Ad

Sunday 31 August 2014

Rusuhan iringi penyingkiran Sarawak

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my
 
SEBUAH kereta peronda polis musnah dibakar oleh penyokong Sarawak yang bertindak ganas merusuh selepas perlawanan antara Sarawak dengan Perak di Kuching malam kelmarin.

RUSUHAN para penyokong selepas aksi skuad Sarawak bertemu Perak pada perlawanan peringkat Kumpulan B kempen Piala Malaysia 2014 di Stadium Negeri, Kuching kelmarin menjadi klimaks kepada perjalanan skuad Bujang Senang itu dalam kempen piala berprestij itu musim ini.

Walaupun mencatat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan tersebut, Sarawak sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Piala Malaysia 2014 kerana sekadar mengumpul empat mata daripada lima perlawanan peringkat Kumpulan B setakat ini.

Tiga lagi pasukan, Perak, Terengganu dan Kedah masih berpeluang merebut dua slot ke suku akhir selepas masing-masing mengumpul sembilan, lapan dan tujuh mata dengan saingan masih berbaki satu perlawanan lagi untuk diharungi.

Sejurus wisel penamat dibunyikan oleh pengadil, Mohd. Nafeez Abdul Wahab, suasana di dalam Stadium Negeri mula bertukar wajah apabila suar dinyalakan para penyokong Sarawak di setiap sudut stadium manakala letupan mercun pula mula ‘menghiasi’ suasana.

Suasana bertambah kecoh apabila kira-kira 100 penyokong Sarawak berjaya masuk ke dalam padang dan menendang papan iklan di tepi padang manakala penyokong-penyokong yang masih berada di tempat duduk melontarkan botol-botol minuman ke kawasan padang.
 
PETUGAS perubatan memberi bantuan kepada salah seorang penyokong Sarawak yang pengsan akibat terkena gas pemedih mata.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota keselamatan yang terdiri daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berjaya mengawal keadaan daripada bertambah buruk.

Namun, kekecohan tidak berakhir di situ kerana kira-kira 2,000 penyokong Sarawak berkumpul di luar pintu pagar utama stadium bagi menunggu bas yang membawa para pemain dan pegawai pasukan Perak keluar daripada kawasan stadium.

Tidak cukup dengan itu, para penyokong mula bertindak liar apabila melontarkan batu ke arah pihak berkuasa dan juga merosakkan lima buah kereta milik PDRM serta membakar sebuah kereta peronda polis jenis Perodua Kembara.

Kira-kira pukul 12.30 malam kelmarin, pintu pagar utama stadium pula dirempuh ribuan penyokong Sarawak untuk memasuki semula ke kawasan stadium bagi mencari pemain-pemain dan pegawai pasukan Perak.

Keadaan yang tidak terkawal itu memaksa pasukan FRU melepaskan 26 gas pemedih mata ke arah perusuh selepas amaran untuk bersurai tidak diendahkan.

Keadaan hanya kembali terkawal kira-kira sejam kemudian selepas beberapa pasukan tambahan daripada pasukan PDRM, FRU dan Pasukan Gerakan Am (PGA) tiba dilokasi kejadian untuk mengarahkan mereka bersurai.


KERETA peronda milik pihak polis turut menjadi mangsa keganasan penyokong skuad Sarawak sebaik tamat perlawanan menentang Perak di Kuching malam kelmarin.

Pada pukul 1.35 pagi, bas yang membawa pasukan Perak beredar daripada perkarangan Stadium Negeri menuju ke hotel penginapan mereka dengan diiringi beberapa buah kereta peronda polis.

Difahamkan, kemarahan para penyokong Sarawak tersebut tercetus bukanlah disebabkan tersingkirnya pasukan kesayangan mereka itu dalam kempen Piala Malaysia kali ini tetapi, mereka ingin membalas dendam terhadap layanan buruk yang diterima ketika kunjungan para penyokong Bujang Senang ke Ipoh dalam aksi pusingan pertama Kumpulan B pada 20 Ogos lalu.

Sebagai rekod, selepas tamat perlawanan di Ipoh itu, lima penyokong Sarawak yang terdiri daripada Kumpulan GB13 dipukul oleh penyokong Perak dan mereka juga dihambur dengan kata-kata berbaur perkauman.

Kosmo! pada 24 Ogos lalu melaporkan, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) tidak akan menjual tiket-tiket perlawanan kelmarin kepada penyokong Perak kerana FAS tidak berani menjamin keselamatan mereka jika bertandang ke Kuching.

Presiden FAS, Datuk Sudarsono Osman juga sudah membuat laporan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berhubung insiden di Ipoh itu.
Video mengenai kejadian penyokong Sarawak dipukul itu menjadi viral di laman sosial Facebook, sekali gus menimbulkan kemarahan rakyat Sarawak dan mengugut akan membalas dendam terhadap para penyokong dan pemain pasukan Perak jika bertandang ke Kuching.

SUMBER-KOSMO ONLINE 1.9.2014

Keputusan Kejohanan Badminton Dunia 2014

 
Berikut adalah keputusan perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 di Ballerup Super Arena di Copenhagen, hari ini

FINAL

Perseorangan lelaki

Chen Long (CHN) mn Datuk Lee Chong Wei (MAS) 21-19, 21-19

Perseorangan Wanita

Carolina Marin (ESP) mn Li Xuerui (CHN) 17-21, 231-17, 21-18

Beregu lelaki

Ko Sung Hyun/Shin Baek Cheol Shin (KOR) mn Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong (KOR) 22-20, 21-23, 21-18

Beregu Wanita

Tian Qing/Zhao Yunlei (CHN) mn Wang Xiaoli/Yu Yang (CHN) 21-19, 21-15

JAGUH perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei (kanan) kecewa selepas kalah pada perlawanan akhir perseorangan lelaki menentang pemain China Chen Long (dua kanan) dengan dua set 19-21 dan 19-21 pada Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 di Stadium Ballerup Super Arena, dekat sini, malam tadi. - Foto BERNAMA

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE  1.9.14

Skuasy: Nicol tunjuk belang menang gelaran ke-9 Terbuka Hong Kong

 
KUALA LUMPUR: Datuk Nicol Ann David mendapat suntikan bersemangat menjelang persiapan Sukan Asia, bulan depan selepas gah menjuarai skuasy Terbuka Hong Kong, hari ini.

Pemain nombor satu dunia itu menjulang mahkota kejuaraan itu buat kali kesembilan menewaskan pemain berbakat baru dari Mesir, Nour El Tayeb 11-4, 12-10, 11-8 dalam final perseorangan wanita di Pusat Skuasy Hong Kong.

Namun, laman sesawang Squash Site melaporkan Nicol terpaksa bergelut sebelum dapat menewaskan lawan dalam permainan tiga set itu.

"Hebat rasanya menang satu lagi gelaran di Hong Kong," kata jaguh negara dari Pulau Pinang itu kepada Squash Site."Nour sedang meningkat dan tidak mudah menyerah, khasnya dalam set kedua apabila dia menekan saya.

"Saya terpaksa memberi fokus kepada permainan dan bekerja keras untuk mengumpul mata dan menang perlawanan."

Nicol berkata sekurang-kurang dia dapat mencari penawar duka selepas kalah di Terbuka Malaysia, minggu lalu.

"Saya akan kembali ke Malaysia dan kemenangan ini memberi semangat baru sebagai persiapan ke Sukan Asia di Incheon nanti, kata pemain berusia 31 tahun itu.

Kejayaan Nicol sebelum ini di Hong Kong adalah pada 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 and 2013. - Agensi
Datuk Nicol Ann David. - Foto Goh Thean Howe

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE  1.9.14

Chong Wei gigit jari lagi, tewas final Kejohanan Dunia

PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei (kanan) tewas kepada Chen Long dari China 21-19 21-19 dalam final perseorangan Kejohanan Badminton Dunia yang dramatik di Copenhagen, malam tadi. - Foto EPA
KUALA LUMPUR: Sekali lagi tekanan untuk menang gelaran utama di pentas terbesar gagal digalas Datuk Lee Chong Wei dan dia turut gagal memberi hadiah Hari Merdeka ke-57 untuk rakyat Malaysia.

Malam tadi, pemain nombor satu dunia tewas kepada Chen Long dari China 21-19 21-19 dalam final perseorangan Kejohanan Badminton Dunia yang dramatik di Copenhagen.

Dalam perlawanan satu jam sembilan minit itu Chong Wei seperti memberi sedikit harapan apabila bangkit dalam set kedua tapi lawannya yang juga pilihan kedua, lebih bersedia bergelar juara pada edisi kali ini.
Jelas badi kemenangan di kejohanan utama berterusan selepas layak tiga kali berturut-turut ke final sejak 2012.

AKSI Lee Chong Wei (kanan) ketika menentang Chen Long pada final perseorangan Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, malam tadi. - Foto EPA

154 anggota PPS ditahan

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
dan AZHARI ZAINOODDIN
pengarang@utusan.com.my
 
SEBAHAGIAN daripada 250 peserta Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang ditahan ketika menyertai perarakan Hari Kemerdekaan peringkat Pulau Pinang di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, semalam.
Advertisement

PULAU PINANG 31 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyahut cabaran Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berfikir semasak-masaknya sebelum mengambil tindakan terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) dengan penahanan 154 anggota PPS, hari ini.

Kesemua ahli PPS yang berusia antara 20 dan 40 tahun termasuk tujuh wanita itu ditahan selepas mereka berarak dengan menampilkan diri sebagai pasukan PPS lengkap memakai jaket keselamatan dalam perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 peringkat negeri di Padang Kota Lama di sini, kira-kira pukul 10.15 pagi.

Tindakan pasukan itu sekali gus dilihat seolah-olah sengaja mencabar kenyataan Khalid yang sebelum ini menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli PPS sekiranya pasukan terbabit tetap meneruskan aktiviti mereka.

Sebaik sahaja ditahan, kesemua ahli PPS terlibat dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai sebelum dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di Jalan Datuk Keramat dekat sini, dengan menaiki trak Black Maria, bas sekolah dan van untuk diambil keterangan.

Difahamkan, semua ahli PPS itu akan ditahan di lokap IPD Timur Laut sehingga esok bagi membantu siasatan sebelum perintah reman dikenakan terhadap mereka.

Khalid ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, kesemua anggota PPS itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuan (ROS).

"Polis mula mengambil tindakan (menahan) terhadap anggota PPS selepas mereka tetap menjalankan aktiviti sedangkan sebelum ini saya telah beri amaran. Pertubuhan itu telah diharamkan dan semua aktiviti perlu dihentikan segera.

"Mereka degil (jalankan aktiviti) dan seperti sengaja nak cabar undang-undang negara serta gertak polis supaya ambil tindakan jika (polis) berani. Kita ambil tindakan kerana mereka salah, ini (tindakan PPS teruskan aktiviti) memang perbuatan gengster," katanya.

Khalid berkata, sepatutnya PPS menggantung semua aktiviti dan menulis surat kepada ROS untuk minta penjelasan serta menggunakan saluran undang-undang yang ada dan bukan meneruskan aktiviti seperti hari ini.

Katanya, polis bertindak mengikut undang-undang dan akan menjalankan siasatan serta merujuk kes berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.

"Dalam tempoh 24 jam ini, memang mereka tidak dibenarkan bertemu sesiapa termasuk peguam kerana polis sedang menjalankan siasatan dan kita bimbang ia akan mengganggu siasatan, jadi kepada barisan peguam anggota PPS yang tidak berpuas hati itu (tidak dibenarkan bertemu anggota PPS yang ditahan) saya minta mereka rujuk semula buku undang-undang.

"Jika polis tidak dapat selesaikan siasatan dalam tempoh 24 jam ini, kemungkinan kami akan meminta perintah reman terhadap mereka yang ditahan itu daripada mahkamah pagi esok untuk melengkapkan siasatan, semasa dalam tahanan reman itu peguam boleh bertemu anak guam mereka," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid mengesahkan penahanan semua ahli PPS terbabit dan memberitahu, penahanan tersebut dibuat berdasarkan kesalahan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Antara yang ditahan ialah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh bagi membantu siasatan berhubung penubuhan PPS.

Boon Poh yang juga Pengerusi PPS ditahan ketika hadir memberi keterangan di IPD Timur Laut pada pukul 4.15 petang.

Sementara itu, polis turut memanggil Guan Eng untuk memberi keterangan berhubung perkara serupa.

Difahamkan, kesemua ahli PPS wanita dan yang berusia 60 tahun ke atas yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis sejurus selepas keterangan mereka diambil.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140901/je_01/154-anggota-PPS-ditahan#ixzz3C0zrKXsD © Utusan Melayu (M) Bhd

Pasukan Bolasepak Malaysia 2014


Latihan Pusat dan Pemilihan Pasukan Kebangsaan untuk Perlawanan Persahabatan Antarabangsa

Jadual latihan perlawanan persahabatan dan senarai nama pemain Pasukan Kebangsaan yang bakal
menghadapi Perlawanan Persahabatan Antarabangsa menentang Indonesia, Kemboja dan Jordan

Bil.      Perkara            Tarikh  Tempat
1.         Latihan Pusat (Tempatan)       04/09/2014-12/10/2014           Wisma FAM
2.         Perlawanan Persahabatan Antarabangsa (Indonesia mln Malaysia)   14/09/2014      Indonesia
3.         Pelawanan Persahabatan Antarabangsa (Kemboja mln Malaysia)      20.09.2014      Kemboja
4.         Perlawanan Persahabatan Antarabangsa (Malaysia mln Jordan)        11/10/2014      Stadium Shah Alam

Senarai Nama Pemain

Bil.      Nama Pemain  Posisi   Kelab/Negeri
1.         Mohd Farizal Bin Marlias       GK      Selangor
2.         Mohd Bunyamin Bin Umar    DF       Selangor
3.         Kunanlan a/l Subramaniam     MF      Selangor
4.         Mohamad Azmi Bin Muslim  DF       Selangor
5.         Khairul Fahmi Bin Che Mat   GK      Kelantan
6.         Mohd Badhri Bin Mohd Radhi          MF      Kelantan
7.         Ahmad Fakri Bin Saarani       FW      Kelantan
8.         Zairul Fitree Bin Ishak            DF       Kelantan
9.         Mahalli Bin Jasuli                    DF       Johor Darul Takzim
10.       Mohd Asraruddin Putra Omar            DF       Johor Darul Takzim
11.       Safiq Bin Rahim                     MF      Johor Darul Takzim
12.       Mohd Amri Yahyah                MF      Johor Darul Takzim
13.       Norshahrul Idlan Talaha         FW      Johor Darul Takzim
14.       Mohd Safee Mohd Sali           FW      Johor Darul Takzim
15.       Azizon Bin Abdul Kadir        GK      PDRM
16.       Mohamad Muslim Bin Ahmad           DF       PDRM
17.       Mohd Afif Bin Amiruddin     MF      PDRM
18.       Ahmed Ezrie Shafizie Bin Sazali        MF      PDRM
19.       Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid   GK      Pahang
20.       Mohd Razman Bin Roslan      DF       Pahang
21.       Mohd Hafiz Kamal     MF      Pahang
22.       Azamuddin Mohd Akil          MF      Pahang
23.       Gopinathan a/l Ramachandra  MF      Pahang
24.       Abdul Manaf Bin Mamat       FW      Terengganu
25.       Ronny Harun                          DF       Sarawak
26.       Chanturu a/l Suppiah              MF      Sarawak
27.       Joseph Kalang Tie                   MF      Sarawak
28.       Muhammad Shukor Bin Adan            DF       KL Felda United FC
29.       Indra Putra Mahyudin                        DF       KL Felda United FC


KEPUTUSAN PENUH P5 PIALA MALAYSIA



OLEH-AHMAD YAAKOB

PM 5 - 30 Ogos 2014 (Sabtu)
37
B
Sarawak
1-1
Perak
8.45mlm, Stadium Negeri Sarawak, Kuching
38
B
Terengganu
Ashaari Samsudin
2-2
Kedah
Badrol Bakhtiar
8.45mlm, Stadium Sultan Ismail, Nasiruddin Shah
39
D
KL Sime Darby FC
2-1
Terengganu PBDKT T-Team
8.45mlm, Stadium Majlis Perbandaran Selayang
40
D
PDRM
1-1
Selangor
8.45mlm, Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi



Saturday 30 August 2014

KEPUTUSAN MASA PERTAMA P5 PIALA MALAYSIA

oleh- AHMAD BIN YAAKOB

PM 5 - 30 Ogos 2014 (Sabtu)
37
B
Sarawak
0-0
Perak
8.45mlm, Stadium Negeri Sarawak, Kuching
38
B
Terengganu
Ashaari Samsudin
1-1
Kedah
Badrol Bakhtiar
8.45mlm, Stadium Sultan Ismail, Nasiruddin Shah
39
D
KL Sime Darby FC
2-0
Terengganu PBDKT T-Team
8.45mlm, Stadium Majlis Perbandaran Selayang
40
D
PDRM
0-1
Selangor
8.45mlm, Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi



Hanya yang terbaik dipilih - Dollah


Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

JURULATIH skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh (gambar) akan pastikan skuad kendaliannya betul-betul berada dalam keadaan bersedia bagi menghadapi cabaran pada Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 yang dijadualkan berlangsung di Singapura dan Vietnam pada November depan.

Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan senarai 29 pelatih yang bakal menjalani latihan pusat bermula 4 September sehingga 12 Oktober depan.

Selain itu, FAM juga telah mengumumkan tiga perlawanan persahabatan antarabangsa buat skuad Harimau Malaya iaitu menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada 14 September depan.

Baki dua perlawanan melibatkan aksi menentang Kemboja pada 20 September dan Jordan di Stadium Shah Alam pada 11 Oktober depan.

Mengulas mengenai senarai tersebut, Dollah mengakui berdepan tugasan sukar dalam misi membentuk satu skuad yang mantap untuk mengharungi Piala AFF Suzuki 2014 nanti.

“Kami memanggil 29 pemain dalam usaha memilih pemain-pemain yang terbaik.

“Saya tidak boleh buat keputusan drastik untuk mendaftar 22 pemain yang akan beraksi di Piala AFF Suzuki nanti dan sebab itulah saya memanggil ramai pemain untuk menyertai latihan pusat kali ini.

“Saya mahu tengok persembahan mereka. Saya akan pemain yang betul-betul bersedia untuk menggalas tugas bersama skuad negara nanti.

“Pemain yang dipilih menyertai latihan pusat ini adalah kelompok pemain terbaik buat masa kini. Kita mahu menentukan pemain-pemain ini betul-betul bersedia,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Dalam perkembangan lain, Dollah menganggap skuad negara mampu bersaing dengan pasukan-pasukan lawan dalam aksi Piala AFF Suzuki nanti.

“Sejujurnya, bagi saya keupayaan Thailand, Singapura mahupun Indonesia hampir sama dengan pasukan kebangsaan.

“Pada pendapat saya, persiapan pasukan memainkan peranan penting. Jadi, saya mahu fokus kepada persiapan skuad negara sebelum memikirkan Piala AFF Suzuki 2014,” katanya
Kosmo online-30.8.14


Friday 29 August 2014

Shukor, Indra dipanggil selepas 5 tahun



Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
sukan@utusan.com.my
 
DARI KIRI : Indra Putra Mahayuddin, Shukor Adan

KUALA LUMPUR - Jurulatih negara Dollah Salleh membuat kejutan apabila menamakan dua pemain vete­ran, Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin dalam skuad 29 pelatih bagi siri tiga perlawanan pemanas badan menjelang Kejohanan AFF November depan.

Kedua-dua tonggak Felda United itu tidak pernah berada dalam perancangan jurulatih terdahulu, Datuk K. Rajagobal. Kali terakhir mereka menyarung jersi negara ialah ketika kelayakan Piala Asia 2009 di bawah bimbingan B. Sathianathan.

Panggilan ini juga umpama hadiah ulang tahun kelahiran ke-33 buat Indra Putra pada Selasa depan kerana dua hari kemudian, dia mula melapor diri ke kem latihan pusat negara di Wisma FAM, Pe­taling Jaya.

Shukor, 35, pula pernah menjadi ke­tua pasukan negara dalam kelayakan itu selain membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka 2007.

Dollah turut menyenaraikan penjaga gol Polis, Azizon Kadir, 34, yang kali terakhir bermain buat negara dalam Piala Asia 2007 selain memanggil lapan lagi yang tidak tersenarai ketika dibenam Tajikistan 4-1 8 Ogos lalu.

Mereka ialah Azmi Muslim (Selangor), Zairul Fitree Ishak (Kelantan), Mohd. Afif Amiruddin, Ahmed Ezrie Shafizie Sazali (Polis), Razman Roslan (Pahang), Abdul Manaf Mamat (Terengganu), Ronny Harun dan Joseph Kalang Tie (Sarawak).

Satu lagi kejutan ialah tersenarainya semula Khairul Azhan Khalid biarpun penjaga gol Pahang itu dikatakan tercedera tangan ketika kempen Piala Malaysia yang sedang berlangsung.

Tanpa Aidil Zafuan Abd. Radzak yang mengetuai pasukan ketika menentang Tajikistan kerana berkemungkinan besar menyertai skuad bawah 23 ke Sukan Asia Incheon bulan depan, Dollah perlu melantik pemain lain sebagai ketua pasukan.

Skuad Dollah dijadualkan bermain dalam lima perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai persediaan untuk Kejohanan AFF.

Mereka akan menentang Indonesia dan Kemboja pada 14 dan 20 September di tempat lawan dan Jordan di Stadium Shah Alam, Selangor (11 Oktober) manakala tarikh perlawanan dengan Syria dan Vietnam masih belum ditentukan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B di Singapura dengan tuan rumah yang juga penyandang juara serta naib juara 2012, Singapura dan Thailand selain juara pusingan kelayakan, Oktober ini.

Jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee turut menamakan penjaga gol senior negara, Khairul Fahmi Che Mat dan Ronny dalam senarai sembilan pemain simpanan jika ada kejadian luar dugaan seperti kecederaan menimpa antara 25 pemain yang disenaraikan awal.

Juga dalam senarai menunggu itu ialah D. Kelly Pallraj, K. Satish, Ridzuan Abdunloh Pula, Nurridzuan Abu Hassan Saari, Aminuddin Mohd. Noor, Arip Amiruddin dan Wan Zack Haikal Wan Noor.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140830/su_01/Shukor-Indra-dipanggil-selepas-5-tahun#ixzz3BovwJCRI © Utusan Melayu (M) Bhd

KEPUTUSAN PENUH P5 PIALA MALAYSIA


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

PM 5 - 29 Ogos 2014 (Jumaat)
33
A
Johor Darul Ta'zim II
1-3
KL Felda United FC
8.45mlm, Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang
34
A
Pahang
1-2
Singapura Lions XII FC
8.45mlm, Stadium Darul Makmur, Kuantan
35
C
Pulau Pinang
1-3
Kelantan
8.45mlm, Stadium Bandaraya, Pulau Pinang
36
C
ATM
0-1
Johor Darul Ta'zim
8.45mlm, Stadium Majlis Perbandaran Selayang