MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
PERSATUAN Bolasepak Melaka (MUSA)
akan mula membuat pembayaran tunggakan gaji bagi bulan Februari bermula esok .
Timbalan Presiden Persatuan
Bolasepak Melaka (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusof Mahadi berkata, tunggakan
bernilai lebih RM600 ribu itu membabitkan pemain tempatan dan import.
Menurutnya, persatuan sebelum ini
gagal menyelesaikan tunggakan gaji membabitkan bulan Februari dan Mac.
Namun selepas perubahanan tampuk
kepimpinan MUSA diambil alih Ketua Menteri (KM) , Datuk Sulaiman Md Ali, beliau
memberi sinar baharu untuk menyelesaikan masalah itu.
Katanya, walaupun pandemik
Covid-19 berlaku bulan lalu yang menyebabkan pendapatan pasukan terbatas, namun
beliau gembira presiden akhirnya membantu menyelesaikan tunggakan Februari
setakat ini.
"Usaha menyelesaikan
tunggakan bagi bulan Mac pula giat dilakukan dan kita berharap ia akan berjalan
dengan baik," katanya.
Sementara itu, bekas pemain
Melaka dan Negeri Sembilan, Asri Ninggal yang juga pernah melatih kedua-dua
pasukan itu turut mengucapkan terima kasih kepada KM dan persatuan di atas
pelantikan sebagai Setiausaha Agung MUSA.
Beliau berkata, tanggungjawab
berkenaan amat berat namun amanah berkenaan harus dipikul dengan penuh dedikasi
untuk kemajuan persatuan dan pasukan.
Baginya, fokusnya terlebih dahulu
untuk membantu usaha penyelesaian tunggakan gaji pemain.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Isnin, 27 April 2020 @ 5:45 PM
No comments:
Post a Comment