Ad

Wednesday, 27 August 2014

Tok Gajah gah

Oleh Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Jaringan R Gopinathan dan Dickson Nwakaeme pada babak kedua memastikan Pahang mengutip tiga mata berharga untuk mengukuhkan cengkaman ke suku akhir.

Pemain sayap lincah itu memanfaatkan hantaran Faizol Hussain dalam kotak penalti pada minit ke-65 untuk menewaskan Mohd Farizal Harun yang sukar dibolosi sebelum itu.Pahang menambah gol kedua menerusi sepakan penalti Dickson Nwakaeme pada masa kecederaan selepas Mohd Fauzi Roslan dijatuhkan Mohd Farizal Harun dalam kotak penalti.Kemenangan 2-0 mengatasi FELDA United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang itu memastikan dendam anak buah Zainal Abidin Hassan yang tewas 2-3 kepada lawan sama pada Sabtu lalu, akhirnya terbalas.
Foto
PEMAIN Pahang, Azammuddin Akil (jersi putih) diasak pemain pertahanan FELDA United, Shukor Adan.
Lebih penting kemenangan ini membolehkan Tok Gajah merampas kedudukan teratas Kumpulan A untuk mengumpul sembilan mata dengan baki dua perlawanan.FELDA United yang kekal di kedudukan kedua dengan tujuh mata terpaksa akur dengan kekalahan pertama selepas gagal memecahkan benteng lawan yang dikemudi Damion Stewart dan Zesh Rahman.Terdahulu Pahang seharusnya membuka jaringan menerusi Dickson Nwakaeme pada minit ke-32 yang membuat susulan percubaan Azamuddin Mohd Akil, namun berjaya dinafikan penjaga gol lawan.

Peluang terbaik anak buah Irfan Bakti Abu Salim untuk mendahului perlawanan hadir pada minit ke-61 menerusi Raimi Mohd Noor, namun dihalang Mohd Nasril Nourdin di gawang Pahang.Pahang akan meneruskan saingan menentang LionsXII di Kuantan manakala FELDA bertandang ke Pasir Gudang menentang JDT II, Jumaat ini.


Sumber-Artikel ini disiarkan MyMetro pada : 2014/08/27

No comments:

Post a Comment