Ad

Tuesday, 5 August 2014

Piala Suzuki AFF 2014: Singapura atau Vietnam


 Oleh Wan Fakhrul Bakar | wanfakhrul@bh.com.my Cetak Emel Kawan
Piala Suzuki AFF 2014: Singapura atau Vietnam
Dollah (kiri) bersama Harimau Malaya menunggu dalam bas di Wisma FAM, Kelana Jaya sebelum berangkat KLIA, semalam. - Foto Osman Adnan
Dollah tak kisah nasib undian Kejohanan AFF Piala Suzuki hari ini

Kelana Jaya: Debaran menjelang kejohanan dwi-tahunan terulung Asia Tenggara, Piala Suzuki AFF 2014 bermula 22 November ini kian terasa apabila majlis undiannya berlangsung di Hotel Sheraton, Hanoi, Vietnam, jam 3 petang ini.

Persoalan bakal terjawab untuk skuad Harimau Malaya kendalian jurulatih baharu, Dollah Salleh diundi sama ada satu kumpulan dengan juara bertahan, Singapura pada aksi di Stadium Nasional baharu berkapasiti 55,000 tempat duduk di Sports Hub, Singapura atau satu kumpulan bersama Vietnam untuk aksi di Stadium My Dinh, Hanoi.Namun bagi Dollah, 51, dia tidak terlalu memikirkan kumpulan mana bakal dianggotai skuad kebangsaan kerana menganggap semua pasukan lebih kurang sama tahapnya, sebaliknya lebih risau mengenai persiapan pasukannya yang diletakkan sasaran mara sekurang-kurang ke final.

“Memang nampak persiapan kita ke Piala Suzuki AFF agak singkat kerana kita baru saja berkumpul untuk aksi persahabatan menentang Tajikistan, Jumaat ini dan pada September baru saya dapat lakukan persiapan rapi dengan kem latihan pusat lebih dua minggu untuk dapat menilai prestasi pasukan yang sebenar.

 Pelengkap jadual

“Untuk undian esok (hari ini), tiada siapa pun saya nak elak sebab semua pasukan bagi saya tahap mereka sama saja dengan kita. Jika nak elak Singapura, Vietnam atau pun Indonesia, pasti kita akan diundi juga di kalangan mereka. Bukan masalah kerana yang penting saya mahu fokus kepada persiapan pasukan sendiri,” kata Dollah ketika ditemui, semalam.
Pada majlis undian itu nanti, enam pasukan – Singapura, Vietnam, Thailand, Malaysia, Filipina dan Indonesia akan dipecahkan ke Kumpulan A dan B manakala dua lagi slot setiap kumpulan akan diisi dua pasukan terbaik daripada saingan kelayakan di Vientiane, Laos dari 12 hingga 20 Oktober ini iaitu Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar dan Timor Leste.

Sementara itu, menjelang aksi persahabatan antarabangsa pertamanya bertemu Tajikistan di Dushanbe, Jumaat ini, Dollah berkata: “Saya tak berani nak janji apa-apa kerana saya pun agak risau dengan persiapan singkat sejak Jumaat lalu. Tapi kita bukan ke sana untuk sekadar pelengkap jadual tetapi dengan matlamat melakukan sesuatu yang positif.”
Sumber-Berita Harian online 5.8.14

No comments:

Post a Comment