Negara
kesatuan merupakan sebuah negara yang memberikan kuasa yang luas kepada kerajaan
pusat dan kuasa yang terhad kepada keraiaan tempatan. Negara seperti perancis,
Britain Itali dan Jepun memilih untuk mengamalkan sistem kesatuan. Negara
kesatuan di Perancis terbentuk sebaik sahaja sistem feudal dihapuskan iaitu
setelah Raia Louis XVI dan isterinya, Marie Antoinnette dipancung dengan
gilotin.
Antara
ciri-ciri kesatuan ialah kesemua urusan negara dipusatkan, beberapa wilayah
atau cawangan dibentuk dan diberi kuasa mentadbir beitujuan untuk memudahkan
pentadbiran. Kuasa autonomi tidak mencerminkan kebebasan kerajaan tempatan
disebabkan kuasa wilayah, bahagian atau cawangan boleh dipinda atau.ditarik
balik. Sekiranya sistem ini diamalkan dalam pemerintahan masalah pertindihan
tidak akan berlaku kerana sebarang percanggahan antara pembuat dasar dengan
pelaksana dasar dapat dielakkan kerana keputusan akan dibuat oleh pemerintahan
pusat.
Kebiasaannya
sistem kesatuan amat sesuai dijalankan di negara-negara yang tidak terlalu luas
kawasan geografinya. Ini bertujuan memudahkan komunikasi dua hala serta
sebarang keputusan boleh dilaksanakan secepat mungkin tanpa amalan red tape.Perancis
telah dibahagikan kepada 83 department dan setiap department dibahagikan kepada
cantons (daerah) dan commune. Departmentberperanan menguruskan perkhidmatan di
kawasan tempatan dan diketuai oleh Prefet Sebuah majlis telah diwujudkan untuk setiap
dgpartment yang dikenali sebagai General Council manakala ahli-ahlinya dilantik
oleh pemerintah peringkat pusat.
Department
merupakan institusi peringkat tempatan yang menghubungkan penduduk tempatan
dengan kerajaan peringkat pusat. Commune pula dibentuk untuk mentadbir kawasan
bandar dan diketuai oleh Datuk Bandar (Mayor) sebagai ketua eksekutif. Malah,
Majlis Bandaran (Municipal Council) turut diwujudkan. Tugas commune ialah
mengendalikan perkara-perkara yang menyentuh pentadbiran di bandar. Antaranya
ialah meluluskan permit bangunan, keselamatan penduduk dan menguruskan
pendaftaran perkahwinan. Datuk Bandar merupakan wakil kerajaan pusat di kawasan
bandar. Antara peranan beliau ialah menguatkuasakan undang-undang tempatan,
mendaftar jurutera awam dan menguruskan penduduk di kawasanya.
Walau
bagaimanapun keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh diubah, dipinda
atau dibatalkan oleh kerajaan pusat. Commune merupakan
institusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan
seperti pejabat pendaftaran mahkamah rendah, jabatan kerja raya dan polis
tempatan.
Kesimpulannya, pihak yang terlibat berhak memilh untuk
mengamalkan pemerintahan sama ada secara kesatuan atau persekufuan kerana ini
akan memberi kesan kepada keharmonian pentadbiran pusat dan wilayah di negara
masing-masing.
No comments:
Post a Comment