By Editor Yadim -Monday, 22 June, 201507635
Bulan Ramadhan adalah bulan di perintahkannya ibadah puasa kepada umat Islam pada tahun kedua hijrah.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu menjadi insan yang bertakwa (QS. Al-Baqarah : 183)
- advertisement -
Namun demikian, tidak kalah pentingnya dalam bulan Ramadhan juga mencatat banyak sejarah yang penting yang berlaku. Hal ini bertujuan untuk menjadikan bulan Ramadhan sebagai inspirasi kepada kejayaan dan kecemerlangan dalam kehidupan. Bukan dijadikan alasan kemunduran dan kelemahan dalam kehidupan.
Ada 8 peristiwa yang penting dalam sejarah Islam yang berlaku di bulan Ramadhan. D iantara peristiwa tersebut adalah:
1.BULAN DITURUNKAN AL-QURAN
Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, bahawasanya Allah SWT menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185:
Maksudnya: “Pada bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). ( QS. Al-Baqarah : 185 )
2. PERISTIWA PERANG BADAR
Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun 2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di daerah itu.
Tentera Islam seramai 313 berhadapan dengan 1000 tentera musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata. Tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.
Peperangan ini luar biasa. Tentera Islam kurang jumlahnya, lemah daripada sudut kelengkapan persenjataan dan dalam keadaan berpuasa, akan tetapi dapat memenangi peperangan Badar.
Hal ini membuktikan puasa bukan faktor penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran, ayat 123:
Maksudnya: “Sungguh Allah SWT telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Karena itu bertakwalah kepada Allah, agar kamu mensyukuri- Nya”. (QS. Ali-Imran : 123 ).[1]
No comments:
Post a Comment