Pendahuluan
Penghijrahan beramai-ramai
orang Cina dan India ke Tanah Melayu berlaku pada pertengahan dan akhir abad
ke- 19.
Ini disebabkan perkembangan
pesat perusahaan bijih timah dan getah yang memerlukan tenaga buruh yang ramai
dan murah.
Namun, penghijrahan ini juga
digalakkan oleh faktor-faktor lain selain perkembangan kedua-dua perusahaan
tersebut.
Isi-isi penting
Perkembangan perusahaan biiih timah dan getah
Perkembangan perusahaan bijih
timah pada pertengahan abad ke-19 dan perusahaan getah pada awal abad ke-20 di
Tanah Melayu menarik minat orang Cina dan India.
Perkembangan perusahaan getah
mendorong ramai orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu. Pada tahun 1931,
dianggarkan bahawa 35% daripada jumlah
penduduk Tanah Melayu yang terlibat dalam penanaman getah merupakan orang Cina.
Bagi orang India pula, perkembangan
pertanian dagangan, iaitu getah telah menarik minat mereka ke Tanah Melayu.
Penghijrahan mereka berlaku
secara beramai-ramai antara tahun 1911 - l92l semasa harga getah melambung
tinggi di pasaran dunia. Pada masa itu, bilangan penduduk India di Tanah Melayu
bertambah dari 270 000 orang kepada 470 l81 orang.
Keadaan ekonomi dan sosial di negara asal
Orang Cina dan orang India
menghadapi kesengsaraan ekonomi dan sosial di negara mereka. Ini memaksa mereka
berhijrah mencari rezeki di Tanah Melayu.
Di China, jumlah penduduk telah
meningkat tetapi peningkatan ini tidak diimbangi dengan pertambahan dalam kawasan
pertanian. Ini menyebabkan berlaku kebuluran dan pengangguran.
Kesempitan hidup bertambah
teruk apabila tanaman mereka rosak akibat bencana alam seperti kemarau, banjir
dan gempa bumi yang berlaku antara tahun 1826 - 1850.
Keadaan yang sama juga berlaku
di India. Kawasan tenah pertanian dan peluang pekerjaan adalah terhad.Ramai
Petani kehilangan tanah akibat gagal menjelaskan cukai kerajaan yang
tinggi.
Ketidakstabilan politik di negara asal
Di China, pemberontakan anti-Manchu
berlaku terutamanya di wilayah Kwantung dan Kwangsi. Orang Cina benci dengan pemerintah
Manchu yang korup dan mengamalkan dasar diskriminasi.
Orang Cina menganggap orang
Manchu sebagai pemerintah asing yang mesti digulingkan.
Negara India juga mengalami keadaan
politik yang tidak stabil Berlaku pemberontakan menentang kerajaan British di
India. Contohnya, Dahagi India pada tahun 1857.
Galakan kerajaan British
Perusahaan bijih timah dan
getah mula berkembang dengan pesat.
Terdapat keperluan tenaga buruh
yang banyak Kerajaan British menggalakkan penghijrahan orang Cina dan India ke
Tanah Melayu bagi tujuan memesatkan lagi ekonomi.
Penutup
Perkembangan pesat perusahaan
biiih timah dan getah menggalakkan penghijrahan masuk orang Cina dan India ke Tanah
Melayu.
No comments:
Post a Comment