PENGENALAN
Mengikut Kamus Dewan adat sebagai peraturan yang lazim dilakukan sejak dahulu kala. Dengan kata lain adat bermaksud peraturan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat secara turun temurun sehingga ianya merupakan suatu hukum yang perlu dipatuhi oleh semua. Sesiapa yang melanggar hukum adat ini boleh dihukum. Hukum adat akan dikendalikan oleh satu badan yang dikenali sebagai Majlis Orang Tua. Majlis ini akan diketuai oleh seorang ketua adat.
Mengikut Kamus Dewan adat sebagai peraturan yang lazim dilakukan sejak dahulu kala. Dengan kata lain adat bermaksud peraturan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat secara turun temurun sehingga ianya merupakan suatu hukum yang perlu dipatuhi oleh semua. Sesiapa yang melanggar hukum adat ini boleh dihukum. Hukum adat akan dikendalikan oleh satu badan yang dikenali sebagai Majlis Orang Tua. Majlis ini akan diketuai oleh seorang ketua adat.
Terdapat dua jenis hukum adat yang diamalkan di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung.
Adat Perpatih dan Adat Temenggung mempunyai perbezaan dalam aspek kawasan
dan pengasasan, bentuk dan pelaksanaan, pemerintahan, pelaksanaan
undang-undang, pembahagian harta, kekeluargaan dan perkahwinan.
Adat Perpatih
Kawasan dan pengasasan.
Adat Perpatih berasal dan Pagar Ruyung, Sumatera yang diasaskan oleh Datuk
Perpatih Nan Sebatang yang menjaga kawasan tanah sebelah darat dan diamalkan di
Negeri Sembilan dan Naning. Adat ini dibawa ke Negeri Sembilan oleh orang
Minangkabau pada kurun ke-17.
Bentuk dan Pelaksanaan
Adat Perpatih merupakan adat yang tidak bertulis. Ia adalah pepatah yang
diwariskan secara lisan. Susunan hukum dalam adat dikenal sebagai tambo atau
perbilangan adat. Hukum adat ini berasaskan dua sumber iaitu resam atau adat
turun temurun yang diwarisi dan hukum syarak mazhab Shafie. Adat ini dihafal
oleh Ketua Adat.
Pemerintahan
Dan segi pemerintahan dan pentadbiran Adat Perpatih bersifat demokrasi.
Kuasa pemerintah bukan terletak pada tangan seorang sahaja. Kuasa dibahagikan
antara pemerintah, Undang, Lembaga, Buapak, Perut dan orang ramai. Ketua-ketua
di setiap peringkat dipilih dan dilantik oleh kumpulan ketua daripada peringkat
bawah hingga atas.
Perut memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan
Undang memilih dan melantik Yamtuan Besar. Sistem pemerintahannya
mementingkan prinsip pemuafakatan. Yamtuan dipilih secara demokrasi oleh
ketua-ketua suku yang dikenali sebagai Undang.
Pelaksanaan Undang-Undang
Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah bersifat pemulihan,
berperikemanusiaan dan bertimbang rasa. Hukuman yang diberi bertujuan memberi
kesedaran dan bukan untuk menghukum pesalah semata-mata. Orang yang membuat
kesalahan akan didenda berdasarkan kesalahannya dan mangsa diberi ganti rugi.
Contohnya seseorang yang cedera akan diberi ganti rugi dalam bentuk ayam atau
kambing bergantung kepada keadaan lukanya.
Mangsa kecurian boleh dapat balik barang-barangnya. Sekiranya berlaku
pembunuhan, si pembunuh mesti menanggung kehidupan keluarga si mati. Hukuman
bunuh hanya dikenakan bagi kes yang sangat serius seperti penderhakaan. Hukuman
bunuh hanya boleh dijatuhkan oleh Yamtuan Besar sahaja. Hukuman lain ditentukan
oleh Buapak atau Lembaga.
Pembahagian Harta
Undang-undang pembahagian harta dalam Adat Perpatih mementingkan jurai
keturunan sebelah nasab ibu atau diberatkan kepada kaum perempuan. Harta pusaka
diturunkan melalui keturunan perempuan, iaitu daripada pihak sebelah ibu
sebagai pengasas keluarga kepada anak perempuannya.
Dalam keadaan tertentu Adat Perpatih menjadikan wanita kaya dan berkuasa.
Suami tidak berhak memiliki harta pusaka. Sekiranya seseorang ibu tidak
mempunyai anak perempuan, hartanya akan diwariskan kepada adik perempuannya
atau anak perempuan adik-adiknya dan cucu-cucu perempuannya.
Secara umumnya harta pasangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
hanta carian, harta dapatan dan harta pembawaan. Harta carian ialah harta yang
diperolehi bersama sepanjang perkongsian hidup. Harta ini dibahagi dua jika
bercerai. Harta dapatan ialah harta yang sedia ada pada si isteri sebelum
berkahwin, jika bercerai harta itu kekal di tangan isteri. Harta pembawaan
ialah harta yang sedia dimiliki si lelaki sebelum dia berkahwin, jika bercerai
bekas isteri tak boleh tuntut harta itu.
Kekeluargaan dan Perkahwinan.
Dalam aspek perkahwinan, Adat Perpatih tidak membenarkan perkahwinan sesama
suku sebaliknya hendaklah berkahwin daripada suku yang berlainan dan
perkahwinan ini di kenali eksogami. Perkahwinan sesama suku tidak digalakkan
kerana dianggap tidak mengembangkan keturunan, melanggar adat dan akan dibuang
suku. Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku dan setiap suku mempunyai nama
tersendiri seperti Biduanda, Batu Hampar, Paya Kumbuh, Anak Melaka, Anak Acheh
dan lain-lain lagi.
Apabila seseorang anak perempuan berkahwin, suaminya digelar orang semenda.
Selepas berkahwin, wanita tersebut akan membawa suaminya tinggal di rumah
pusaka (rumah gadang) atau rumah sendiri yang dibina berhampiran rumah pusaka
ibunya. Apabila si suami kematian isteri digalakkan mengambil adik perempuan
isterinya untuk dijadikan isteri bagi menjaga anak-anaknya. Perkahwinan ini
dikenali sebagai ganti tikar.
Susunan keluarga masyarakat Adat Perpatih berdasarkan
matriarchal/matrilineal yang mengutamakan wanita yang disusurgalurkan kepada
keturunan sebelah ibu. Susunan keluarga sebegini mengandungi ibu, anak-anak
perempuan, anak-anak lelaki, cucu perempuan, cucu lelaki dan seterusnya. Adat
Perpatih melarang seorang lelaki berkahwin dengan dua atau lebih orang wanita
yang berasal daripada suku yang sama.
Adat Temenggung
Kawasan dan Pengasasan
Adat Temenggung berasal dari Palembang, Sumatera yang diasaskan oleh Datuk
Ketemenggungan dan menjaga kawasan persisiran pantai dan laut. Adat ini dibawa
ke Melaka pada awal kurun ke-l5lagi. Diamalkan di semua negeri-negeri
Melayu kecuali Negeri Sembilan.
Bentuk dan Pelaksanaan
Adat Temenggung dilaksanakan di keseluruhan negeri-negeri Melayu kecuali
Negeri Sembilan. Pada peringkat awal penyebarannya di Tanah Melayu, adat ini
dipengaruhi oleh agama Hindu terutama dalam Undang-Undang Manu. Apabila Islam
berkembang adat ini menerima pengaruh Islam dan hukum syarak mazhab Shafie.
Adat ini tersebar di negeri-negeri Melayu yang lain dengan nama berlainan
tetapi mempunyai fungsi yang sama. Di Johor adat ini dikenali sebagai
Undang-undang Johor, di Kedah dikenali sebagai Undang-undang Kedah, di Pahang
sebagai Undang-undang Pahang dan di Perak sebagai Undang-undang 99 Perak.
Pemerintahan
Adat Temenggung mengamalkan sistem pemerintahan autokratik iaitu kuasa
terletak di tangan pemerintah atau raja. Adat ini mementingkan golongan raja
atau golongan yang memerintah. Raja atau sultan mempunyai hak keistimewaan dan
kuasanya diperkukuhkan melalui konsep daulat dan derhaka.
Di puncak struktur politik ialah raja atau sultan, diikuti oleh kerabat-kerabat
raja, pembesar-pembesar negeri yang memegang jawatan tertentu dan ketua
kampung. Sultan merupakan ketua negeri, lambang penyatuan dan perpaduan
rakyat
Jawatan sultan bersifat warisan, seseorang raja yang mangkat
akan diganti dengan putera sulung kecuali di Perak berasaskan sistem giliran.
Jika sultan tiada anak lelaki, hak pewarisan taktha jatuh kepada adik
lelakinya. Jika kedua-duanya tiada barulah musyawarah dan pemuafakatan antara
sultan dengan pembesar menjadi keputusan dalam melaksanakan sistem
pentadbiran. Pembesar-pembesar pula dilantik oleh sultan.
Pelaksanaan Undang-Undang
Bentuk dan pelaksanaan hukumannya adalah lebih tegas dan keras. Bertujuan
menghukum serta berpegang kepada prinsip pembalasan semata-mata. Oleh itu
pelaksanaan sesuatu hukuman dibuat dengan tegas agar dapat memberi iktibar dan
amaran kepada orang lain supaya tidak melakukan sebarang jenis kesalahan.
Hukuman bunuh dikenakan atas kesalahan berat seperti membunuh, mencuri,
memfitnah dan menderhaka kepada raja. Hukuman bunuh dilakukan oleh raja atau
sultan sahaja. Lain-lain hukuman boleh dilakukan oleh pembesar-pembesar.
Undang-undang dalam Adat Temenggung lebih memihak kepada golongan atasan
atau pemerintah. Ini bermaksud, sekiranya rakyat dan kerabat diraja melakukan
kesalahan yang sama, hukuman yang dikenakan kepada rakyat lebih berat
berbanding dengan kerabat diraja.
Pembahagian Harta
Kaum lelaki berhak mewarisi lebih banyak harta daripada wanita kerana
pengaruh daripada hukum Islam (Hukum Faraid). Ini bermakna jurai keturunan
sebelah bapa lebih diutamakan. Pemberian harta yang Iebih kepada anak lelaki
dalam Islam kerana anak lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar berbanding
dengan anak perempuan.
Jika berlaku penceraian lazimnya cara pembahagian harta suami isteri mengikut
hukum syarak Mazhab Shafie. Adat ini menjelaskan harta yang diperoleh semasa
perkahwinan dikenali sebagai hanta sepencarian. Harta sepencarian bagi harta
isteri yang diceraikan dibahagi dua sama banyak. Jika isteri yang diceraikan
itu tidak bekerja hanya berhak mendapat satu pertiga sahaja. Harta asal suami
atau isteri dikembalikan kepada suami atau isteri berkenaan.
Kekeluargaan dan Perkahwinan
Adat Temenggung bersifat patriarchal iaitu kaum lelaki lebih diutamakan
kerana kaum lelaki melanjutkan keturunan sesebuah keluarga. Ini sejajar dengan
pninsip hukum syarak yang mengiktiraf lelaki sebagai ketua keluarga. Adat ini
membenarkan perkahwinan dengan sesiapa sahaja (endogami) asalkan tidak
bertentangan dengan hukum syarak. Sekiranya mempunyai pertalian darah atau
muhrim perkahwinan dilarang. Sesudah berkahwin isteri akan ikut tinggal bersama
keluarga suami.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, adat dapat mengawal perlakuan individu dan
merapatkan hubungan persaudaraan. Selepas campur tangan British adat semakin
diketepikan kerana British memperkenalkan undang-undang Barat. Walau
bagaimanapun, amalan seharian Adat Perpatih dan Adat Temenggung masih tetap
kekal sehingga hari ini.
No comments:
Post a Comment