MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
PENYERANG sensasi bawah 19 (B19)
tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin mahu memberikan fokus sepenuhnya aksi
bersama Selangor II dalam saingan Liga Perdana musim ini sebelum terbang ke
Eropah.
Luqman enggan terlalu memikirkan
perancangan yang sepatutnya menyaksikan pemain muda itu berlatih di Cardiff
City sebelum ke Belgium bagi menyertai kelab KV Kortrijik apabila ia terpaksa
ditangguh ke satu tarikh yang belum pasti ekoran wabak Covid-19.
Justeru, peluang untuk beraksi
bersama Selangor II sekurang-kurangnya memberi harapan baharu untuknya
meningkatkan prestasi dan tidak hanya menghabiskan masa dengan menunggu sahaja.
Nyata, situasi yang sedang
berlaku sekarang di seluruh dunia memberi kesan kepada semua pihak termasuklah
dirinya sendiri yang sudah lama tidak mendapat tempo aksi kompetitif apabila
kali terakhir beraksi adalah ketika Sukan Sea Filipina, tahun lalu.
Aksi Luqman Hakim ketika bersama
skuad kebangsaan. FOTO NSTP
Aksi Luqman Hakim ketika bersama
skuad kebangsaan. FOTO NSTP
“Saya bersyukur diberi peluang
untuk bersama pasukan Selangor kerana sekurang-kurangnya saya dapat lihat hala
tuju saya tahun ini.
“Walaupun tak sempat beraksi lagi
bersama pasukan, tetapi apabila diberi perancangan latihan yang teratur, saya
bersemangat juga untuk mempersiapkan diri kerana selepas ini saya ingin fokus
kepada pasukan.
“Bukan apa, kita pun tidak tahu
lagi bila isu wabak ini akan pulih sepenuhnya dan sekiranya Liga Malaysia boleh
sambung balik, saya dapat beraksi dekat sini terlebih dahulu kerana kita pun
belum pasti keadaan di sana macam mana.
“Dan apabila semua sudah kembali
sedia kala, dan perancangan untuk terbang semula ke Eropah berjalan lancar,
sekurang-kurangnya momentum saya tidak terjejas untuk beraksi di sana,”
katanya.
Pemain dari Kota Bharu, Kelantan
ini menyifatkan dia perlu bekerja lebih keras berlatih sendiri di rumah kerana
menganggap dirinya berbeza dengan pemain-pemain lain yang sekurang-kurangnya
sudah pernah beraksi pada awal musim.
Dalam masa yang sama, Luqman
turut berkongsi pengalaman melakukan kerja penghantaran barang sebagai kerja
sampingan pada waktu lapang sekiranya tidak berlatih bagi membantu rakan-rakan.
“Sekarang tiap-tiap hari saya
melakukan latihan ringan di rumah dan rakan-rakan juga ada membantu.
“Disebabkan saya sudah lama tidak
beraksi di padang, jadi memang kena lakukan latihan lebih dan kita pun tidak
tahu bila boleh akan beraksi balik.
“Cuma sekali-sekala saya ada juga
keluar melakukan penghantaran barang kalau ada waktu lapang kerana itu
sahajalah yang mampu saya buat untuk menghabiskan masa sekarang ini,” kata
bekas pelatih Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) itu.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Selasa, 21 April 2020 @ 8:19 PM
https://www.hmetro.com.my/arena/2020/04/569679/luqman-fokus-aksi-bersama-selangor-ii
No comments:
Post a Comment