Ad

Saturday 2 August 2014

JELASKAN SEBAB-SEBAB PEMBENTUKAN PERJANJIAN PERSEKUTUAN 1896 DAN KEPENTINGANNYA DARIPADA SEGI POLITIK DAN EKONOMI.

Rangka Jawapan.
Pendahuluan.
Pada 1893 Frank Swettenham telah mencadangkan pembentukan sebuah persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Setelah dua tahun dikaji, Pejabat Tanah Jajahan di London telah meluluskannya dengan syarat Sultan di keempat-empat buah negeri tersebut mesti bersetuju. Perjanjian Persekutuan telah ditantangani pada tahun 1895 dan dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896. Terdapat beberapa sebab yang membawa kepada pembentukan persekutuan tersebut seterusnya memberi kepentingan daripada aspek politik dan ekonomi kepada negeri-negeri tersebut.
ISI;.
A Sebab-sebab pembentukan
1. Masalah kewangan Pahang.
Gerakan penentangan oleh rakyat terhadap British menyebabkan perbelanjaan negeri meningkat melebihi pendapatan. Kerajaan banyak meminjam dari Negeri-Negeri Selat namun Negeri-negeri tersebut tidak mampu lagi membantu. Hasrat British untuk menarik diri dari Pahang akan menjatuhkan imejnya.
2. Mengurangkan kuasa Residen.
Kuasa residen di keempat-empat Negeri-Negeri Melayu tiada garis panduan menyebabkan berlaku penyalahgunaan kuasa oleh residen dan menimbulkan rasa tidak puas hati Sultan terhadap tindakan residen. Gabenor Negeri-Negeri Selat tidak dapat memantau kerana tinggal jauh di Singapura. Akibatnya residen menjadi terlalu berkuasa sehingga Sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal mereka.
3. Keseragaman pentadbiran.
Pentadbiran di keempat-empat negeri Melayu tiada penyelarasan dan keseragaman. Residen mentadbir mengikut budi bicara masing-masing. Setiap negeri mempunyai sistem kehakiman, undang-undang tanah dan sistem percukaiannya tersendiri.
4. Dasar penjajah British.
Sejak 1890an, kerajaan British telah menggalakkan tanah jajahannya dan negeri-negeri naungannya supaya menubuhkan persekutuan. Hal ini telah dilaksanakan dengan jayanya di Australia dan Afrika.
B Kepentingan daripada aspek politik. 
1. Perintis jalan kepada penyatuan negeri-negeri Tanah Melayu. Sebuah kerajaan pusat dibentuk. Setiap negeri dalam persekutuan negeri-negeri mengekalkan identiti masingmasing.
2.Raja-Raja dan Majlis Mesyuarat Negeri di keempat-empat negeri kehilangan kuasa pentadbiran. Pemusatan kuasa pentadbiran bertumpu di tangan Residen Jeneral, yang diberi kuasa terlalu luas. Dasar pentadbiran diputuskan oleh Residen Jeneral tanpa sekatan. Residen
Jeneral mempunyai kuasa veto.
3. Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar) dibentuk, Sultan-Sultan bermesyuarat bincang
kepentingan bersama. Persidangan Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar.
4. Persekutuan 1896 satu petanda baik kepada kewujudan satu bangsa Melayu.
5. Timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan Raja-Raja sehingga membawa kepada dasar pengagihan kuasa pada tahun-tahun berikutnya dan membawa kepada penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909.
C Kepentingan daripada aspek ekonomi.
1. Pembangunan ekonomi semakin meningkat. Perancangan lebih berkesan dan teratur.
2. Menarik pemodal-pemodal Eropah dan saudagar-saudagar Cina dari Negeri-Negeri Selat melabur.
3. Sektor perlombongan bijih timah dan perladangan getah berkembang pesat. Teknologi baru seperti kapal korek diperkenal dan menjadikan NNMB pengeluar terbesar bijih timah dan getah.
4. Kemudahan infrastruktur seperti pembinaan landasan kereta api dan jalanraya lebih terancang. Menjelang 1903, jalinan jalan kereta api di pantai barat telah siap dibina. Pada tahun 1908, kerajaan telah membeli jalan kereta api Sungai Ujong dari pihak swasta.
5. Pendapatan NNMB meningkat daripada 8.4 juta(1896) kepada 105.4 juta(1927)
6. Pertambahan penduduk akibat kemasukan imigran Cina dan India. Berlaku proses urbanisasi dengan kewujudan bandar-bandar baru seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Seremban dan Ampang. Perkhidmatan sosial diwujudkan seperti kesihatan, pendidikan, pos dan telegraf.
Kesimpulan.

Pembentukan Persekutuan 1896 telah banyak membawa perubahan daripada aspek politik dan ekonomi di keempat-empat negeri Melayu. Berlaku beberapa perubahan dalam sistem pentadbiran dan peningkatan pendapatan negeri hasil perkembangan ekonomi yang semakin meningkat. Namun begitu timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan Sultan-Sultan di keempat-empat negeri tersebut sehingga membawa kepada berlakunya dasar desentralisasi pada 1909 iaitu satu proses pemulangan kusa dari kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.

No comments:

Post a Comment