Ad

Monday 25 August 2014

1.Bidang kewartawanan memainkan peranan penting dalam menggerakkan kebangkita semangat nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Bincangkan.

Pengenalan.
-Bidang kewartawanan merangsang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu kerana berfungsi sebagai pemberi maklumat dan berita untuk menyedarkan penduduk tempatan.
-Menjadi lidah gerakan nasionalisma.
-Medan membincangkan soal hak dan kritikan terhadap isu masyarakat dan penjajahan British.

PERANAN KEWARTAWANAN.
1.      Antara tahun 1930-an-1940 80 buah akhbar dan majalah Melayu diterbitkan kerana bidang penerbitan yang menjadi sumber perniagaan. Akhbar menyiarkan berita dunia, masalah sosial orang Melayu dan isu agama, isu imigran.
2.      Kemudian aliran akhbar berubah kepada membincangkankeadaan sosio-ekonomi orang Melayu dan pergerakan politik orang Melayu. Antara akhbar yang utama ialah al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis.
3.      Akhbar al-Ikhwan diterbitkan pada 1 September 1826 di Pulau Pinang dan dikelolakan oleh Syed Syeikh al-Hadi. Tujuannya untuk membawa pembaharuan agama kepada masyarakat Melayu, membangkitkan kesedaran politik dan sosial masyarakat Melayu. Akhbar ini turut membincangkan emansipasi wanita  dan kepentingan pelajaran Inggeris.
4.      Akhbar saudara wadah Kaum Muda diterbitkan Syed Syeikh al-Hadi untuk meneruskan perjuangan akhbar a-Imam. Tumpuan rencana Islam dan keadaan sosioekonomi orang Melayu. Pengarang pertama ialah Mohd Yunos Abdul Hamid dan dibantu oleh Abdul Rahim Kajai. Akhbar ini mengkritik hebat orang Melayu yang enggan menerima pembaharuan dalam agama dan sosial. Antara rencana yang disiarkan ialah ekonomi, politik, sejarah dan pelajaran.
5.       Pengarang  baru Syed Alwi mewujudkan ruangan Sahabat Pena pada tahun 1934.
6.      Warta Malaya diterbitkan pada 1.1.1930 di Singapura  dan dimiliki oleh Syed Hussein Ali al-Sagoff. Akhbar ini merupakan akhbar harian berbahasa Melayu terbesar. 1935 cawangan akhbar ini dibuka di Kuala Lumpur dan menerbitkan akhbar mingguan Warta Ahad dan Warta Jenaka yang diterbitkan setiap hari Isnin. Datok Onn menjadi pengarang pertama dan berkhidmat antara tahun 1930-1933. Rencana Pengarangnya menyentuh tentang kemunduran orang Melayu ,penguasaan ekonomi kaum imigran dan mengkritik penjajah British terutama dasar pemusatan kuasa British dan tuntutan hak yang lebih oleh kaum pendatang.
7.      Warta Malaya pro Melayu dan anti penjajah. Akhbar ini menuntut orang Melayu diberi banyak jawatan pentadbiran kanan dalam pentadbiran British. Bukan Melayu dihalang mendapat kedudukan dalam pentadbiran British. Pengarang baru Syed Alwi meneruskan perjuangan Dato’ Onn.
8.      Akhbar Majlis diterbitkan 17.12.1931 di Kuala Lumpur oleh Muhammad Amin Haji Mohd Yusof pemilik Selangor Press. Tujuan penerbitannya ialah untuk menyatukan orang Melayu bagi mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Akhbar ini menerbitkan rencana politik,perpaduan bangsa, kesedaran membangkitkan kemunduran, hak dan kedudukan orang Melayu yang perlu dilindungi dan tuntutan orang asing ditolak.
9.      Abdul Samad Ahmad memimpin akhbar ini selepas Perang Dunia Kedua.Pejabat akhbra ini menjadi tumpuan KMM dan 1946 ia menjadi pusat perjuangan politik kebangsaan Melayu.
10.  Utusan Melayu diterbitkan 29 Mei 1939 dan dimilik sepenuhnya oleh orang Melayu. Pengarang utamanya ialah abdul Rahim Kajai. Akhbar ini memperjuangkan semangat kebangsaan dan kegiatan orang Melayu dalam bidang politik. Menekan kepentingan pendidikan untuk mencapai kemajuan. Sidang pengarangnya Ishak Haji  Muhammad menyeru orang Melayu bersatu. Syarikat ini juga menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika.
KESIMPULAN
-Peranan kewartawanan membangkitkan kesedaran politik masyarakat Melayu.
-Pengrang akhbar Melayu aktif mengkritik kemunduran masyarakat Melayu dalam bidang ekonomi.
-Kritikan ini menyedarkan orang Melayu untuk menjaga hak mereka. Perjuangan kewartawan semakin ketara apabila menentang isu Malayan Union.

No comments:

Post a Comment