Oleh Hisyam Salleh
Kuala Lumpur: Kehangatan Syawal
yang masih dirasai umat Islam di seluruh dunia telah lama pudar di bumi Gaza
selepas serangan terkutuk rejim Zionis mengorbankan 1,875 rakyat Palestin
termasuk 426 kanak-kanak dan 255 wanita.
Serangan tanpa henti sejak 8 Julai
sehingga 5 Ogos lalu turut mencederakan 9,563 yang lain termasuk 1,927 wanita
dan 2,877 kanak-kanak.Pengerusi Aqsa Syarif, Dr
Hafidzi Mohd Nor berkata, 188 sekolah terkena serangan termasuk 20 daripadanya
'rata' dibedil rejim Zionis.“Malam ini seorang wakil Aqsa
Syarif Dr Fauziah Hassan akan bertolak ke Tanzania untuk hadir ke sidang
bantuan perubatan Gaza.
ANTARA masjid yang rosak teruk
akibat bedilan Zionis. FOTO AFP
“Ini adalah inisiatif FIMA
(Federation of Islamic Medical Association) yang melibatkan beberapa NGO
Malaysia iaitu Aqsa Syarif, VPM (Viva Palestina Malaysia), IKRAM Health dan
Mercy Malaysia,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.Beliau berkata, Aqsa Syarif
berjaya mengutip derma sebanyak RM15 juta sejak 1 Ramadan hingga 5 Syawal dan
agihan dibuat secara berperingkat.
Menurut Pegawai Penyelidik Aqsa
Syarif, Khalid Jimat berkata, sebanyak 161 buah masjid diserang termasuk 43
musnah teruk akibat bedilan Zionis.
“Serangan Israel setakat ini
telah memusnahkan 10,604 buah rumah, 24 buah hospital, 161 buah masjid, 22
pertubuhan kebajikan, lapan pusat sistem kumbahan dan enam universiti.
“Kerugian yang ditanggung
rakyat Palestin setakat ini dianggarkan mencecah RM15.5 bilion,” katanya.
Menurutnya, disebabkan lapan
pusat sistem kumbahan musnah dibom Zionis, akibatnya 700,000 rakyat Palestin
terjejas.
Aqsa Syarif dan beberapa badan
bukan kerajaan negara luar telah berjaya menyediakan 23 trak ubat-ubatan dan
bahan pembedahan bernilai RM2.5 juta untuk dihantar ke Gaza.
Malah pihaknya juga dalam
perancangan untuk menghantar 20 ambulans ke kawasan itu. – Aqsa Syarif
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : 2014/08/06
No comments:
Post a Comment