada juga keluar melakukan penghantaran barang kalau ada waktu lapang kerana itu sahajalah yang mampu saya buat untuk menghabiskan masa sekarang ini,” kata bekas pelatih Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) itu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 April 2020 @ 8:19 PM
https://www.hmetro.com.my/arena/2020/04/569679/luqman-fokus-aksi-bersama-selangor-ii

Wednesday 8 April 2020

Sejarah STPM P1 2020

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
SEJARAH STPM PENGGAL 1 2020
Penggal
Pengajian
Kod dan nama kertas
Jenis Ujian
Markah
(Wajaran)
Masa
Pentadbiran
Penggal 1
940/1
Sejarah  1
Sejarah Dunia
(1500-1955)
Ujian bertulis

Soalan esei
6 soalan diberikan
Jawab 4 soalan daripada
6 soalan
80
(29%)
2 jam
Pentaksiran berpusat
 Penggal 1 mengandungi 4 tema utama iaitu:
1.     Masyarakat.
2.     Pemerintahan dan Pentadbiran.
3.     Kemajuan dan Pembangunan.
4.     Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa.

 Tema 1: Masyarakat
1.1  Masyarakat Feudal (England dan Jepun).
1.2  Masyarakat Agraria (Belanda dan China).
1.3  Masyarakat Maritim (Portugal dan Jepun).
1.4  Masyarakat Industri (England dan Jerman).

Tema 2: Pemerintahan dan Pentadbiran
2.1     Institusi Pemerintahan:
          2.1.1  Raja atau Maharaja (China dan Rusia).
          2.1.2  Pembesar (China dan Rusia).
2.2     Negara Bangsa:
          2.2.1  Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan (Englan dan Perancis).
          2.2.2  Negara Kesatuan dan Negara Persekutuan (Perancis dan Amerika).
          2.2.3  Penyatuan Negara Bangsa (Itali dan Jerman).

Tema 3: Kemajuan dan Pembangunan
3.1     Sistem Ekonomi.
3.1.1   Feudalisme dan Kapitalisme (Jepun, China, Jerman, Perancis, England, Amerika. 
3.1.2   Perkembangan Ekonomi.
            3.1.2.1  Perdagagan dan Perniagaan (Portugal & Belanda).
            3.1.2.2  Pertanian (Belanda & England).
            3.1.2.3  Perindustrian (Jerman & Jepun).
3.2      Intelektual.
          3.2.1  Perkembangan Ilmu (England & Perancis).
          3.2.2  Sumbangan Tokoh (England & Perancis).
3.3     Kemajuan Pendidikan (Perancis & Jerman).

Tema 4: Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
4.1     Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa Barat & kesan penjajahan Barat (China & India).
4.2     Konflik Antarabangsa.
          4.2.1  Perang Dunia Pertama (1914-1918) - (Jerman & Rusia).
          4.2.2  Perang Dunia Kedua (1942-1945) - (Jepun & Amerika Syarikat).
          4.2.3  Perang Dingin (1945-1955) - (Rusia & Amerika Syarikat).
4.3     Dekolonialisasi dan Pengembalian Kedaulatan (China & India).
4.4     Perhubungan Luar.
          Soviet Union & Amerika Syarikat. -PBB.
          United kingdom & India. -Komanwel.
          United Kingdom & Amerika Syarikat. -NATO.

SUKATAN PELAJARAN SEJARAH STPM PENGGAL 3

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA (1800-2000)
BAHAGIAN A: SEJARAH MALAYSIA

TEMA 1

1.1 Institusi pemerintahan

1.1.1 Raja –konsep dan peranan raja  

1.1.2 Konsep, hierarki dan peranan pembesar.

1.2 Hukum adat dan undang-undang.

  1.2.1 Hukum adat

Bentuk dan pelaksanaan

i.Adat Perpatih.

ii.Adat Temenggung.

   1.2.2 Undang-Undang pada abad ke-19

Prinsip-prinsip umum

i.Undang-Undang 99 Perak.

ii.Undang-Undang Tubuh Johor.

1.3 Sistem Sosial abad ke-19

Konsep dan susun lapis masyarakat.

Peranan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.

1.4 Sistem ekonomi sara diri dan Komersial.

Menjelaskan ciri-ciri ekonomi tradisional  STPM P32013

Ciri-ciri  ekonomi komersial.                                   


TEMA 2

2.Transfomasi masyarakat

2.1 Perluasan kuasa asing abad ke-19 hingga 20

      Faktor-faktor dan cara perluasan kuasa asing di Negeri-Negeri Melayu Sabah dan

      Sarawak pada abad ke-19-20.     

     Campur tangan di Perak dan Selangor

     Sistem Residen di Pahang dan Negeri Sembilan.

     Perluasan kuasa British di Negeri Melayu Utara.

     Iperialisme Barat di Sabah dan Sarawak

     Faktor-faktor kemerdekaan Johor sehingga 1914.

2.2 Penentangan terhadap kuasa asing.

1.Dol Said di Naning.

2.Penentangan Pembesar Perak

3.Penentangan Datok Bahaman di Pahang.

4.Penentangan terhadap pentadbiran Brooke di Sarawak

5.Penentangan di Kompeni Berpiagam di Sabah.

6.Penentangan di Terengganu.

7.Penentangan Tok Janggut di Kelantan.


2.3 Pengubahsuaian dalam pentadbiran , ekonomi dan pendidikan

Perubahan dalam pentadbiran di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak.

; Sistem Residen 1870an-1895.

Perubahan dan perkembangan ekonomi di Negeri-negeri Melayu, sabah dan Sarawak.

Perubahan sistem pendidikan di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak.


2.4 Masyarakat pelbagai kaum pada abad ke-19-20

Perkembangan masyarakat pelbagai kaum di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak.


3. Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa


3.1 Gerakan nasionlisme
3.1.1 Faktor kemunculan
Faktor-faktor  kemunculan nasionalisme abad ke-20
i.Pengaruh agama Islam.
ii.Peranan bahasa dan kesusasteraan
iii.Pengaruh kewartawanan
iv.Peranan pendidikan
v.Peranan golongan intelektual.
vi.Pengaruh luar.

3.1.2 Gerakan persatuan, kelab dan kesatuan yang berkaitan dengan agama, ekonomi, sosial dan politik.
Sebab penubuhan dan matlamat gerakan persatuan, kelab dan kesatuan yang mendukung gerakan nasionalisme
i.Gerakan Islah/ Islamiah
ii.Persatuan dan kelab Negeri-negeri Melayu.
iii.Kesatuan Melayu Muda.

3.2 Perjuangan mencapai kemerdekaan pada abad ke 20
3.2.1 Pendudukan Jepun 1941-1945
a.Dasar dan kesan pendudukan Jepun ke atas gerakan mencapai kemerdekaan.
3.2.2 Perjuangan secara berperlembagaan 1946-1960.
b.Menilai penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.
c.Menjelaskan Gerakan Anti-Penyerahan di Sarawak.
d.Membincangkan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
e.Menggalurkan perkembangan perlembagaan di Sabah dan Sarawak.
f.menghuraikan langkah-langkah mengatasi ancaman Parti Komunis Malaya.

3.2.3 Kemerdekaan pada abad ke-20
g.menganalisis langkah-langkah mencapai kemerdekaan 
h.membincangkan faktor-faktor pembentukan Malaysia
i.membincangkan reaksi dalam dan luar negara terhadap pembentukan Malaysia.
j.membincangkan isi-isi Perjanjian Malaysia 1963.

4 Pengisian Kemerdekaan abad ke-20
4.1 Sistem pemerintahan
a.menghuraikan bentuk pemerintahan
i.Persekutuan
ii.Raja Berperlembagaan
iii.Demokrasi Berparlimen

4.2 Pembinaan negara bangsa
4.2.1 Pembangunan sosial pada abad ke-20
a)menjelaskan usaha-usaha ke arah pembangunan sosial
i.Bahasa Kebangsaan
ii.Dasar Pendidikan Kebangsaan
iii.Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
iv. Rukun Negara.

4.2.2 Pembangunan ekonomi
b.menganalisis usaha-usaha ke arah pembangunan ekonomi
i.Dasar Pembangunan Luar Bandar
ii.Dasar Ekonomi Baru (DEB)
iii.Dasar Pembangunan Nasional  DPN
Dasar Perindustrian Negara
Dasar Pertanian Negara
c) Menilai sumbangan tokoh
i.Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
ii.Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein
iii.Tun Hussein bin Onn
iv.Tun Dr Mahathir bin Mohamad

4.3  Wawasan 2020
a.menerangkan cabaran dan hala tuju negara.
4.4  Perhubungan luar  pada abad ke-20
a.mengenal pasti asas-asas Dasar Luar Negara
b.membincangkan penglibatan Malaysia dalam organisasi antarabangsa.
i.Komanwel
ii.Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
iii.ASEAN
iv.Pergerakan Negara Berkecuali
v.Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)